9/18/13

Resipi: Fried Oreo

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak berkongsi lagi satu resipi yang berkaitan dengan Oreo. Kepada yang pernah tengok korean show "Happy Together" mungkin pernah dengar resipi ni dalam slot Late Night Meal. My favourite slot :3
Aku telahpun mencubanya. DAN.......... HASILNYA SUNGGUH MENYELERAKAN!

Bahan bahan
  • Biskut Oreo (As usual, I prefer using Cream O biscuits because it tastes less sweet)
  • Tepung gandum
  • Air
  • Telur
Cara penyediaan
  • Mula mula, masukkan tepung gandum ke dalam sebuah mangkuk. Sukatan tepung ikut kemahuan sendiri.
  • Pecahkan telur. Gaulkan isi telur dengan tepung gandum tadi.
  • Masukkan sedikit air. Gaulkan. Sukatan air tu agak agak jelah. Kalau boleh, gaulan tepung tu punya kepekatan ala ala cekodok.

  • Masukkan biskut Oreo ke dalam gaulan tepung tadi. Biskut Oreo tak payah patahkan. Kekalkan bentuk asal. Ratakan gaulan tepung ke seluruh permukaan Oreo.
  • Goreng!
Hasilnya...................


Rupa dia ala ala cekodok. Supposed to be rupa macaroon tapi rupa luaran makanan tak penting. Yang penting, rasa dia sedap. 
(Ceh, alasan semata-mata padahal gagal membentuk rupa macaroon)

Anda disarankan untuk mencuba resipi ini. HIGHLY RECOMMENDED! Sebab bahan-bahan dia simple, nak buat pun ambil masa beberapa minit je. Sedap dan mengenyangkan.

TIPS: Kalau letak banyak telur, kemungkinan rasa Fried Oreo ni akan muak, so lebihkan tepung daripada telur.

 Till then, annyeong!

4 comments:

  1. Thanks a bunch for sharing this with all of us you really know what you're speaking approximately!
    Bookmarked. Please additionally visit my site =). We can have a hyperlink exchange contract among us

    Also visit my weblog ... ท่องเที่ยวญี่ปุ่น

    ReplyDelete
  2. Hehe~~~

    Try it and you'll love it!

    :D

    ReplyDelete
  3. WOW just what I was searching for. Came here by searching for quest bars

    ReplyDelete