2/14/13

Dalam setiap gambar, ada lagu!

Aku suka ambil gambar. Bukannya self-camera, posing sana sini, tapi gambar pemandangan, cute stuffs, quotes or whatever yang bagi aku, inspirational. Cewwah.

Disebabkan aku ni pengguna kamera yang tak canggih, gambar aku biasanya nampak takde value, plus aku takde kemahiran dalam bidang photography. Let's put that aside, cause aku nak jugak share gambar-gambar aku!

Antara gambar yang aku paling suka. Hehe, aku conteng-conteng benda ni masa final year exam tahun lepas. Stress oh masa tu! So, beginilah salah satu cara untuk meluahkan perasaan. Bila habis menconteng, aku rasa lawa lah pulak benda ni. HAHAHA /puji diri sendiri/

Gambar ni pun aku suka. Hehe, aku dengan Syira susun domino blocks ni akhir tahun lepas. "INFINITE"! Perkataan ni symbolises banyak benda tau.

"It's called wardrobe, and I look amazing!" Kata-kata daripada TV series, Kickin' It. 

Aku suka ambil gambar langit. Langit melambangkan kebebasan, ketenangan, dan kebesaran Allah SWT. Melihat ke langit juga merupakan tazkirah yang paling besar. SubhanAllah.

Hidup ini perlukan motivasi. Motivasi boleh beri kita semangat, willpower, tekad, dan juga azam. Kekuatan mental itu penting! Kita boleh dapatkan motivasi daripada mereka yang inspirational.

Petikan daripada buku teks Tasawwur Islam Tingkatan 4. Gambar ni buat aku sedar, hidup kita di dunia ni sementara je.
"Kehidupan ini orang kata hanya sekali. Tetapi hakikatnya matilah yang hanya sekali, sedang kehidupan itu dua kali." - Hilal Asyraf.

Koleksi buku yang aku beli baru-baru ni. Tengok? Sampai dua buku pasal Saidatina Aisyah aku beli. Hehe, mentang-mentanglah nama aku Aisyah jugak. Seriously, aku rasa pemberian nama kepada bayi memainkan peranan bagi membentuk sahsiah manusia jugak. Aku suka dengan nama 'Aisyah' ni.
And look! Ada buku pasal nikah-nikah lah pulak.... Apa dah jadi dengan Aisyah ni? Hahaha, no lah. Aku akan baca buku motivasi tu maybe bila dah dewasa nanti. Buku tu banyak bagi guideline kepada muslimin dan muslimat. Sangat bagus.

Petikan daripada buku, "Aisyah, Ummul Mukminin: Keanggunan Sejati". Antara part favourite aku. Menggambarkan kasih sayang seorang ibu. Aaaa aku sayang ibuku~ /tetibe/

Itu sahaja yang ingin aku kongsikan. Till then, du'a and salam~!

5 comments:

  1. Gambar first tu cantik ok. Orang tak berseni macam saya ni hanya mampu melihat sahaja karya karya kreatif anda semua sambil keronyokkan kertas.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pujian anda,
    walaupun contengan sebegitu tidak layak dipanggil karya. haha

    Don't worry, be happy~

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing your thoughts about tsushima's. Regards

    My web page; anti cellulite treatment

    ReplyDelete
  4. hehe..awak dan sy ade minat yang sama itu bc buku saidatina aisyah..nama sy juga aisyah..nur aisyah..dan sy pun anggap dia as role model..seni pun adalah darah daging..betul ckp awak nama itu penting utk bentuk sahsiah diri..so if sy ade ank t, kalau lelaki nak bubuh nama umar atau yusof..hehe,if anak perempuan lak nak bubuh nama ainul mardiah atau balqis,walaupun kolot pada zaman sekarang tp mulia disisi Allah..harap2 dimakbulkan Allah..amin.

    ReplyDelete
  5. @Anon

    hehe, kan? apatah lagi bila nama sama rasa nak menjadi sepertinya.

    eh, nama-nama tu bagi saya tak kolot langsung pada zaman sekarang ni. sedap didengar :)

    ReplyDelete