2/19/14

Tutorial: Atasi masalah system laptop lag/freeze

Tak reti nak bagi tajuk yang sesuai sebenarnya. Tutorial ni khas kepada sesiapa yang laptop dia kadang-kadang jammed. Menyampah bukan?

Sebenarnya nak atasi masalah ni ada banyak cara. Ada banyak tips. Yang nak dikongsikan ni guna kaedah delete unimportant files. Salah satu sebab laptop punya memory jadi berat, sebab laptop kita penuh dengan files yang tak penting.

So let's get started.

Step 1
Buka folder Recycle Bin. Right-click, lepastu klik "Empty Recycle Bin".

Step 2
Klik Windows Start button dekat bawah hujung sebelah kiri. Search "Run" dekat kotak search.


Step 3
Taip "prefetch" dekat kotak Run tadi. Then, klik "OK".


Step 4
Select all ataupun tekan ctrl dan A serentak. Right-click, kemudian Delete.
Senang cerita, delete semua files dalam folder prefetch tu.



Step 5
Ulang balik Step 2. Kali ni, taip "%temp%" dekat kotak Run tu. Then, klik "OK"
Ulang Step 4. Delete semua files yang ada dalam folder tu. Kalau ada pop up message yang mengatakan unable to delete, klik Skip.


Step 6 *optional*
Step 6 ni bagi sesiapa yang ada application CCleaner. Kalau tak ada, boleh download. Cari je dekat Google atau Youtube yang free punya. Kalau malas nak download, tak payah ikut step ni. Tapi digalakkan ikut. lol.

Bukak application CCleaner tu. Klik "Run Cleaner" dan tunggu sampai dia habis load 100%. Then, klik "Analyze".



Step 7
Klik "Registry". Then, klik "Scan For Issues". Tunggu sampai load 100% dan klik "Fix Selected Issues". 


DONE!
Hasilnya boleh jadi tidak begitu ketara, bergantung kepada prestasi laptop anda. Cewah.
Langkah-langkah di atas works for me, tapi tak tahulah laptop orang lain macam mana.

P/S: Anda dinasihatkan untuk menjalankan sesi "rawatan" ke atas laptop anda dengan mengikuti steps di atas seminggu dua kali

4 comments:

  1. nice info, pndi cmputer. hehe. nak chat kat chatbox u tp x dapat click :/

    ReplyDelete
  2. thanks :)
    eh chatbox tu okay je saya tengok tapi apa-apa pun thanks for visiting :D

    ReplyDelete
  3. Nice sharing. Thank you unnie~ ^^

    ReplyDelete