10/22/14

Cara mudah hilangkan blackhead/whitehead

Assalamualaikum.

Yeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
*pegang pom pom sambil menari**pasang lagu Avril Lavigne**Astaghfirullah*

Hatiku umpama bunga yang sedang mekar kerana telah berjaya figure out cara nak licinkan muka yang ber-blackhead segala bagai tu.

Ok malas nak intro panjang-panjang. Kepada sesiapa yang masih tercari-cari cara nak hilangkan blackhead di T-zone wajah anda, jom guna cara ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Duit
2. Air suam (optional)
3. Air yang tak suam. (Nak tulis air sejuk macam over sangat. Kang ada yang guna air sejuk letak ais pulak)
4. Kain lap bersih yang kering kontang umpama padang pasir yang ada unta lepas tu disimbahi cahaya panas terik lol apa kau merepek ni
5. Duit
6. Duit
7. Duit

Macam seram je ada banyak "Duit" dalam list tu. Nampak sangat duit tu penting kan? Haa, memang penting pun, sebab cara ni tersangatlah mudah untuk dilakukan, dengan syarat, anda ada duit.


"Duit? Oh tidak! Melayang duit iolls!" Jangan panik dulu, sisters. Memanglah duit diperlukan sebab kena beli satu produk ni dulu baru boleh berangan nak muka yang bebas whitehead serta blackhead. Ngeh, ngeh, ngeh. Produk apakah itu? 

Diperkenalkan... NuTeen Blackheads Away Gel!

*sound effect: bunyi letupan bunga api sempena tahun baru*


Sebenarnya dah lama cari produk macam ni tapi entah kenapa selama ni tak jumpa pun dekat kedai. Maka mulalah mengidam produk-produk online shop yang menjual pelbagai mask yang boleh tarik cabut keluar semua blackhead tu tapi tak beli pun sebab harga dia macam nak suruh aku berniaga barang kemas Habib Jewel je.

Bagi golongan pemalas macam diriku ini, sememangnya aku sangat berbahagia lepas TERjumpa (akhirnya) Blackheads Away Gel ni lepas tu TERlayangkan duit kepada cashier lepas tu TERcuba produk ni lepas tu TERsuka pulak tu alahai... Bahagianya~ Senang hidup. Murah pulak tu.


Ya, bagi aku, benda ni murah. Aku beli dengan harga RM13 (harga setelah dibundarkan. Tak ingat yang sen sen dekat belakang tu). Benda ni cuma perlu apply dekat bahagian yang ada blackhead je, iaitu T-ZONE (hidung dengan atas kening), so lambatlah nak habis. Lagipun bukan setiap hari perlu pakai. Bila rasa macam muka kasar & blackhead tengah banyak berkumpul tu, pakailah. Then, terus semua whitehead blackhead tiada meh.

Tak sakit langsung. No squeezing, no peeling, no pinching.

Cara guna dia, mula-mula, basahkan muka guna air suam dulu (supaya pori terbuka). Tapi cara ni optional je tau. Lepas tu keringkan muka.

Dengan muka yang kering dan tangan yang kering, apply gel ni dekat bahagian yang banyak blackhead. Urut-urut selama beberapa minit lepas tu bilas dengan air. Sambil bilas tu gosok-gosok. Bila gosok tu anda akan dapati segala kekotoran keluar daripada kulit mwehehehe best kan (excited).

Sorry if I sound like a promoter. Punyalah excited sebab dah lama cari gel ni akhirnya jumpa jugak!
Oh ya, NuTeen Blackheads Away Gel ni boleh dicari di Watson atau Guardian (hampir tertaip Gardenia tadi) atau shopping mall bahagian produk kecantikan atau mana-mana tempat yang anda fikir logik.

Konklusinya, pergilah cari mana-mana Blackheads Away Gel tak kisahlah jenama apa pun... Mudah, murah, dan pantas! Mihmihmih.

UPDATE: Untuk hilangkan blackhead secara alami, go HERE.

11 comments:

  1. Kalau ada jual dekat Canada ni kan best. Dahlah banyak blackheads tapi takde product yang sesuai pun. Sedih. Tsk tsk tsk

    ReplyDelete
  2. @Farah

    rasanya mestilah dekat Canada pun ada jual, since produk gel camni bukan baru lagi. lagipun Canada kan maju XD

    ReplyDelete
  3. ehh.. really? dia boleh hilangkan blackheads ke?

    dekat hidung nih prib betul.. dulu takde :'(

    ReplyDelete
  4. @Junkyo Hikari

    yup, boleh... berkesan dekat saya :-)

    biasanya dekat hidung memang paling banyak... huhuhu D:

    ReplyDelete
  5. Lol masa baca material yg diperlukan tu, ingat kena keluarkan pakai duit syiling la tadi XD

    ReplyDelete
  6. @Nur Hafzhan

    hahaha that's funny XD
    Saje je gimmick letak "duit" dalam list XD

    ReplyDelete
  7. dlu yaya pakai nuteen , tp lama2 kulit jd kering .. dgn byk jerawat . skrg yaya cuba garinier black / white form .

    ReplyDelete
  8. @Lieya Yaya

    sejujurnya saya jarang jumpa jenama nuteen ni XD

    saya pengguna garnier jugak untuk pencuci muka, toner, cream & eye roll-on dia. untuk blackhead je guna gel nuteen ni sebab tak ada jenama garnier~

    ReplyDelete
  9. hek eleh hahaha.
    igt duit syiling duit kertas td hikhik
    rupa2 nya betul lah :p
    duit!
    hihihi thanks share!!!

    ReplyDelete
  10. ada ahahhaha.. cara steaming muka saja pun mnjadiii.. ehh tak prluu tutupkan pori smulaa ke?? saya ada jumpa blog kata, lpas steaming muka, kna tutup balik porii.. tak tahu btul takk.. ahahah. ayway jm singgah blog saya.. cuci mataa http://wanieseuk.blogspot.com/2016/01/songket-sarawak-preview-part-2.html

    ReplyDelete
  11. nak sangat guna produk macam ni tapi produk macam ni jarang jumpa kat sini :-(

    ReplyDelete