4/18/14

Photoshop Tutorial: Dotted Text Stroke

Assalamualaikum.

Ok-lah, straight to the point.

Dotted text stroke tu, contohnya macam di bawah ni.

/macam tak ada perkataan lain je untuk dijadikan contoh ni mengapa/

Dalam tutorial ni, Photoshop CS5 digunakan.

Kepada yang masih belum install dotted pattern dalam Photoshop dia, bolehlah download ya. Klik SINI untuk download patterns set tu. Siapa yang dah ada boleh skip.

Lepas dah download, buka folder downloaded file tu. Right-click pada .rar file tu dan klik Extract files...

Step 1
Sekarang, buka software Photoshop.
Klik File (bahagian hujung kiri atas bar) > New > /adjust-lah background warna apa-apa + size apa-apa and klik OK./
Taiplah apa-apa guna text tool.
(Tekan huruf T dekat keyboard kalau tak tahu)

Step 2
Right-click dekat layer text tu.
Then, klik Blending Options...
(Rujuk gambar dekat bawah)


Step 3
Klik pada tulisan Stroke
Dia akan keluar macam gambar dekat bawah ni.
Pilih Pattern.


Step 4
Klik simbol drop down sebelah kotak Pattern tu. (Step 1 dalam gambar dekat bawah)
Klik bulatan arrow ke kanan sebelah pilihan patterns yang dah keluar tadi. (Step 2 dalam gambar dekat bawah)
Klik Load Patterns... (Step 3 dalam gambar dekat bawah)


Step 5
Lepas tu cari location downloaded file tadi dan select .pat file yang baru di-download tadi tadi. Klik Load.


Step 6
Ok, .pat file yang baru di-download tadi telahpun di-install. Lepas ni tak payah repeat dah step load patterns tu.
Then, pilihlah pattern bentuk dot yang menjadi pilihan. Adjust-lah size stroke tu mengikut cita rasa.
Scale dia pun adjust-lah ikut citarasa.
Rujuk gambar di bawah sebagai contoh.


DONE!!!

Dekat bawah ni lagi satu contoh dotted text stroke.


So... that's it.
Ppyong!

1 comment:

  1. Blogwalking^^

    Jom join

    http://sayasyiera.blogspot.com/2014/04/syiera-firdauss-april-giveaway.html

    ReplyDelete