11/28/11

Freebies : Cute kitty cat doodle

RULES 
  • Kalau nak ambil, silakan. Gunalah sesuka hati; tak payah sertakan kredit pun tak apa.
  • Lebih afdal beritahu di ruangan komen kalau nak save, tapi tak payah pun tak apa.
  • Jangan sesekali re-freebies/claim them as yours.

/hargailah penat lelah diriku ini/










Cuma klik pada gambar, and then right clicksave image.

Ppyong!

11/3/11

Tutorial : Install cute fonts dalam lappy

Aduhh, lapar... Tak sarapan lagi. Kehkeh.
Well, someone asked me macam mana nak dapat fonts yang comel-comel.. Di bawah ni ada contoh-contoh fonts comel dengan namanya sekali.


Macam mana nak dapatkan fonts tersebut? Mari follow tuto di bawah! ^^

1. Download font yang anda berkenan dekat dafont.com atau ffonts.net atau mana-mana website yang lain. Just google for it.


2. Lepas habis download, right-click pada file yang telah anda download (file bergambar buku). Then, click pada "extract files..." Dia akan keluar macam ni. Just click OK.

4. Bukak file yang telah di-extract tersebut.


5. Then, korang akan nampak file untuk font tersebut. Right-click pada file font itu, dan click COPY.

6. Bukak control panel (Start --> Control Panel)


7. Click pada menu "appearance".


8. Click pada "preview, delete, or show and hide fonts"..


**NOTE : Pendek kata, bukak sahaja file yang menyimpan install fonts dalam lappy anda melalui control panel.

9. Then, akan keluar satu folder yang menyimpan banyak fonts. Right-click dan PASTE file yang telah di-COPY tadi dalam folder tersebut.

Rupa folder tu macam ni..

10. SIAP!!

Cuba tengok dalam Adobe Photoshop/Photoscape/Microsoft Office Word/Microsoft Powerpoint anda.. Font tersebut telahpun ada dalam program-program tu, kan?

SELAMAT MENCUBA!!

11/1/11

A trip to Genting Highlands

Wooh, semalam sekolah kami telah menganjurkan rombongan ke Genting Highlands. Kami sepatutnya bertolak dari sekolah pukul 7.15 pagi kalau mengikut jadual. But something unexpected occured, so akhirnya pukul 9 something, baru bertolak T^T




The very first thing is, kami naik ke genting tu dengan cable car. Yeah, this is my first time naik cable car woah. Selama ni memang tak pernah. Hewhewhew memang best naik cable car nih. Dapat tengok permandangan hutan belantara kat bawah.


Then, dah sampai sana, masuk Snow House. Dekat dalam sana, memang sejukkkk. -9 degree celcius. Kami kena pakai baju khas dengan sarung tangan khas yang dia bagi. Bila dah masuk, mulalah main baling-baling salji dekat muka orang. Mwahaha walaupun tak berapa syiokk sebab salji tu cuma salji tipu je.. And then main gelongsor salji dengan luncur salji. Fuhh, sakit diriku sebab salji tu keras. Salji tipu memang tak syiokk T^T

Tengah hari, kami lunch di First World Cafe. Five star buffet... Makanan dia memang sedap, especially daging itik dengan spicy squid tuh! Dessert dia pun boleh tahan lah. I didn't eat much ;( Aigoo memang menyesal lah kan. Tak tahu lah kenapa cepat sangat kenyang..

After that, cikgu bagi masa main dekat taman tema Genting tu. Dalam masa 2 jam tu, aku cuma berpeluang main dua benda je. Dragon train dengan Roda Ferris. Sedih, kecewa, menyesal, geram, semua ada. Ada banyak benda terlepas nak main disebabkan kekangan masa... Waduh~

Ada banyak lagi benda yang tak sempat naik. Flying coaster, Pirate Ship, Flume Ride, Rumah hantu, dengan Boating.. Heisyhh, memang menyesal tak rancang awal-awal nak main apa dulu. Jealous sangat-sangat dengan one of my friends, sebab semua benda best dia dapat main. Aku memang nak ikut dia, tapi dia asyik lari je, dah la kaki aku sakit nak kejar dia! Arghh..

But seriously, Dragon Ride tu memang best! It's something like the roller coaster but less scary. Sepanjang naik Dragon Ride tu, aku ketawa je memanjang. Semua orang dok menjerit, "Aaaaa!!! Aaaa!!!!!" sebab takut sangat. Tapi masa naik tu aku ketawa, "Hahahaha!!! Hahaha!!". Serius best! Especially masa benda tu tiba-tiba laju and menyenget ke kiri dan ke kanan.. Kawan yang duduk sebelah aku asyik-asyik menjerit. As for me, benda tu takdelah thrill sangat. Aku sebenarnya nak naik Flying coaster, barulah THRILL!!

Well, kami mula-mula nak naik Flying coaster, tapi nak beratur dia memang panjaaaang. Ramai sangat pelancong dekat sana, especially dari India dengan Timur Tengah. Menyibuk je pelancong ni lol.


Disebabkan semua benda kena beratur panjang and suddenly cuaca hujan, terpaksalah main indoor punya. Yeah, naik Roda Ferris je sebab masa tu queue dia tak panjang. Roda Ferris ni biasa-biasa jelah, sebab dia gerak perlahan. So, dekat dalam tu, we just borak-borak and relax.

A pic captured by me inside the Ferris Wheel.
Then lepas habis segala urusan semua, naik cable car one more time. Nak pergi naik bas ke Strawberry Farm pulak. Well, dalam cable car time ni, memang best. Buat lawak sana-sini.

And the final detination... Strawberry Farm. Tak berapa best pun tempat ni. We just jalan-jalan and tengok-tengok strawberry yang kecik cenonet yang baru nak tumbuh tu.

See how small the strawberries are.
Meja kerusi pun strawberi~!! ♥ COMEL.
And after that kami pun balik.. I bought some "oleh-oleh" to bring home. Semua benda yang dibeli, semuanya strawberry.. Aww comel betul. Memang sangat best rombongan ni. Walaupun ada benda yang tak puas hati, tapi nasi sudah menjadi bubur.. Tak guna nak dikenangkan.