5/4/14

Pengalaman temu duga lepasan SPM

Assalamualaikum.

Disebabkan terlalu rajin nak kongsi pengalaman dan mungkin tips kepada hadek-hadek junior yang masih bersekolah tu, maka terciptalah entri ini. Manalah tahu tahun-tahun akan datang, adik-adik ni pulak yang akan dilanda kerisauan. Entri ni simple je, maaflah tak boleh bagi maklumat yang terlalu terperinci kerana tak nak membocorkan soalan lazim walaupun ada je yang dah dibocorkan.

Ada tiga pengalaman yang nak dikongsikan:
1. Ujian saringan ASASIpintar UKM (Ini bukan temu duga ok)
2. Temu duga Asasi Sains UM
3. Temu duga Program Ijazah Luar Negara MARA

To be honest, my main target is actually none of these. Disebabkan dipanggil untuk menjalani temu duga, pergi jelah kan, saja-saja nak timba pengalaman.

1. Ujian saringan ASASIpintar UKM
Kepada mereka yang tertanya-tanya, apakah ASASIpintar ini? Dipersilakan google ya. Asasi ni masih baru lagi di Malaysia dan syarat kelayakan untuk memohon sangatlah tinggi, since asasi ni untuk golongan yang pintar-pintar belaka, bak kata maklumat yang dibaca TT___TT

Masa isi borang UPU, aku pilih ASASIpintar UKM as second choice. Ramai yang cakap dia hanya pilih orang yang letak as first choice sahaja, but... I don't know.

Masa dapat panggilan ujian saringan ni punyalah risau, then bila dah google apa semua, terjumpa blog-blog ex-students ASASIpintar yang pernah cerita pengalaman masing-masing. Mereka kata tak ada temu duga, cuma ujian saringan ni dijalankan menggunakan komputer. Malam sebelum pergi UKM tu, send e-mail dekat pihak yang berkenaan dan tak sampai seminit je dah dapat jawapan balas. Confirmed, ujian saringan tu guna komputer untuk jawab soalan.

Awal-awal pagi bertolak ke UKM, sampai-sampai je beratur dekat makmal. Hanya perlu tunjuk IC, lepas tu dah daftar, pergi masuk makmal second. Lepas beberapa minit, brother yang bertugas ada explain briefly pasal ujian tu, dan mulalah menjawab~~~

If I'm not mistaken, ada banyak soalan dan masa yang diberikan untuk menjawab hanyalah 150 minit. Kalkulator, kertas conteng, dan pen tidak dibenarkan. Guna tangan sahaja untuk pegang mouse dan jari untuk tekan keyboard. Soalan-soalan dia ada banyak aspek. Aspek maklumat, aritmetik, etc. Makin lama soalan dia makin mencabar. Ada soalan yang kita boleh jawab dengan mudah, ada yang sederhana, ada yang susah bebenor nak fikir jawapan. Kadang-kadang untuk jimat masa terpaksa main hentam je mwahahaha.

Oh ya, muka candidates yang datang semuanya muka genius-genius belaka. Memang dapat merasakan aura kegeniusan mereka secara tiba-tiba. Semua muka-muka budak SBP, MRSM and I was like, hmmm diriku ini sekolah biasa je tsk tsk.

Ada banyaklah jugak soalan yang tak dapat dijawab. Then ada satu kali tu, tertekan something dekat keyboard and tiba-tiba jawapan yang dimasukkan hilang and komputer memaparkan soalan untuk modul seterusnya. Idk what happened but hentam sajalah labu~

Ada soalan multiple choice, ada soalan subjektif. Soalan multiple choice dia banyak jugak yang mengelirukan, jadi anda dikehendaki berfikir di luar kotak. Ceh~~

So basically, ujian saringan tu simple je, cuma perlu sediakan
  • kad pengenalan
  • surat panggilan ujian saringan yang dah dicetak (tapi masa hari tu dia tak mintak pun)
  • otak pun kena bawak ok, kalau nak latih otak sebelum ujian tu boleh main sudoku ke apa ke lol
  • kemahiran menekan papan kekunci komputer yang sepantas kilat, boleh menjimatkan masa menaip
Haaa tudiaa. Since aku tak harap pun dapat ASASIpintar ni, dan rasa macam tak boleh dapat je, tak adalah nervous atau takut sangat. Entahlah, aku berserah jelah kalau dapat sambung belajar dekat mana-mana pun.

2. Temu duga Asasi Sains UM
Menurut kajian aku dengan bantuan Google, siapa yang dapat masuk PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya) ni dikira WOW. Aku letak UM as third choice, dan tak mengharap pun dapat. Orang kata kena letak first choice baru dia pilih, but again, I don't know... Aku pergi je temu duga ni dan berserah pada ketentuan Ilahi... Ni first time aku pergi temu duga, tapi malam sebelumnya tu tak nervous langsung dan tidak mengalami gangguan untuk tidur lol maybe sebab rasa macam dah tahu aku tak akan dapat. Aku nak pengalaman, itu pun dah cukup berharga bagi aku.

Disebabkan temu duga ni dijalankan bermula pukul 2 petang, aku terpaksa lunch dalam kereta lol. Dah sampai bangunan PASUM tu baru tiba-tiba nervous. Mungkin sebab nampak ramai sangat jejaka yang segak dan gadis yang ayu dengan muka educated? 

Nasib baik pergi interview ni ada kawan, so duduk dengan dia je sepanjang menunggu giliran. Sementara menunggu tu, macam biasalah, movie Frozen ditayangkan di skrin. Disebabkan nervous dan air-cond pulak sejuk, rasa macam tak khusyuk layan movie tu. Salah satu cara nak hilangkan rasa gemuruh, pada pendapat aku, senyum. Aku nervous je memanjang but then aku gerakkan otot dan paksa diri untuk senyum, sedikit sebanyak rasa gemuruh tu berkurang. Then, bila ada part Olaf buat lawak aku tiba-tiba gelak hohoho padahal masa first time tengok movie tu rasa tak lawak pun scene tu.


Dah nak dekat habis movie tu, baru nama aku dipanggil. Aku sempat berkenal-kenalan dengan ahli-ahli kumpulan aku and yeah... rasa rendah je lol sebab mereka semua dari SBP, MRSM sedangkan aku hanya berasal dari sekolah biasa sahaja.

Soalan first yang sememangnya cliche, introduce yourself. Malangnya, aku dapat soalan yang tak umum. Penat-penat je hafal jawatan masa zaman sekolah dengan pertandingan yang pernah aku masuk, last-last dia tanya soalan yang lebih spesifik. Last-last aku guna plan B, aku jawab soalan yang diberikan. Aku candidate first dalam group aku, so aku yang kena mulakan dulu. Tu lah yang tak bestnya jadi first candidate ni. But then, group members aku semua jawab soalan tu dengan menjawab, "I've presented my school in blablabla...." and I was like, eh eh kenapa mereka jawab lain daripadakuuuuu??? Dia tak tanya pun jawatan dengan wakil dalam pertandingan apa semua tu and yeah, rasa macam aku je yang pelik.

Then, dia bagi scenario. Setiap group dapat scenario yang berlainan, lepas tu kena discuss. Ini bergantung kepada nasiblah. Kalau dapat soalan susah, susahlah nak perah otak cari point.

Interview tu memerlukan kita untuk bertutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, so... banyak kalilah jugak aku lost sense of words. Dah lah panel serang aku dengan pelbagai soalan maut, dan mengapa mesti aku seorang???? Yang lain sikit je kena. Mungkin sebab jawapan yang aku bagi agak unik pelik sebab aku memang tak suka bagi jawapan cliche (Fikir positif lah konon)

Tips yang boleh diberi,
  • Dokumen-dokumen seperti kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan kad pengenalan ibu bapa mesti bawa ya. Jangan lupa jugak bawa sijil-sijil ko-kurikulum sebab selalunya sijil-sijil tu akan dinilai. Tapi boleh jadi sijil-sijil tu dia tak akan tengok. But, bawak je. Just in case.
  • Murahkan senyuman. Bagus tau senyum ni. Selain daripada dapat mengurangkan rasa gemuruh, boleh jugak sedikit sebanyak menampakkan keyakinan kepada diri calon. Cewah.
  • Kalau jantung tu dup dap dup dap sangat sebab terlalu nervous, tarik nafas dalam-dalam guna hidung, lepas tu hembus perlahan-perlahan daripada mulut. Buat berulang-ulang kali untuk kawal pernafasan sebelum masuk bilik temu duga.
  • Jawab soalan panel dengan betul. Contohnya, kalau dia tanya family background, jawab family background. Jangan huraikan benda-benda lain yang tak berkaitan. 
  • Jangan terlalu semangat nak menonjolkan diri masa discussion sampai member lain nak bercakap pun tak boleh. Cikgu aku pernah nasihat, seelok-eloknya lepas kita bentangkan point kita, tanya member lain, "What do you think Candidate A?" "Do you agree with me Candidate C?", etc. Disebabkan semua dah tahu nama masing-masing, tukarlah "Candidate A,etc" tadi dengan nama member tu. Jangan tunjuk diri selfish sangat sampai discussion pun tak rupa discussion.
  • Kadang-kadang, ada panel yang sengaja nak pyscho candidates. Kalau rasa offended ke apa ke, senyum je. Tunjuk muka konfiden seolah-olah wajah tu mengatakan, "it's nothing bebeh~" 
Tudiaaa. Tu antara tips yang boleh diberi dan ada yang berdasarkan kesilapan yang telah aku lakukan tempoh hari TT___TT Hadek-hadek sekalian, belajarlah daripada kesilapan hakak ini.


3. Temu duga Program Ijazah Luar Negara MARA
Disebabkan banyak sangat biasiswa untuk mereka yang nak sambung belajar dalam jurusan kejuruteraan, diriku yang teringin nak jadi doktor ni tak punya banyak pilihan. Aku ambil keputusan untuk apply MARA punya pinjaman boleh ubah je, which is not a scholarship.

Lepas jawab Ujian Psikometrik secara online yang banyak sangat pilih jawapan salah hari tu, kena pergi temu duga pulak. Course medic, persediaan ke Ireland. Sejujurnya aku tak berharap pun nak belajar ke luar negara, tapi aku apply jugak sebab kawan suggest. Main target aku memang UPU. Tapi aku fikir, why not kan.

And ughhhh sekali lagi rasa insecure. Bila sampai dekat tempat temu duga tu, dah berkenal-kenalan dengan group members, semua datang dari sekolah yang berprestij. Aku? Budak biasa dari sekolah biasa je. Tapi yang peliknya masa interview tu aku tak nervous langsung. Relax je. Macam... malas nak risau lulus ke tak, sebab... kalau tak berjaya sekalipun aku okay je. (Walaupun kesian dekat parents yang sanggup luangkan masa hantar pergi tempat temu duga TT____TT)

Interview MARA ni, menurut kajian aku menggunakan bantuan Google jugak, setiap tahun tak sama. Tu lah yang menakutkan tu. Tahun ni, interview tu ada dua sesi. Sesi kedua tu kena pindah ke bilik sebelah pulak, menghadap panel yang berlainan.

Tugasan berkumpulan. Disebabkan kumpulan aku ada 10 orang, sangatlah sukar untuk tonjolkan diri. Tambahan pula, aku memang tak fasih berbahasa Inggeris. Dia ada bagi scenario and kena bagi point untuk diri masing-masing.

Sesi kedua pun ada scenario and kena discuss jugak. Then, ada soalan random yang perlu dijawab oleh setiap ahli dan akhir sekali ada penilaian. Penilaian tu, kita kena bagi markah dekat ahli-ahli kumpulan kita lepas kedua-dua sesi tu tamat.

Aku rasa aku tak perform well pun untuk interview MARA tu. Mungkin sebab aku tak beria-ia nak pergi oversea macam orang lain. Again, pengalaman yang aku nak. Aku tak rasa pun akan lulus temu duga ni sebab seriously, group members aku hebat-hebat belaka. Idea mantap, fluent English and yes, mereka bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland tu. Fighting!!!

Tips:
  • Berlatih speaking English, sebab kalau anda lembab, boleh jadi group members anda akan memotong kata-kata anda setiap kali anda, "Urm......" (sambil memikirkan perkataan yang sesuai)
  • Tunjuk muka konfiden. Jangan takut nak utarakan point.
  • Compete antara satu sama lain. Bila idea dah datang tu, cepat-cepat utarakan sebab biasanya ada member yang akan terfikir idea yang sama dan bila dia utarakan dulu point tu, habislah... Otak perlu kembali ligat memikirkan apa lagi point yang relevan. Tak best-lah kan kalau present point yang orang dah hurai...
  • (Tips seterusnya lebih kurang je macam points dalam temu duga UM.)

"Man proposes, God disposes."

Manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Kadang-kadang kita rasa sesuatu tu baik untuk kita, padahal Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Firman Allah yang bermaksud: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(al-Baqarah:216)

Walau apapun keputusannya nanti, reda. Ada seorang cikgu pernah pesan, bila doa tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan masa depan ni, doalah supaya Allah berikan yang terbaik untuk kita, instead of doa supaya kita dapat apa yang kita nak - apa yang kita rasa seolah-olah itu yang terbaik, sebab Allah lebih mengetahui.

34 comments:

  1. Moga berjaya...kdg kdg ssah nk jangka apa paneltu nk sebenarnya...yg penting soalan berjawap....

    ReplyDelete
  2. @HeNRieTTa JoSe

    terima kasih... memang, itu pun antara kesukaran jugak :-)

    ReplyDelete
  3. wahh. so far ee pergi qualification test for ipg (ukcg) je.
    i dont wanna be a teacher tho. but my parents asked me to take the test. hahaha T___T

    ReplyDelete
  4. @Nurulee

    since iols pun tak nak jadi cikgu memang tak mohon ipg tu,
    samalah... parents yang suruh so yeah, pergi jelah sambil cari pengalaman~

    ReplyDelete
  5. Untung dapat rasa semua pengalaman tu :'(

    ReplyDelete
  6. @Raihana Ramlan

    Sebenarnya disebabkan asyik rasa serabut saya selalu hampir menangis sebab rasa diri teruk masa temu duga, but to think positively, well... untung dari segi pengalaman & pemantapan jati diri (?)
    TT___TT

    ReplyDelete
  7. Baguslah tips Aisya ni. Kelakar tapi betul. All the best for yout future undertakings.

    Dulu akak pergi interview pun rasa macam tu juga. Rendah diri sebab jumpa orang-orang hebat. Kita ni sekolah biasa sekolah kampung je.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. @Farah

    Thank you kak ^___^
    Hmm betul tu. Memang rasa kerdil, tak boleh nak buat apa...

    ReplyDelete
  10. ecah rasa lagi INSECURE baca entry awak ni -.-'' nangis tepi langsir. huhuhu.kira hebatlah dapat interview macam2. terserlah yg awak setanding dgn students dri sbp n mrsm =')

    good luck tau. aisya sakura =p

    ReplyDelete
  11. @Aisyah Az

    puji ke ni? lol
    memang biasalah rasa insecure, kita tak boleh elakkan...

    tak setanding pun, bila dah rasa sendiri pengalaman tu rasa teruk sangat sebenarnya :-(

    hee thanks. good luck jugak taw ecah ^___^

    ReplyDelete
  12. pergghhh kalau saya serious tak dapat pergi sesorang. lagi2 kalau tak ada kawan. dah lah pemalu tambah pulak dgn rasa takut. tapi at least awk ada pngalaman tu semua :)

    ReplyDelete
  13. @Tashira Sha

    bab sorang2 tu ok kot, sebab ramai yang peramah...
    yup, at least ada experience kan, itu yang kita mahuuu :)

    ReplyDelete
  14. ai-chan ! i went to the same interview . tp tak pergi asasi pintar sbb tak mohon . hehe. and, sara mmg tak puas hati sikit sbb soalan ia macam >.>" hahah. btw, All the best !

    ReplyDelete
  15. @Nur Haziqah Mohd Rosli

    tu lah, ramai jugak tak mohon asasipintar. saya mohon sebab dekat hoho :P
    tau takpe kan... sabar jelah XD
    yeaa, you too, all the best!!! :D

    ReplyDelete
  16. mesti aisya ni pandai gler..hehe
    best of luck for u my dear XD

    ReplyDelete
  17. @Nini Hanini

    sebenarnya saya budak biasa je :P
    okay thank you ^__^

    ReplyDelete
  18. Good luck adik.
    akak pnh rse pglmn sebegitu.
    after interview session msti rse xconfident dgn diri.
    tp don't worry! Allah know better for us :)
    klu dlm msia pon okay. akak nye suggestion, amek asasi.
    welcome to campus life! seriously best! :)

    ReplyDelete
  19. @LeenNajib
    thank you kak... memang betul tu :/

    yup memang plan nak stay m'sia pun & insya-Allah tak lama lagi nak daftar asasi. looking forward to it :-)

    ReplyDelete
  20. Boleh tahu akak punya result spm?

    ReplyDelete
  21. Akak sambung blajar dekat mana skarang nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekarang tengah sambung medicine di salah sebuah universiti di malaysia (nama dirahsiakan).

      Delete
  22. so do you get the ukm foundation at last?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope, ukm was my 2nd choice for upu. i got the 1st choice instead :-)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Hi kak aisya.Nak tanya kalau saya gagal dalam ujian saringan adakah ia bermaksud saya tak kan dapat uni lain yg telah saya mohon melalui upu?

      Delete
    4. Hi kak aisya.Nak tanya kalau saya gagal dalam ujian saringan adakah ia bermaksud saya tak kan dapat uni lain yg telah saya mohon melalui upu?

      Delete
  23. Hi kak aisya.Nak tanya kalau saya gagal dalam ujian saringan adakah ia bermaksud saya dapat masuk uni lain yang saya mohon melalui upu?

    ReplyDelete
  24. akak tak lama lagi saya ade interview asasi pintar.. saya pun sekolah smk je kat luar bandar.. takut la pulak. saya tak tau nak bace ape untuk buat preparation sebab tak boleh nak agak ape soalan die.. lepas bace ni lagilah nervous.. harap akak boleh tolong bagitau soalan die.. kalau akak ingat lagilah. please reply :) -nabilah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun dulu rasa takut jugak sebab sekolah biasa je. Tapi akak kenal je orang yang dapat asasipintar even dari sekolah harian biasa. Tapi kena letak first choice la kalau betul2 nak.

      Awak tak perlu prepare sgt pun. Yg penting tidur cukup, rehat cukup, sbb nak guna otak betul2 masa tu. Soalan dia yg akak ingat, ada soalan maths. Soalan maths basic je mcm darab bahagi gitu cuma yg payahnya tk boleh guna kalkulator and tak boleh bawak pen or kertas utk conteng. Ni masa zaman akak, tahun ni tak tahu la mcm mana.

      Delete
  25. akak.. kalau tak ingat tak pe lah.. any tips for the question on the iv of asasi pintar ukm ? do reply . thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak layak pun nak bagi tips tapi fokus betul2 masa jawab soalan tu. Baca soalan betul2 & jgn luangkan byk sgt masa kat soalan senang takut tak sempat utk soalan susah. Yang penting doa minta Allah permudahkan & bg yg terbaik :-)

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete