7/26/14

Home sweet home!

Assalamualaikum...

Rasa janggal bila menaip ni. Punyalah lama tak jenguk blog sejak masuk universiti. Hahaha. Nak kata busy sampai tak ada masa nak online tu macam melampau sangat... but hmmm entahlah, sejak sambung belajar rasa malas nak fokus kepada perkara-perkara yang tak penting.

So, dah nak dekat dua bulan berada di Pahang. So far life dekat kampus ni best! Cuma homesick selama sehari je uollss (sila rujuk luahan hatiku dalam entri yang lepas ahaks). Homesick selama sehari tu pun bersebab... Masa tu aku baru keluar hospital so banyak benda tak settle. Huru-hara hidup~~ Sangatlah ketinggalan kereta api berbanding orang lain sobs sobs. Tapi... alhamdulillah... Allah hantar banyak insan yang budiman untuk tolong aku... Banyak sangat manusia baik dekat kampus ni sobs sobs semoga Allah membalas jasa baik mereka~~~

Semalam, hari yang sungguh memenatkan. I never expected perjalanan nak balik raya begitu tiring~~~ Dari hostel ke tempat tunggu bas, kami terpaksa berjalan kaki sejauh 800 km (agak-agaklah nak menipu pung, 800 meter je... #800meterJElahsangat #800metertubersamaanduapusinganpadanghokay #sayabukanatlet #sayabukanusainbolt #engkonidahkenapaberhashtagdalamblog) Sangat penat okay~~~ Dah lah jalan dengan beg berat. Lepas tu kereta yang lalu lalang tak nak tolong pulak tu. Siap increase-kan velocity lagi masa lalu sebelah kami! Tak pastilah pulak masa kereta tu lalu acceleration constant ke tak (tetiba).


From campus to Kuantan, kena naik bas RapidKuantan selama sejam pulak...

Setiap kali naik bas rapid mesti pilih seat paling belakang hohoho. Pastu conquer lah kan. Kesian penumpang dari next next next stop tak dapat duduk. Ok ini merupakan sikap yang kejam! Sila jangan tiru aksi ini.

Dalam masa sejam tu siap boleh terlelap + tersengguk-sengguk dalam bas tu... (pssttt tu pasal lah nak seat paling belakang... malu iolls kalau duduk depan bila tersengguk-sengguk orang tengok ahaks ahaks - sila jangan baca dengan nada gedik)

Then, dah sampai terminal bas, naik bas ekspres dari Kuantan ke KL. Orang lain semua balik kampung, iolls balik bandar uolls~~~

"Pandanglah lihatlah~~~ kusyenku ge-gebu~~~" kata para kusyen sambil mengangkat kening mereka.

Setelah tiga jam perjalanan, akhirnya sampai juga di KL! Tapi belum sampai rumah lagi sobs sobs kena naik LRT pulak sebab KL selalu dilanda traffic congestion so tak naklah susahkan family nak ke KL untuk menjemput puteri lilin ni (ada ke gelarkan diri sendiri puteri lilin puiii)




Nasib baik dalam LRT tu dapat tempat duduk... Ya Allah terharunya... Semuanya berjalan lancar... Rasa macam terlalu banyak nikmat Allah bagi... Alhamdulillah... Selamat sampai ke rumah... #BalikBandar hohoho. For the first time in forever, aku dapat fefeeling balik raya guna bas ekspres... First time jugak naik LRT hahaha nasib baik ada kawan.

Banyak sebenarnya kerja tak settle lagi TT____TT Semoga segalanya akan dipermudah.

And oh, thank you so much kak Fiqa Nsz for this gift ♥ Love it so much mweheheh siap letak dekat pencil case lagi tau~~~


Till then, ppyong~~~

4 comments:

  1. Dulu masa mula-mula further studies pun rasa macam Aisya rasa. Tapi, memang masa belajar kat Taylor's tu, takde masa pun nak berblogging.

    Enjoy your holiday and selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  2. @Farah

    Normallah tu kan... akak mestilah dah biasa dah, saya ni je baru nak merangkak, belajar benda baru >.<

    selamat hari raya jugak kak farah ^^ maaf zahir batin ^^

    ReplyDelete
  3. Kak Nini pun masa mula-mula masuk IPG,memang tak teringat pun dekat dunia blogging nih,hehe. Sibuk la katakan,kihkih. Lawak giler bab hashtag tu,hahaha. #sayapunbukanatlet

    ReplyDelete
  4. @Nini Hanini

    Kannnnnnn..... mana taknya kak, dunia realiti lebih penting daripada blog yang hanya di alam maya ni :P

    #yekelawakahaksmaluiolls

    ReplyDelete