5/25/14

Resipi: Mug Chocolate Cake/Kek Coklat Mug

Assalamualaikum.

Dah lama tak share resipi hewhewhew. Sesiapa yang suka makan kek tu meh lah tengok resipi ni. Mudah dan ringkas. 

Apa itu Mug Cake? Mug cake ni mestilah kek, cuma yang bezanya kek ni hidangan untuk seorang je dan kek ni dibakar dalam mug lepas tu terus boleh makan. Kiranya macam kek ekspres lah. Bila tengah craving cake tapi malas nak buat dalam cake pan besar gedabak, buatlah mug cake yew.

Terpaksa cilok gambar dengan bantuan Google sebab iols punya gambar cake yang berada dalam mug tak sempat transfer then tetiba phone tu rosak ughhhhh nice timing wahai phone.
(Dah lah mug iols comel tsk tsk tak dapat nak show off)

Hari tu sebelum cuba resipi ni, macam-macam resipi dekat internet digeledah, lain orang lain resipinya so resipi ni ikut cita rasa tuan blog ni (ubah suai-ed version), ye lah sebab ada sesetengah bahan susah nak didapati di Malaysia. 

Sesiapa yang ada microwave oven dekat rumah, bonus untuk anda! Sebab kek tu boleh masak dalam masa 5 minit je. Sesiapa yang cuma ada oven biasa, terpaksalah tunggu lama sikit.

Bahan-bahan
  • 1 biji telur.
  • 3 sudu besar serbuk koko.
  • 4 sudu besar tepung gandum (all purpose flour). ((Boleh adjust ikut saiz mug tu. Kalau mug besar gajah boleh guna 5 sudu besar))
  • 3 sudu besar gula ((Boleh adjust ikut cita rasa. Kalau nak penyakit kencing manis letak 10 sudu pun boleh))
  • 1 sudu besar tepung penaik (baking powder).
  • 2 sudu besar minyak masak.
  • 3 sudu besar susu segar. ((Kalau tak ada stok dekat rumah, guna air je.))
  • 1 sudu besar cip coklat. *optional
  • 1/2 sudu teh garam.
  • Mug of course.
Cara-cara
  • Preheat oven dengan suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 5 minit. Ni step basic kalau nak buat kek yew.
  • Masukkan tepung gandum, gula, garam, serbuk koko, dan tepung penaik ke dalam mug. Kemudian, gaul sampai sebati.
  • Pecahkan telur dan tambahkan ke dalam mug dan gaulkan sampai sebati.
  • Masukkan pula susu & minyak masak dan gaulkan sampai sebati.
  • Masukkan mug yang dah berisi gaulan sebati tadi ke dalam oven dan kita bakorrrrrrr (sila baca guna gaya Usop Wilcha) selama lebih kurang 25 minit. Tapi masa yang diambil untuk masak ni bergantung kepada oven anda. Kalau lepas 25 minit pun tak masak lagi, bakar balik dalam 10 minit camtu, dan ulang sampai kek masak.

Nota:
  • Kepada sesiapa yang tak ada stok serbuk koko dekat rumah, boleh ganti dengan serbuk Milo tapi jangan letak banyak sangat, takut kek tak naik. Kalau guna serbuk Milo, letak lebih kurang 1 1/2 sudu besar je, tapi awas, rasa dia nanti mungkin tak sesedap guna serbuk koko sebab rasa kepekatan coklat akan kurang. (Percayalah orang yang dah pernah try ni hoho)
  • Kalau yang guna microwave oven tu, setkan masa lebih kurang 3 minit dengan power maksimum. (Untunglah ada microwave oven~~)
  • Cara nak tahu kek dah masak ke belum: Cucuk bahagian tengah kek tu guna lidi. Kalau sisa tak melekat dekat lidi tu, maknanya kek dah masak.
  • Kalau nak tabur icing sugar atas kek pun boleh untuk hiasan. Celup sos coklat pun boleh kalau nak sedap.
  • Kalau ada esen vanilla tambahlah setitis, kalau tak ada pun okay je.
  • Hati-hati bila nak keluarkan mug dari oven tu. Pemegang mug tu panas, so gunalah kain untuk cover pemegang dia.
  • Jangan memandai nak rendam mug yang masih panas dalam air sejuk, takut mug tu pecah sebab kejutan budaya (panas bertemu sejuk tak ke kejutan budaya tu?)

Ni eden punyaaaa. Ni lepas dah dikeluarkan daripada mug.
(Gambar yang masih sempat di-transfer sebelum phone buat hal)

Amboi lepas dah gigit bahagian atas baru nak snap gambar kahkahkah.

Setelah dihias guna sos coklat, oat, dan nestum... Tadaaa~~

Disebabkan serbuk koko tak ada, terpaksa guna Milo. Disebabkan tak ada rasa coklat sangat terpaksa salutkan dengan sos coklat TT__TT 
Tapi puas hati sebab first try dan alhamdulillah menjadi. Mula-mula tu takut mug pecah ke, apa ke kan.

11 comments:

  1. simple and yummy ! hohoho.
    hazy kalau dah buat, tak transfer mana dah kek tu. makan je guna mug XD

    ReplyDelete
  2. @Nur Haziqah Mohd Rosli
    of course ramai akan buat camtu. banyak pinggan mangkuk nak kena basuh nanti XD

    ReplyDelete
  3. Yum2 Sedapnya :) Taufiq singgah sini :)

    Jom melawat ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  4. @Muhammad Taufiq
    memang sedap pun XD

    ReplyDelete
  5. SIMPLE DAn mudah kan...lieya penah tgk resepi ni tapi versi nutella mug choco kek...mmg sedap sbb pakai nutella...

    ReplyDelete
  6. wow nampak sangat sedap.. nanti buat video tutorial senang sikit nak ikut hehe

    ReplyDelete
  7. @lieyalatif
    yup.. banyak jugak jumpa resipi guna nutella tapi ni saya ubah suai sikit, hewhew ~

    @Ibnu Ramli
    video dekat youtube ada banyak rasanya, omputih punya~

    ReplyDelete
  8. bagus sis, rajin buat kek:)
    nanti nk try.. thanks for sharing !

    ReplyDelete
  9. @hafizah ibrahim
    Ok you're welcome :-D

    @mint cookies
    Microwave oven is an oven that uses electromagnetic radiation to cook food, but often referred to as microwave. So yeah, microwave :-)

    ReplyDelete
  10. Sis. Boleh guna semua jenis mug ke? Kalau takde symbol microwave tu boleh guna tak? Ke elok buat dalam bekas plastik je (yg ada simbol microwave)

    ReplyDelete