6/4/12

Novel Review : 5 Tahun 5 Bulan - Hlovate

Novel ni dah lama dah tapi baru dapat baca sebab ada kawan bagi pinjam. Weee~~ Bestnye. Baru habis baca tadi. Rasa tak tahu nak luahkan dekat siapa, so luahkan dekat blog je la.


Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.


Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....

Kata Ana: Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

Kata hati Along: Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo di dalam hidup Along?

Sepertimana dia cekap sebangai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak mula. Hatinya pernah berperi: boys're stupid. Some men too.

Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; berkhasiat di minda; penawar di hati...mengisi nurani.

Fuhh, novel ni best. Memang betul lah orang kata, novel-novel karya Hlovate memang special. Sebab novel Hlovate tak macam novel lain. Pembaca akan dapat something lepas baca novel-novelnya. Aku rasa tenang lepas baca novel ni. Rasa ada motivation nak belajar! Seriously!

Komen:

1. Storyline dia agak sweet. Walaupun penulis tak menekankan elemen sweet dalam novel ni, tapi aku suka bila semua orang suka keneng-kenengkan Ana dengan Along.

2. Ada unsur keagamaan yang membuatkan jiwa aku rasa macam... alahaii. Indahnya... aku suka part yang dia cakap, Al-Quran tu umpama love letters daripada Allah. Kalau sedih, baca surah Al-Insyirah dengan surah Ad-Dhuha sebab ayat-ayat tersebut merupakan ayat-ayat memujuk. Lembut hati aku bila baca maksud ayat surah Al-Insyirah tu.

3. Semua quotes dalam novel tu indah-indah belaka. Aku suka sebab sungguh puitis dan maknanya sangat mendalam.

4. Content yang sungguh knowledgeable. Banyak ayat Bahasa Inggeris yang superb! Kalau tulis dalam essay English confirm cikgu bagi A+.. Then, banyak dia terapkan pasal medical studies blablabla.. Memang ilmiah!

Daripada 5 bintang, aku bagi 4 setengah bintang.