4/18/14

Nervous

Assalamualaikum.

Current status: In love with OVERDOSE. Someone call the doctor~


In love tu in love jugak, tapi sejak kebelakangan ni risau pulak bila fikir pasal masa depan. 1996-ers kebanyakannya sedang mengalami perasaan ni kot.


So semalam ada ujian psikometrik MARA secara online. First time exam online wooooooo. But then ada masalah teknikal masa menjawab soalan tu hm tak pasal-pasal terlebih masa menjawab. And seriously, soalan-soalan dia semuanya susah-susah belaka, rasa macam nak campak je laptop. Yang susahnya sebab kena berfikir pantas since masa menjawab tak banyak. Nervous; agak-agak lulus ke tak ni. Then bila sampai part temu duga nanti macam mana hm.

And panggilan temu duga untuk course tertentu telah pun dikeluarkan. Masa isi borang UPU dulu, tak tahu pun course yang ada "#" tu ada temu duga. Barulah sedar daripada 8 pilihan tu, pilihan kedua dengan ketiga yang dipilih ada temu duga! And yeah................ triple nervous. Sabtu ni kena pergi ujian saringan dekat UKM, Isnin depan kena pergi temu duga dekat UM pulak..... Nervous, nervous, nervous.

Ya Allah TT___TT
Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin.

Freebies: Music notes PNGs

Music notes PNGs ni ada 8 kesemuanya. Terlalu malas nak compile dalam bentuk .rar file so upload satu-satu je lah. Mungkin boleh digunakan sebagai hiasan blog ataupun header design.

RULES
  • Kalau nak ambil, silakan. Gunalah sesuka hati; tak payah sertakan kredit pun tak apa.
  • Lebih afdal beritahu di ruangan komen kalau nak save, tapi tak payah pun tak apa.
  • Jangan sesekali re-freebies/claim them as yours.









Cuma klik pada gambar, and then right click, save image.

Photoshop Tutorial: Dotted Text Stroke

Assalamualaikum.

Ok-lah, straight to the point.

Dotted text stroke tu, contohnya macam di bawah ni.

/macam tak ada perkataan lain je untuk dijadikan contoh ni mengapa/

Dalam tutorial ni, Photoshop CS5 digunakan.

Kepada yang masih belum install dotted pattern dalam Photoshop dia, bolehlah download ya. Klik SINI untuk download patterns set tu. Siapa yang dah ada boleh skip.

Lepas dah download, buka folder downloaded file tu. Right-click pada .rar file tu dan klik Extract files...

Step 1
Sekarang, buka software Photoshop.
Klik File (bahagian hujung kiri atas bar) > New > /adjust-lah background warna apa-apa + size apa-apa and klik OK./
Taiplah apa-apa guna text tool.
(Tekan huruf T dekat keyboard kalau tak tahu)

Step 2
Right-click dekat layer text tu.
Then, klik Blending Options...
(Rujuk gambar dekat bawah)


Step 3
Klik pada tulisan Stroke
Dia akan keluar macam gambar dekat bawah ni.
Pilih Pattern.


Step 4
Klik simbol drop down sebelah kotak Pattern tu. (Step 1 dalam gambar dekat bawah)
Klik bulatan arrow ke kanan sebelah pilihan patterns yang dah keluar tadi. (Step 2 dalam gambar dekat bawah)
Klik Load Patterns... (Step 3 dalam gambar dekat bawah)


Step 5
Lepas tu cari location downloaded file tadi dan select .pat file yang baru di-download tadi tadi. Klik Load.


Step 6
Ok, .pat file yang baru di-download tadi telahpun di-install. Lepas ni tak payah repeat dah step load patterns tu.
Then, pilihlah pattern bentuk dot yang menjadi pilihan. Adjust-lah size stroke tu mengikut cita rasa.
Scale dia pun adjust-lah ikut citarasa.
Rujuk gambar di bawah sebagai contoh.


DONE!!!

Dekat bawah ni lagi satu contoh dotted text stroke.


So... that's it.
Ppyong!

4/3/14

Photoshop Tutorial: Colour Filter [2]

Assalamualaikum.

Tutorial ni simple je. Basically bila dah filter, gambar akan nampak seolah-olah reduced opacity. Tapi effect ni lebih kepada light grey filter.


Dinasihatkan, sebelum guna effect ni, add contrast. In that way gambar akan nampak lebih menyerlah.
Kalau tak tahu macam mana nak add contrast, okay I'll tell you.

Klik Image (di bar bahagian atas) > Klik Adjustments > Klik Brightness/Contrast... > Tambah nilai Contrast mengikut kesesuaian.

Boleh adjust mengikut cita rasa sendiri ok.

And now, tutorial colour filter. Let's get started.

Step 1
Klik Layer (di bar bahagian atas) > Klik New Fill Layer > Klik Solid Color...


Step 2
Untuk Mode, pilih Exclusion. Untuk Opacity, pilih 50%. Klik OK.


Step 3
Taip kod warna #5b5b5b. Klik OK.


DONE!!!

The outcome.