5/31/14

1 week to go

Assalamualaikum.


Lagi (lebih kurang) seminggu aku akan mendaftar masuk universiti. Kawan-kawan lain semua dah sambung belajar dah pun, aku ni masih ada masa untuk relaks mwahahaha. 

So... lepas ni aku akan berhijrah ke Pahang. Dah lah selama ni tak pernah duduk asrama, then kena berpisah daripada keluarga... Dari Selangor ke Pahang... Dush~~~ Harap-harap dapat sesuaikan diri. Sebenarnya banyak universiti yang dekat dengan rumah aku. UPM, UKM, UM... dan beberapa universiti lagi yang dekat, tapi yang jauh ni jugak aku pilih. Kawan-kawan aku ramai yang berkampung dekat UPM dengan Kolej MARA Kulim. Untunglah diorang dapat tempat sama...

Banyak benda yang membuatkan aku nervous sebenarnya. Terutama sekali pasal kerjaya yang aku pilih. Aku decide nak jadi doktor sejak tahun lepas. Sebelum ni, kerjaya doktorlah yang paling aku tak nak sebab selalu dimomokkan dengan cerita-cerita macam... "Kalau nak jadi doktor kena tinggal dalam bilik mayat blablabla" dan macam-macam cerita lagi. Dulu, aku memang takut darah. Kalau tengok organ-organ macam jantung atau paru-paru dalam TV pun aku tak sanggup tengok. Tapi tu semua dulu, sekarang ni... aku rasa semua tu aku boleh handle, In sya Allah. 

 

Aku banyak baca pasal kerjaya doktor ni. Memang ramai yang kata susah. Semua info yang aku baca seolah-olah menakutkan aku tapi entah kenapa hati aku degil suruh pilih bidang ni jugak. Hati aku macam menjerit, "saya sanggup!!!!" setiap kali terbaca yang nak jadi doktor ni kena lalui benda-benda itu dan ini. Dari segi minat, ya aku memang minat sangat Biology. Minat aku nak tolong rawat orang pulak mula berputik sejak aku join Bulan Sabit Merah. Rasa indah sangat lepas berjaya tolong kurangkan sakit orang lol.

Lagi bertambah minat bila layan medical drama. Err, tapi aku layan Korean punya je lah. Sekarang ni aku tengah layan Doctor Stranger. Fuhh, baru first episode aku dah ternangis sebab banyak sangat twist. Walaupun aku tak berminat nak jadi doktor bedah jantung tapi disebabkan medical drama, mestilah rasa best kan. Hohoho. Aku dah terbayang dah nanti aku akan banyak kena marah kalau buat silap blablabla. Aku akan banyak menangis kot nanti?

(Psstttt... Writer-nim, next episodes tolong kekalkan ke-daebak-an drama ni please...)

Lepas ni aku akan berada dalam mode semi-hiatus. Till then, ppyong~

14 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah ya Aisya :)

    All the best for your future undertakings ^^

    ReplyDelete
  2. tahniahh kak~ good luck kat tempat baru and in your future. ^^

    ReplyDelete
  3. congrats love :) saya pun lepas spm tak tahu nk rancang buat apa haha :P

    ReplyDelete
  4. @caylencaster ☁
    thanks :) hahaa saya kalau tak tahu nak rancang apa, just go with the flow~~

    ReplyDelete
  5. wah terus masuk U ^^ all the best kak! <3

    ReplyDelete
  6. @Mazni Munawar
    hee thank you <3
    ^___^

    ReplyDelete
  7. wah tahniah, mesti best! saya tak pilih langsung kos biology for UPU, sebab fobia nak dissect binatang. apapun buat yg terbaik di sana :D

    ReplyDelete
  8. @Kuchiki EnnaMoon
    ooo~ kalau fobia memang better tak perlu isi >.<
    hee thank you. In sya Allah~ I'll try my best~

    ReplyDelete
  9. Wahh. Dahh dapat.. Congrats ! Selamat berhijrah ! All the best..

    p/s : Suraya pun tengah layan doctor stranger jugak.. ^^

    ReplyDelete
  10. @Suraya Pakair
    thank you dik :)
    Doktor Stranger memang tengah top setakat ni (walaupun cerita dia menggeramkan)

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan, ni resipi puding oreo yang awak tanya tu http://ajourneytowardsmydestiny.blogspot.com/2014/06/oreo-pudding-recipe-popsicle.html

    ReplyDelete
  12. Confused sekejap.. ruangan komen diatas rupanya.. hee

    ReplyDelete