6/30/13

Tutorial: Cara mudah printscreen/screencapture

Nampaknya masih ramai yang belum tahu cara mudah nak printscreen skrin laptop. Meh sini aku tunjukkan.

1. Bukak paparan yang ingin diprintscreen.
Aku bagi contoh tumblr aku lah.


2. Tekan button "prt sc" (stands for print screen) di keyboard anda.


3. Bukak aplikasi Paint. Lepastu tekan "paste". Dia akan keluar benda yang kau orang nak printscreen tu.


4. Crop ikut cita rasa kau orang. Lepas tu SAVE!

6/22/13

Novel Review: I Love You, Stupid! - Melur Jelita

Aku beli novel ni tahun lepas, baru habis baca minggu lepas. Seriussss, ni novel paling tebal aku pernah baca! 1000+ pages. Tapi worth.

Sebenarnya novel 1st Melur Jelita aku belum baca lagi.... Terperap je dalam rak buku... Mungkin aku akan baca lepas SPM. Hewhew, busy lah katakan....

Novel kedua Melur Jelita

Sinopsis belakang buku

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan! 
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan

Abang pedas? Eye Mo aku! 
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni. Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect! 
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…” “Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.” Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…

“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”

KOMEN:
  • Satu benda yang aku suka sangat dengan novel Melur Jelita, aku akan dapat something selepas membacanya. Sambil berhibur, boleh tambah pengetahuan agama, pengetahuan am, dan macam-macam lagilah.
  • Kisah Iris dalam novel ni banyak berlatarkan suasana dekat Kemboja. Which is really, really interesting. Agak susah aku nak bayangkan suasana dekat situ, tapi memang menyayat hati...... dan mind-blowing. Cerita dia tersangatlah detailed! Sebab tulah novel ni tebal.
  • Watak Firman perghhhhhh! Wujud ke lelaki macam tu dekat dunia ni? Aku memang suka watak lelaki yang suka mengeluarkan kata-kata pedas. Contohnya macam Firman ni lah. Ada satu part yang aku gelak bila Firman terangkan pasal loghat Kedah. HAHAHA. Aku tak tahu kenapa lawak.
  • Banyak sangat adegan nakal.... lol. Kalau dikurangkan sikit mesti lagi okey.
  • Aku suka keluarga Firman........... Kan best kalau ada family macam tu.
  • Ending dia biasa-biasa je. (Bagi akulah) Mungkin sebab ending dia tak ada part dia orang kahwin? lol. But it's okay, nanti aku akan beli sambungan novel ni. "My Precious Iris."  Novel "My Precious Iris" tu pasal kesinambungan kisah Firman dan Iris lepas kahwin kalau tak silap.

Novel ni tebal sangat, kalau aku cerita detail alamatnya panjang berjela entri ni nanti. Kalau nak tahu selanjutnya, baca sendiri ya? Memang berbaloi! Percayalah! Daripada 5 bintang, aku bagi 4 setengah bintang! HAHAHA.