12/30/14

Book review: Catatan Matluthfi

Assalamualaikum.

So I've decided to delete all (not all, but most of them) non-beneficial entries in this blog. Well, sejak dua menjak ni rasa insaf. I've grown up, I think.

Seminggu yang lepas berjaya habiskan pembacaan buku Catatan Matluthfi ni. Yeay! Entah kenapa rasa malas membaca tu menguasai diri sejak tahun ni. So bila berjaya khatamkan buku tu rasa... fuhh.

Jelasnya, Matluthfi berasal dari utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang. Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat setia; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh.
Matluthfi mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram. Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day." Matluthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.
Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Matluthfi telah dikurniakan beberapa anugerah. Tetapi, anugerah yang paling dihargai oleh beliau adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.
Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca... dan harapnya berfikir.
Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)

So ini dia rupa buku tu. I borrowed it from my friend. Rasa ingin memiliki buku ni sebenarnya, tapi macam susah nak cari je, malas pulak nak beli online. Btw my friend bought it dekat... Pudu Sentral kalau tak silap. Kalau nak beli online, Mat Luthfi ada post linknya dekat social network beliau.

Tudiaaa warna-warni front cover-nya! Sungguh ceria lagi menceriakan! Belum tengok lagi isi dalam dia, penuh gambar macam-macam style! (Perlu ke ada tanda seru tu)

Catatan Matluthfi ni basically macam diari. Rasa macam baca diari orang. Kadang-kadang konpius jugak tentang latar masa atau latar tempat cerita beliau tu. Mulalah otak buat deduksi mengenainya mwahaha.

Kalau anda semua dah biasa baca tweets Mat Luthfi atau pernah baca entries blog beliau (betul ke guna 'beliau' ni), mesti anda semua dah familiar dengan ayat tu semua. Tapi berbaloi baca banyak kali, sebab bacaan kali pertama mungkin anda semua tak dapat tangkap apa sebenarnya yang nak disampaikan. *angkat kening double-jerk*

Well, since ini buku Mat Luthfi, banyak cerita yang mencuit hati sehingga anda menayangkan gusi secara paksa-rela. Ada jugak cerita yang membuatkan anda mengerutkan dahi kerana, mungkin, (saya ulangi sekali lagi, MUNGKIN), otak anda terlalu lembab untuk memahami maksud di sebalik ayat beliau.


But... jikalau anda bijak, anda akan dapat something daripada setiap cerita mahupun selitan tweets Mat Luthfi dalam buku ni. Buka mata, buka hati, buka minda dan cuba untuk dalami apa sebenarnya yang tersirat dalam ayat-ayat dia (dah tak guna 'beliau' nampaknya) tu.



And... I love puisi dalam ni! Contohnya pasal "Cemburukan Mentari" tu. Maksud dia agak menyentuh hati aku (padahal diri ini yang terlebih sensitif).

p/s: Setelah membaca buku ini, rasa macam nak buat buku sendiri, "Catatan Aisyasakura". Agak-agak mesti ada sorang je nak beli, iaitu aku sendiri.

6 comments:

  1. Baru je beli buku ni tapi belum baca lagi sebab nak baca masa dalam plane nanti, insya Allah :)

    ReplyDelete
  2. Akak pon dah baca. hmm.. dah lama carik tak jumpa lagiii . T_T

    ReplyDelete
  3. @Nurzakiah Hanum
    betul betul betul... :-)

    @Farah
    pandai akak cari benda nak dibaca untuk kill the time dalam plane :-) selamat membaca

    @Suraya Pakair
    try la cari dekat kedai buku, macam popular ke mph ke. semoga jumpa :-D

    ReplyDelete
  4. Dh jual secara komersial skrg. Aritu sya beli kt kinokuniya klcc. Berbaloi dimiliki dan dibaca.

    ReplyDelete