6/24/14

Hmmmm :-(

Assalamualaikum.

Tak tahu nak bagi tajuk apa. Dah lama tak update. Kalau boleh rasa nak delete je blog ni lol entahlah~ Banyak kali rasa macam tu tapi sampai sekarang blog ni masih wujud.

Minggu ni dah minggu ketiga aku sambung belajar. Jadual belum hectic sangat kot? Tapi minggu-minggu sebelum ni macam-macam masalah melanda. Entah berapa kali aku nangis sebab rasa diri tak kuat nak lalui semua ni.

Sebelum masuk sini, aku happy sangat sebab aku dapat masuk uni dengan course yang aku nak. Sebab memang first choice and impian kita kan~~~ Tapi bila dah sampai sini, macam-macam dugaan datang bertimpa pulak, aku mula persoal balik diri aku... "Betul ke pilihan aku ni?" "Kenapa rasa macam tak sanggup?" Lepas tu mulalah aku fikir balik, "Kenapa aku tak pilih uni yang dekat dengan rumah sebelum ni? Kenapa pilih yang jauh ni jugak?" Dan... macam-macam lagi aku terfikir T__T Aku rasa macam nak tukar uni je lepas habis asasi ni... Rasa macam tak sanggup kot nak jadi orang Pahang? Selama hampir 10 tahun kena duduk Pahang? Seriously? NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO...

Aku tak tahulah macam mana sekarang ni... Pelajaran pun masih samar-samar sebab banyak aku tak faham... Minggu lepas dah lah aku absent, tak pergi kelas.... Hmmm.....

Aku sedih sangat sekarang ni... Haraplah semuanya aku beransur pulih hari demi hari... Aku takut pointer jatuh then sia-sia je aku dapat course ni... Aku takut..... Aku takut Ya Allah....

Semoga semuanya akan okay... Amin................................

5 comments:

  1. Aisya sambung belajar dekat mana ni?

    Tak boleh nak konsgi tips untuk atasi kerinduan dekat parents sebab diri sendiri pun tengah rindu parents sangat-sangat. Homesick gila sekarang ni

    ReplyDelete
  2. hi aisya=)

    pemenang segmen preloved by kokoclothes:
    sila tinggalkn nama,alamat,no fon & saiz baju di ruangan msj di sini

    https://www.facebook.com/kokoclothes

    ReplyDelete
  3. hi ai-chan! haha, itu dinamakan HOMESICK. jangan risau aisya normal. semua orang alami benda yang sama. tambah-tambah orang yang tak pernah tinggal di asrama. jgn terlalu lama dalam keadaan tu, nanti buleh ganggu fokus study. kalau ikut cara saya dulu kan, utk atasi homesick saya buat cam ni.

    - nangis banyak2 dalam bilik air. yes, luahkan semuanya.
    - search for a friend. satu pon dah cukup. tapi lagi banyak lagi bagus. diaorang ni lah yang akan buatkan kita lupa tentang kehidupan kita di rumah.
    - busykan diri dengan study and assignments. luangkan banyak masa utk study group or discussion dengan lecturer.
    - find hoby or interest. yes, kalau ada masa terluang, manjakan diri dengan bermain di padang or outing.
    - call parents setiap hari. *ini aktiviti yang saya lakukan 2 bulan berturut-turut*. ini akn mengelakkan kerinduan berpanjangan.
    - most important, mintak doa supaya hati tenang, mental waras, jiwa kuat, sihat fizikal. dan insyaAllah aisya akan ok.
    - lastly, TIME. yes, TIME is a KEY. Masa yang bergerak akan membuatkan aisya menjadi kuat untuk menghadapi kehidupan baru. InsyaAllah HOMESICK tu akn hilang, heheh.

    sorry for long babbling. oh ya, if you have time, you are free to read these, my experiences :

    http://chikienna-memories.blogspot.com/2012/06/sebak.html

    http://chikienna-memories.blogspot.com/2012/06/force-to-death.html

    http://chikienna-memories.blogspot.com/2012/06/stand-up-be-strong.html

    lastly, i wish you good luck aisya-chan!

    ReplyDelete
  4. @Kuchiki EnnaMoon
    Haiii ^^ Thanks for dropping by~~~ Hehe terharu baca komen ni. Siap screencap lagi ^^

    Yup semua tips tu memang berkesan... Bila dah lama-lama langsung tak ingat rumah dah XD

    ReplyDelete