1/14/14

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

Dulu masa kecik-kecik, aku pernah sekali join berarak untuk sambutan maulidur rasul. It was so awkward haha sebab aku ikut ayah, so dalam perarakan tu aku jalan sekali dengan lelaki dan pakcik-pakcik. Masa tu aku tak faham pun kenapa ada perarakan.

Sekarang, dah besar panjang, aku sedar yang nak mengingati Rasulullah SAW tak payah perarakan pun tak apa, yang penting kita rajin berselawat dan ikut sunnah-sunnah Rasulullah.


Buku yang paling kiri tu, aku belum habis baca lagi tapi aku akui, aku paling enjoy bila baca kisah pasal Saidatina Aisyah dengan Rasulullah. Bila part yang belakang-belakang tu dah tak best sebab dia cerita pasal hidup Saidatina Aisyah selepas Rasulullah wafat :-(
Kesedihannya tak dapat diungkap dengan kata-kata.

Baca kisah macam mana Rasulullah SAW layan Saidatina Aisyah membuatkan aku jatuh cinta.......... Perasaan ni lain daripada how you read a fictional novel and how you like the male character so much. It's different sebab kisah Rasulullah ni kisah benar. Aku terharu sangat (sampai rasa nak menangis). Kalau semua suami dalam dunia ni sebaik Rasulullah, indahnya dunia.


Actually yang bawah ni pun buat aku terharu.


2 comments:

  1. Indahnya percintaan Rasulallah dan Saidatina Aisyah ;w;
    Insyaallah, saya pun nak beli buku tu nanti

    ReplyDelete
  2. Ya, terlalu indah sampai boleh buat orang rasa terharu :-'(

    Bagusss, belilah. Buku tu ada lagi kot dekat pasaran :)

    ReplyDelete