9/7/13

Resipi: Bubur Oat Oreo

I'm on diet. Heh.
Well, bukan diet nak kurus pun. Sejak kebelakangan ni aku rasa tak sihat. And aku rasa level kolesterol dalam badan aku pun tinggi since sepanjang minggu trial SPM haritu aku asyik minum nescafe je.

So, aku amalkan makan oat. Oat ni sangat bagus untuk menyerap kolesterol. SANGAT bagus ok. Aku recommend sangat kau orang amalkan, walaupun umur masih muda. Orang muda, kurus, nampak slim secara zahirnya, tak semestinya sihat. Believe me.

So, yeah. Semalam aku terdetik nak buat bubur oat. Then teringat pulak aku ada beli biskut Cream-O. So I decided to try this recipe. And lagi satu, aku prefer biskut Cream-O daripada Oreo sebab biskut Oreo rasa dia terlampau manis and I don't really like it.

Oreoatmeal

Bahan bahan:
  • Bijirin oat semangkuk kecil (Aku guna Quacker oat)
  • Air panas
  • Biskut Oreo
  • Beberapa sudu madu
  • Krimer/Susu
Cara cara:
  • Isi satu mangkuk dengan air panas sehingga setengah penuh.
  • Masukkan bijirin oat. (Agak agak berapa banyak sampailah semua oat basah.)
  • Masukkan susu/krimer sedikit.
  • Patah patahkan biskut Oreo dan tabur ke atas bubur oat.
  • Hias dengan madu.
**Ni cara malas yang teramat malas. Kalau rajin, panaskan air guna dapur gas and then masukkan oat dan masak dia sampai lembik**

Aku punya buruk benor. Hohoho orang pemalas.

Tadaaa!!! Siap!!! Senang je kan? Sesuai untuk orang pemalas.
Ekceli bubur oat ni macam macam jenis ada. Aku pernah cuba bubur oat epal, tapi bubur oat Oreo ni lagi sedap.

0 Sakura(s):

Post a Comment