3/11/14

#DoakanMH370 - Kembali kepada Allah

Assalamualaikum.

Credit; dreamsbyatira

Sejak Sabtu lepas saya banyak menonton televisyen untuk mendapatkan maklumat tentang kejadian kehilangan pesawat MH370 ni. Banyak sesi temu bual dengan pakar penerbangan yang saya tonton. Sedikit sebanyak ada ilmu yang dapat saya kutip.

Dalam banyak-banyak tetamu jemputan yang pernah ditemu bual tak kira daripada stesen televisyen mana pun yang pernah saya tonton, jawapan Kapten Norudin Abd Majid ni lah yang paling saya tunggu-tunggu.

Bergenang air mata.

"Di mana Sains berakhir, di situlah kuasa Allah bermula."

Dalam konteks ini, maksudnya; apabila pemikiran manusia melalui Sains mencapai kebuntuan, maka disitulah baru kita sedar kuasa Allah yang paling tinggi.

Pandangan mengenai kejadian MH370 oleh Kapten Norudin Abd Majid bekas juruterbang B777 Fleet Mas di Buletin Utama TV3 10 Mac 2014


Pandangan mengenai kejadian MH370 oleh Kapten Norudin Abd Majid bekas juruterbang B777 Fleet Mas di Malaysia Hari Ini TV3 11 Mac 2014.
Credit: lc135Melaka & TV3.

0 Sakura(s):

Post a Comment