3/28/14

Freebies: Cute doodle PNGs

RULES
  • Kalau nak ambil, silakan. Gunalah sesuka hati; tak payah sertakan kredit pun tak apa.
  • Lebih afdal beritahu di ruangan komen kalau nak save, tapi tak payah pun tak apa.
  • Jangan sesekali re-freebies/claim them as yours.

/hargailah penat lelah diriku ini/

Cute house PNGs






 Cute balloons PNGs






Cute kite PNGs







Cuma klik pada gambar, and then right click, save image.

3/27/14

Freebies: Cute girl doodle (part two)

Assalamualaikum.

Banyak lagi koleksi doodle yang masih menjadi draf dalam laptop ni. Disimpan sejak 2012 lagi. A lot more to come.

RULES
  • Kalau nak ambil, silakan. Gunalah sesuka hati; tak payah sertakan kredit pun tak apa.
  • Lebih afdal beritahu di ruangan komen kalau nak save, tapi tak payah pun tak apa.
  • Jangan sesekali re-freebies/claim them as yours.

/hargailah penat lelah diriku ini/







Cuma klik pada gambar, and then right click, save image.

3/21/14

SPM

Assalamualaikum.

Semalam, 20 Mac merupakan hari yang cukup bersejarah buat diriku. 
Alhamdulillah.

Semalam, ya Allah... idk I was extremely happy and I still am.

Aku tak adalah dapat straight A+ macam budak-budak genius yang lain; tapi sipi-sipi je lah kan. 
I saw myself (and my friends too) on tv last night.
Awkward-nya tengok muka sendiri dalam tv lol. Dah lah jawab soalan interview tu merapu-rapu. Segan.

Tapi, aku sedar... Semua ni duniawi je. 
Bagi yang cemerlang tu, tahniah. Pesan pada diri, semua ni datangnya daripada Allah SWT. Pesan pada diri, ilmu kita tak tinggi. Pesan pada diri, ilmu kita ni tak sampai 0.000000000001% pun daripada satu titis air di lautan-lautan ilmu Allah.

Bagi yang kurang cemerlang tu (atau lebih tepat lagi masyarakat je yang anggap anda tak cemerlang kerana terlalu terikat dengan persepsi bahawa keputusan peperiksaan merupakan penentu kebijaksanaan, padahal anda cemerlang dari sudut lain), jangan risau. Pesan pada diri, bersyukurlah. Pesan pada diri, rezeki ada di mana-mana. Pesan pada diri, jangan berhenti berusaha.

"You can't see effort. All an eye can see is result. Therefore, other people's successes are credited as innate genius or a mere luck," bak kata Chilbong dalam Reply 1994.

Di bawah ni kata-kata dua orang ikon Langit Ilahi; antara sumber inspirasi aku. Bukan idola eh. Sumber inspirasi aku ada banyak. 

Terpaksa screen capture; bila embed post lambat load T^T



I have nothing much to say. Setiap orang ada kisah hidup masing-masing. Walau macam mana pun kisah kita, jangan pernah berhenti bersyukur. And jangan lupa, #PrayForMH370

3/18/14

3/14/14

"Raja Bomoh" memalukan Islam dan Malaysia

Tahan diri daripada bersuara mengenai perkara ni, last-last tertaip jugak.

I'm just..... disappointed. I'm extremely embarrassed.

Aku sangat kasihan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang sekarang ni sedang menuntut ilmu di luar negara, especially yang beragama Islam. Mereka ditertawakan. Ya, berita tentang "raja bomoh" tu sudah tersebar luas ke serata dunia.

Korea... Russia... Mesir... Arab... dan banyak lagi media dari negara-negara luar yang siarkan perkara ni.

"Malaysia uses bomoh as a last resort to find flight MH370"
Headline sedemikian dan seumpamanya sudah cukup untuk memalukan Malaysia. Agh... malunya aku...

Ini keratan seorang pelajar Malaysia di Mesir mengenai isu ini. Memalukan, bukan?

Yang ini pulak pengalaman pelajar Malaysia di Beijing.

Dekat twitter pun ada...



Tadi aku terbaca blog mato (kalau tak pernah dengar dia ni siapa, never mind), dan aku sangat terasa. Ya Allah... rasa macam... nak nangis pun ada. 



Kepada rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tegar laman sosial, berhentilah membuat parodi mengenai isu ni. Please... Kita dah cukup malu bila orang luar ketawakan kita, yet kita nak turut serta memalukan negara sendiri? Yet kita nak turut serta rosakkan imej Islam? Please, stop it.

3/11/14

#DoakanMH370 - Kembali kepada Allah

Assalamualaikum.

Credit; dreamsbyatira

Sejak Sabtu lepas saya banyak menonton televisyen untuk mendapatkan maklumat tentang kejadian kehilangan pesawat MH370 ni. Banyak sesi temu bual dengan pakar penerbangan yang saya tonton. Sedikit sebanyak ada ilmu yang dapat saya kutip.

Dalam banyak-banyak tetamu jemputan yang pernah ditemu bual tak kira daripada stesen televisyen mana pun yang pernah saya tonton, jawapan Kapten Norudin Abd Majid ni lah yang paling saya tunggu-tunggu.

Bergenang air mata.

"Di mana Sains berakhir, di situlah kuasa Allah bermula."

Dalam konteks ini, maksudnya; apabila pemikiran manusia melalui Sains mencapai kebuntuan, maka disitulah baru kita sedar kuasa Allah yang paling tinggi.

Pandangan mengenai kejadian MH370 oleh Kapten Norudin Abd Majid bekas juruterbang B777 Fleet Mas di Buletin Utama TV3 10 Mac 2014


Pandangan mengenai kejadian MH370 oleh Kapten Norudin Abd Majid bekas juruterbang B777 Fleet Mas di Malaysia Hari Ini TV3 11 Mac 2014.
Credit: lc135Melaka & TV3.

#PrayforMH370

((Pic; not mine. Credit to the owner))

Assalamualaikum.

Not in a good mood.
I feel so gloomy.
I couldn't bring myself to stay perfectly calm since yesterday.
Waiting.
Allahu Rabbi...

3/7/14

Freebies: EXO SK Telecom CF ringtones

These mp3 files are actually my old files. I converted a video into an audio file few months ago and then cut into some mp3 files as ringtones because their voices are so cute lol.



-----------------------------------------------------

1. EXO - Noot noot (SK Telecom CF) ringtone
Click the play button to listen.
DOWNLOAD LINK [HERE]



EXO - Noot noot (SK Telecom CF) ringtone

2. EXO Chen & Xiumin (SK Telecom CF cut) ringtone
Click the play button to listen.
DOWNLOAD LINK [HERE]



EXO - Chen & Xiumin (SK Telecom CF cut) ringtone

3. EXO SK Telecom CF song ringtone
Click the play button to listen.
DOWNLOAD LINK [HERE]



EXO - SK Telecom CF song ringtone

3/6/14

Tutorial: Insert permalink to entry title (blogskin)

Assalamualaikum.

Ini simple tutorial.
Permalink tu, you know, bila kita klik tajuk entri, kita akan di-direct terus kepada URL entri tersebut. 
Kebanyakan classic template designer tak insert pun permalink ni, tapi sebenarnya agak penting.

cr; 

Step 1:
Pergi ke Edit HTML

Step 2:
Tekan Ctrl + F serentak dan cari code <$BlogItemTitle$>

Step 3:
Ganti code <$BlogItemTitle$> tu dengan code <a href="<$BlogItemPermalinkURL$>"><$BlogItemTitle$></a>

Step 4:
Preview dan SAVE.

DONE!!!

Photoshop Tutorial: Colour Filter [1]

Assalamualaikum.

Yang bestnya tentang Photoshop ni, kita boleh buat sendiri macam-macam jenis filter. Bukan semua jenis filter sesuai untuk semua gambar. Sebab tulah contohnya macam aplikasi Camera 360, Pixrl-O-Matic, etc... filters yang disediakan hanya ngam dengan certain gambar je. I don't know if you get what I mean tapi itulah dia.

Photoshop PSD pun, bila kita download, kita akan mendapati PSD tu tak 100% sesuai dengan semua gambar. Tapi tak dapat dinafikan PSD best bila kita nak jimat masa.

Tutorial ini; cara untuk edit gambar guna Photoshop, for beginners. Orang yang dah pro dah tahu dah pun benda-benda basic macam ni.

Kalau malas nak cari PSD, guna cara ni.


OK, let's get started.

Step 1:
Open gambar yang nak diedit. Ctrl + O untuk keyboard shortcut.

Step 2:
Klik bulatan hitam putih di bahagian hujung kanan bawah Photoshop.

Kalau tak jelas klik pada gambar.

Step 3:
Cari "Curves..." dan klik.

Drag line dekat graf tu sampai jadi bentuk macam dalam gambar di bawah. Untuk lebih tepat lagi, setkan Output: 200, Input: 180.


Step 4:
Ulang Step 2. Kali ni cari "Color Balance..." dan klik. Setkan Tone dia kepada Midtones.

Setkan;
Cyan-Red: 20
Magenta-Green: -15
Yellow-Blue: 5


Step 5:
Klik pada Layer>New Fill Layer>Solid Color...


Setkan dia punya Mode kepada "Exclusion". Setkan Opacity dia kepada "50%". Klik "OK".


Masukkan colour code #531e5e. Klik "OK".


DONE!!!

The outcome.

P/S: Pandai-pandailah jadikan PSD.

3/3/14

Petua pudarkan parut jerawat

Assalamualaikum.

Credit:

Cuaca panas di Malaysia ni menyebabkan kulit kita mudah berminyak. Dah la panas, ditambah pula dengan kualiti udara yang berhabuk; kulit kita akan mudah ditumbuhi jerawat.

Kadang-kadang produk yang dibeli di pasaran langsung tak berkesan untuk mencegah jerawat dan akhirnya timbul parut-parut degil yang menyebabkan kita rasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Petua-petua:

1. Penggunaan sapuan madu pada parut jerawat semalaman
Cara ni berkesan untuk aku. Tak hairanlah orang kata madu baik untuk kesihatan. Kulit muka aku jarang ada jerawat sebenarnya. Tapi pernah sekali tu kulit muka aku seakan-akan terbakar sebab salah sapu ubat apa tah. Habis teruk muka aku waktu tu; nampak macam orang disimbah asid. Cikgu-cikgu semua terkejut; siap ada yang suruh pergi jumpa doktor pakar kulit lagi. Aku terdetik untuk sapu madu masa tu. Seminggu kemudian, licin balik muka aku. Parut pun hilang. Betapa mujarabnya bahan-bahan semulajadi ciptaan Allah.

Madu sebenarnya bukan sahaja boleh digunakan untuk merawat parut jerawat, bahkan jerawat juga. Tapi, keberkesanannya bergantung kepada individu. Madu ni sapuan yang lembut pada kulit dan boleh mengurangkan iritasi serta kemerahan. Madu juga berkesan untuk memudarkan kesan-kesan hitam pada kulit. Teksturnya sangat lembab dan melembutkan kulit. Rahsianya ialah elemen anti-bakteria yang terdapat dalam madu itu sendiri.

2. Penggunaan aspirin mask
Cara ni susah sikit sebab bukan semua pil perubatan mengandungi aspirin. Caranya, ambil 2 hingga 3 biji pil aspirin dan larutkan dalam air sehingga menjadi larutan pekat. Tepekkan pada parut jerawat, biarkan selama 15 minit dan bilas. Rahsianya ialah salicylic acid yang terdapat dalam aspirin tu.

3. Penggunaan lemon
Cara ni pun susah sebab dekat Malaysia agak sukar nak cari lemon. Caranya, sapukan jus lemon pada parut jerawat, biarkan selama 3 hingga 4 minit dan bilas. Sebelum sapu, pastikan kulit dibasahkan terlebih dahulu sebab jus citrus boleh mengeringkan kulit.

4. Penggunaan air bunga ros
Bagi sesiapa yang ada tanam bunga ros dekat halaman rumah, cara ni paling mudah untuk dia. Caranya, cuma sapukan air rebusan bunga ros pada parut jerawat sebagai toner. Tapi mesti tunggu dia sejuk dululah. Kalau tak nak rebus, rendam pun boleh tapi mengambil masa yang lebih lama untuk sebatikan pati ros tu dengan air.

5. Penggunaan baking soda
Caranya, campurkan baking soda dengan air untuk menghasilkan larutan pekat. Sapukan pada parut jerawat ataupun boleh dijadikan mask. Cara ni boleh membuang sel kulit mati dan memudarkan parut, bergantung kepada kekerapan cara ni diaplikasikan.

6. Penggunaan aloe vera
Aloe vera memang terkenal dengan keberkesanannya sebagai ejen penyembuhan. Sekarang ni dah banyak produk berasaskan aloe vera, tapi sebaik-baiknya guna pokok aloe vera yang asli supaya keberkesanannya lebih ketara. Caranya, sapukan jus aloe vera pada kulit muka, biarkan selama 30 minit dan bilas. Cuba lakukan cara ni setiap hari.

7. Penggunaan kiub ais
Cara ni paling elok dilakukan pada parut jerawat yang masih baru. Kiub ais yang sejuk tu boleh mengecutkan urat saluran darah pada kawasan bermasalah. Caranya, balut kiub ais dengan kertas tisu dan gosokkan pada kawasan parut selama 10 hingga 15 minit sehari.

Source: wikihow

3/1/14

Tutorial: Motion Blur Link Hover Effect

Assalamualaikum.

Kalau tak tahu macam mana rupa motion blur link hover effect, sila halakan cursor pada tulisan di bawah. Itulah dia effect-nya.




Okay, let's get started.

Step 1
Pergi ke Template>Edit HTML

Step 2
Tekan Ctrl + F serentak dan cari code a:hover {

Step 3
Copy code di bawah. Tekan Ctrl + C serentak untuk copy.

webkit-transition:all 0.3s ease-in-out; -moz-transition:all 0.3s ease-in-out; -o-transition:all 0.3s ease-in-out; transition:all 0.3s ease-in-out; text-shadow:3px 0px #c5e3ed, -2px 0px #f7e1e1;

Step 4
Paste code tadi di BAWAH code a:hover {

Step 5
PREVIEW. Kalau menjadi, SAVE.

DONE!

p/s: Tutorial ini applicable untuk Simple Template dan Blogskin.