5/5/14

Photoshop Tutorial: Cara cut/transparent gambar guna Photoshop

Assalamualaikum.

Disebabkan agak banyak referrals blog ni yang tercari-cari cara cut gambar guna Photoshop, rasa rajin pulak nak buat tutorial hoho. Melambak tutorial cara potong gambar orang buat sana sini, tapi setiap orang prefer guna cara yang berbeza-beza, so tutorial ni akan menyediakan beberapa kaedah yang berlainan untuk cut/transparent-kan gambar. Setiap kaedah ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri hokay.


Dalam tutorial ni, Photoshop CS5 digunakan.

So let's get started.

METHOD NUMBER ONE; Lasso Tool

Cara ni sangatlah tak digalakkan untuk cut gambar betul-betul mengikut bentuk asal objek, tapi kalau nak cut ikut bentuk random, cara ni paling senang.

Step 1:
Open gambar yang nak dipotong. Tekan huruf L pada keyboard dan Lasso Tool tu akan appear sendiri.

Step 2:
Tarik Lasso Tool dan gerakkan untuk membentuk potongan gambar. Klik je mouse lama-lama, jangan lepas sampailah bertemu hujung ke hujung.

Contohnya, kalau nak potong kepala rusa tu je dan jadikan heart-shape, gunalah Lasso Tool.

Tarik Lasso Tool sampai jadi heart-shape~

Step 3:
Guna Move Tool untuk pindahkan gambar yang dah dipotong tadi ke canvas lain. (Tekan huruf V dekat keyboard dan Move Tool akan appear sendiri)

((Contoh untuk tutorial ni,)) mula-mula tekan Ctrl dan N serentak, akan keluar setting untuk new canvas. Adjustlah size dia nak berapa pixel, then background contents dia nak warna apa. Contoh dekat bawah ni, background yang dipilih warna hitam, supaya nampak heart-shape cutting tadi. Kalau nak transparent-kan, background contents tu pilihlah Transparent.

Ni hasilnya~~ Potongan heart-shape.

Cara nak pindahkan gambar yang dah dipotong tu cuma klik je heart-shape cutting tadi dan drag ke kanvas lagi satu, guna Move Tool.


METHOD NUMBER TWO; Polygonal Lasso Tool

Cara ni pulak untuk cut gambar dalam bentuk polygon.

Step 1:
Open gambar. Right-click pada Lasso Tool dan pilih Polygonal Lasso Tool.


Step 2:
Klik dan gerakkan mouse untuk membentuk shape yang diingini.
Contohnya, boleh potong ikut bentuk hexagon.


Step 3:
Boleh pindahkan ke kanvas lain or mana-mana je lah, guna Move Tool. Rujuk Step 3 dalam METHOD NUMBER ONE.

Hasilnya~~

METHOD NUMBER THREE; Magnetic Lasso Tool

Cara ni boleh digunakan kalau nak potong gambar betul-betul ikut bentuk objek. Tapi untuk dapatkan clean cut, bergantung kepada kepakaran memegang mouse dan kesabaran mungkin?
I don't really like this method tbh but of course you can try it kalau nak.

Step 1:
Open gambar. Right-click pada Lasso Tool dan pilih Magnetic Lasso Tool.


Step 2:
Klik dan lalukan Magnetic Lasso Tool tu pada bahagian outline objek. Make sure klik pada setiap bucu supaya cutting line tu melekat betul-betul atas outline untuk cutting yang lebih clean.


Lalukan pada outline sampailah bertemu hujung ke hujung.

Bila dah siap lalukan Magnetic Lasso Tool, akan jadi macam ni.

Step 3:
Rujuk Step 3 macam dalam method sebelum ni.

METHOD NUMBER FOUR; Quick Selection Tool

I loveee this method the most sebab jimat masa berbanding guna Magnetic Lasso Tool. Recommended untuk objek yang warnanya kontra dengan background. Contoh kalau background warna hitam, objek tu warna putih, gunalah cara ni. Kalau background warna hitam, warna objek pulak kelabu gelap,  jangan guna cara ni.

Step 1:
Open gambar macam biasa. Tekan huruf W pada keyboard dan Quick Selection Tool akan muncul sendiri.

Step 2:
Adjust brush diameter dulu, ikut kesesuaian saiz objek yang nak dipotong tu.


Step 3:
Klik pada area yang nak dipotong. Area tu akan spread.


Klik lagi pada area yang belum masuk dalam kawasan dotted tu supaya area dia bertambah merebak.

Kalau area dotted tu terlebih merebak sampai keluar dari kawasan yang nak dipotong, don't worry, boleh guna subtract from selection.

Klik tool yang ada simbol subtraction.

Pastu klik pada area yang nak dipadam. Jangan lupa resize brush diameter ikut kesesuaian.
Buatlah sampai cover semua area yang nak dipotong.


Step 4:
Macam biasalah, rujuk Step 3 dalam METHOD NUMBER ONE.

METHOD NUMBER FIVE; Edit in Quick Mask Mode

I love this method too; my second choice. Kaedah ni digalakkan bila nak potong gambar yang rumit and banyak details, contohnya gambar orang, especially bahagian rambut lelaki. Rambut lelaki kan ada tajam-tajam tepi-tepi, akan susah nak bagi dotted area tu cover bahagian helaian-helaian rambut yang bercantum. Lainlah kalau rambut afro.

Lagi satu kelebihan cara ni, boleh jugak potong gambar siap ada effect glowing dekat tepi-tepi, tapi kena guna soft round pressure brush lah dekat bahagian outline.

Tapi cara ni agak memerlukan kesabaran.

Step 1:
Open gambar macam biasa. Klik Brush Tool dan kemudian klik Edit in Quick Mask Mode. 
(Optional: Boleh tekan huruf B untuk Brush Tool and huruf Q untuk Edit in Quick Mask Mode pada keyboard.)


Step 2:
Adjust brush diameter ikut kesesuaian saiz objek yang nak dipotong. Pastikan Mode: Normal, Opacity: 100% (boleh je reduce opacity kalau nak gambar tu ala-ala roh lol), Flow: 100%.


Step 3:
Warnakan area yang nak dipotong. Boleh adjust brush diameter kalau nak warnakan dekat area yang kecik. Boleh jugak guna bantuan Zoom Tool untuk memudahkan. 
Warna tu nanti akan jadi warna merah versi reduced opacity.

Ni contoh yang baru sekerat jalan.

Ni contoh yang dah warnakan semua.
(Biarlah tak clean pun, maleh den hohoho)

Step 4:
Tekan huruf Q pada keyboard. Then, tekan huruf W. 
Right-click pada gambar tu dan tekan "Select Inverse"


Step 5:
Macam biasa, rujuk Step 3 dalam METHOD NUMBER ONE.

METHOD NUMBER SIX; Magic Eraser Tool + Background Eraser Tool.

Cara ni pun mudah jugak and jimat masa, especially bila warna objek dengan background kontra. Contohnya macam tadi, warna background hitam and warna objek putih, etc. Tahap kesabaran yang diperlukan pun rendah hokay.

Kalau warna objek dengan background tak berapa kontra, guna Background Eraser Tool untuk membantu. 

Untuk cara ni, gunakan jugak bantuan Step Backward (tekan Alt + Ctrl + Z serentak pada keyboard) kalau-kalau Eraser Tool tu terpadam bahagian yang salah. 

Lagi satu, cara ni tak payah susah-susah guna Move Tool untuk transparent-kan gambar.

Step 1:
Open gambar. Right-click pada Eraser Tool dan pilih Magic Eraser Tool. Pastikan Opacity: 100%.


Step 2:
Klik pada bahagian background objek yang nak dipotong, untuk padam. Bahagian tu akan jadi transparent.

Akan jadi macam ni.

Step 3:
Kalau tak clean; masih ada sisa-sisa yang belum terpadam, guna pulak Background Eraser Tool. 
Right-click pada Eraser Tool dan pilih Background Eraser Tool.

Then, adjust lah size eraser tu dan padamlah sisa-sisa yang tertinggal untuk clean-kan.


Gunalah bantuan Zoom Tool supaya lebih jelas.

Bila dah siap, ni hasilnya. Gambar tu dah di-transparent-kan;; yehet.

DONE!!!

Bertahun-tahun godek Photoshop, enam cara tu je jumpa. Pilihlah mana satu yang menjadi idaman kalbu. Tak tahulah ada lagi ke tak cara lain. Pandai-pandailah cari sendiri yeww.

Ppyong~~~

12 comments:

  1. Saya ni bab2 photoshop mmg fail. Kalau jadi pun, try lagi bulan seterusnya dah lupa -.-"


    ReplyDelete
  2. @Miss Xyz

    Normal la tu... benda ni memang rumit sikit kalau jarang guna tapi lama-lama ok je :-)

    ReplyDelete
  3. samela, sye pun slalu guna quick selection tool. nice sharing btw~

    ReplyDelete
  4. @Mazni Munawar

    Rasanya memang ramai suka guna tu kot? :-P
    Since tak rumit sangat~

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing. akak pun still bertatih guna photoshop ni. heeee

    ReplyDelete
  6. @Izzati Amira

    okay~
    tu lah saya pun masih berlatih jugak ^^;

    ReplyDelete
  7. @Diana Rashid

    photoshop best... macam-macam boleh buat :-)

    ReplyDelete
  8. blogwalking sini dari GA tengkubutang...jom join GA saya

    jom join GA saya :

    http://dia-honey.blogspot.com/2014/05/giveaway-3rd-anniversary-syahoney-kitty.html

    ReplyDelete
  9. nice tutorial ! tak tahu pun sblm ni ada cara lain nak crop pic. hehe.biasa hazy guna cara number 4 . magnetic lasso tool !

    ReplyDelete
  10. @Nur Haziqah Mohd Rosli

    hee thanks;;
    saya pun tak tahu kalau2 ada lagi cara lain selain semua ni XD

    ReplyDelete
  11. thanks utk tutorial ni. Alhamdulillah jadik pun hehe

    ReplyDelete