5/31/14

1 week to go

Assalamualaikum.


Lagi (lebih kurang) seminggu aku akan mendaftar masuk universiti. Kawan-kawan lain semua dah sambung belajar dah pun, aku ni masih ada masa untuk relaks mwahahaha. 

So... lepas ni aku akan berhijrah ke Pahang. Dah lah selama ni tak pernah duduk asrama, then kena berpisah daripada keluarga... Dari Selangor ke Pahang... Dush~~~ Harap-harap dapat sesuaikan diri. Sebenarnya banyak universiti yang dekat dengan rumah aku. UPM, UKM, UM... dan beberapa universiti lagi yang dekat, tapi yang jauh ni jugak aku pilih. Kawan-kawan aku ramai yang berkampung dekat UPM dengan Kolej MARA Kulim. Untunglah diorang dapat tempat sama...

Banyak benda yang membuatkan aku nervous sebenarnya. Terutama sekali pasal kerjaya yang aku pilih. Aku decide nak jadi doktor sejak tahun lepas. Sebelum ni, kerjaya doktorlah yang paling aku tak nak sebab selalu dimomokkan dengan cerita-cerita macam... "Kalau nak jadi doktor kena tinggal dalam bilik mayat blablabla" dan macam-macam cerita lagi. Dulu, aku memang takut darah. Kalau tengok organ-organ macam jantung atau paru-paru dalam TV pun aku tak sanggup tengok. Tapi tu semua dulu, sekarang ni... aku rasa semua tu aku boleh handle, In sya Allah. 

 

Aku banyak baca pasal kerjaya doktor ni. Memang ramai yang kata susah. Semua info yang aku baca seolah-olah menakutkan aku tapi entah kenapa hati aku degil suruh pilih bidang ni jugak. Hati aku macam menjerit, "saya sanggup!!!!" setiap kali terbaca yang nak jadi doktor ni kena lalui benda-benda itu dan ini. Dari segi minat, ya aku memang minat sangat Biology. Minat aku nak tolong rawat orang pulak mula berputik sejak aku join Bulan Sabit Merah. Rasa indah sangat lepas berjaya tolong kurangkan sakit orang lol.

Lagi bertambah minat bila layan medical drama. Err, tapi aku layan Korean punya je lah. Sekarang ni aku tengah layan Doctor Stranger. Fuhh, baru first episode aku dah ternangis sebab banyak sangat twist. Walaupun aku tak berminat nak jadi doktor bedah jantung tapi disebabkan medical drama, mestilah rasa best kan. Hohoho. Aku dah terbayang dah nanti aku akan banyak kena marah kalau buat silap blablabla. Aku akan banyak menangis kot nanti?

(Psstttt... Writer-nim, next episodes tolong kekalkan ke-daebak-an drama ni please...)

Lepas ni aku akan berada dalam mode semi-hiatus. Till then, ppyong~

5/30/14

Tutorial: Floating rectangle with hover effect

Assalamualaikum.

Tajuk tu main bantai je bagi nama sebenarnya lol.

  
Ni contoh floating rectangle yang dimaksudkan tu. Boleh diletakkan di mana-mana bahagian blog and boleh isi dengan quotes ke, introduction ke, status ke, tak kisah lah apa-apa pun.

Ni tutorial untuk menjawab persoalan cik anon hari tu.

Rectangle tu boleh letak dekat mana-mana sebenarnya, tapi perlu diingat ni code untuk floating punya. 

Cadangan pertama:
Letak floating rectangle atas opaque background ala-ala sidebar. Ni cadangan je tau. Nanti ubahlah codes ikut kreativiti and cita rasa.

  • Copy the codes below. Highlight text and tekan Ctrl + C serentak untuk copy.
#sideu {
position: fixed;
top:0px;
left:0px;
width:233px;
height:100%;  background: #d0d0d0;
background-size: cover;
    }
 
#quotes {
    position: fixed;
    top:290px;
    left:10px;
    width: 180px;
    height:auto;
    font: 11px century gothic;
    letter-spacing:1px;
    line-height:140%;
    text-align: justify;
    color:#000;
    z-index:22;
    background:#fff;
    padding: 15px;
    height:auto;
    line-height:15px;
    opacity:0.6;
    -webkit-transition: all 0.6s ease-out;
    -moz-transition: all 0.6s ease-out;
    transition: all 0.6s ease-out
    }
#quotes2 {
    position: fixed;
    top:390px;
    left:10px;
    width: 180px;
    height:auto;
    font: 11px century gothic;
    letter-spacing:1px;
    line-height:140%;
    text-align: justify;
    color:#000;
    z-index:22;
    background:#fff;
    padding: 15px;
    height:auto;
    line-height:15px;
    opacity:0.6;
    -webkit-transition: all 0.6s ease-out;
    -moz-transition: all 0.6s ease-out;
    transition: all 0.6s ease-out
    }
#quotes3 {
    position: fixed;
    top:506px;
    left:10px;
    width: 180px;
    height:auto;
    font: 11px century gothic;
    letter-spacing:1px;
    line-height:140%;
    text-align: justify;
    color:#000;
    z-index:22;
    background:#fff;
    padding: 15px;
    height:auto;
    line-height:15px;
    opacity:0.6;
    -webkit-transition: all 0.6s ease-out;
    -moz-transition: all 0.6s ease-out;
    transition: all 0.6s ease-out
    }
 
#quotes:hover {
    opacity:2;
    -webkit-transition: all 0.6s ease-out;
    -moz-transition: all 0.6s ease-out;
    transition: all 0.6s ease-out}
#quotes2:hover {
    opacity:2;
    -webkit-transition: all 0.6s ease-out;
    -moz-transition: all 0.6s ease-out;
    transition: all 0.6s ease-out}
#quotes3:hover {
    opacity:2;
    -webkit-transition: all 0.6s ease-out;
    -moz-transition: all 0.6s ease-out;
    transition: all 0.6s ease-out}
  • Untuk pengguna simple template (Template Designer), buka Edit HTML, tekan Ctrl + F serentak dan cari code ]]></b:skin>. Paste codes tadi di ATAS code ]]></b:skin> dan save.
  • Untuk pengguna blogskin (Classic Template), buka Template, tekan Ctrl + F serentak dan cari code </style>. Paste codes tadi di ATAS code </style>
  • Copy codes ni pulak.
<div id="sideu"></div>

<div id="quotes">Welcome to my blog. My name is Kimchi and I like Kimchi blablablablabla~</div><br/>
<div id="quotes2">Hello, konichiwa, annyeong haseyo, blablablablabla................ .....................................</div>
<div id="quotes3">I don't want much, I just want eveything, blablablablablabla~</div>
  • Untuk pengguna simple template (Template Designer), pergi ke Layout>Add a gadjet>HTML/JavaScript. Paste codes tadi ke dalam bahagian Content. Tak perlu letak Title. Then, save.
  • Untuk pengguna Blogskin (Classic Template), pergi ke Template. Tekan Ctrl + F serentak dan cari code </style>. Tampal codes tadi di BAWAH code </style>
  • Tukarlah ayat tu dengan ayat sendiri. Boleh tukar warna background #d0d0d0 tu kepada warna lain. Position rectangle tu pun boleh adjust. Tukar je bahagian top: (nombor)px tu kepada nombor lain. Semakin besar nombor, semakin ke bawah rectangle tu. Ni contoh untuk tiga rectangle. Kalau nak kurangkan jadi dua atau satu rectangle, padamlah codes apa yang patut. Nak kecikkan width pun boleh adjust.
  • Preview dulu, then save bila dah puas hati.
Cadangan kedua:
Letak floating rectangle atas background biasa. Ni contoh je. Boleh ubah warna and position ikut kreativiti.

  • Copy the codes below. Highlight text and tekan Ctrl + C serentak untuk copy.
#quotes {
    position: fixed;
    top:30px;
    left:10px;
    width: 180px;
    height:auto;
    font: 11px century gothic;
    letter-spacing:1px;
    line-height:140%;
    text-align: justify;
    color:#000;
    z-index:22;
    background:#fff;
    padding: 15px;
    height:auto;
    line-height:15px;
    opacity:0.6;
    -webkit-transition: all 0.6s ease-out;
    -moz-transition: all 0.6s ease-out;
    transition: all 0.6s ease-out
    }

#quotes2 {
    position: fixed;
    top:130px;
    left:10px;
    width: 180px;
    height:auto;
    font: 11px century gothic;
    letter-spacing:1px;
    line-height:140%;
    text-align: justify;
    color:#000;
    z-index:22;
    background:#fff;
    padding: 15px;
    height:auto;
    line-height:15px;
    opacity:0.6;
    -webkit-transition: all 0.6s ease-out;
    -moz-transition: all 0.6s ease-out;
    transition: all 0.6s ease-out
    }
 
#quotes:hover {
    opacity:2;
    -webkit-transition: all 0.6s ease-out;
    -moz-transition: all 0.6s ease-out;
    transition: all 0.6s ease-out}

#quotes2:hover {
    opacity:2;
    -webkit-transition: all 0.6s ease-out;
    -moz-transition: all 0.6s ease-out;
    transition: all 0.6s ease-out}
  • Untuk pengguna simple template (Template Designer), buka Edit HTML, tekan Ctrl + F serentak dan cari code ]]></b:skin>. Paste codes tadi di ATAS code ]]></b:skin> dan save.
  • Untuk pengguna blogskin (Classic Template), buka Template, tekan Ctrl + F serentak dan cari code </style>. Pate codes tadi di ATAS code </style>
  • Copy codes ni pulak.
<div id="quotes">Welcome to my blog. My name is Kimchi and I like Kimchi blablablablabla~</div><br/>

<div id="quotes2">Hello, konichiwa, annyeong haseyo, blablablablabla................ .....................................</div>
  • Untuk pengguna simple template (Template Designer), pergi ke Layout>Add a gadjet>HTML/JavaScript. Paste codes tadi ke dalam bahagian Content. Tak perlu letak Title. Then, save.
  • Untuk pengguna Blogskin (Classic Template), pergi ke Template. Tekan Ctrl + F serentak dan cari code </style>. Tampal codes tadi di BAWAH code </style>
  • Tukarlah ayat tu kepada ayat sendiri. Boleh tukar warna background rectangle tu kepada warna lain selain putih. Position rectangle tu pun boleh adjust. Tukar je bahagian top: (nombor)px tu kepada nombor lain. Semakin besar nombor, semakin ke bawah rectangle tu. Kalau nak kurangkan jadi satu rectangle, padamlah codes apa yang patut. Nak kecikkan width pun boleh adjust.
  • Preview dulu, then save bila dah puas hati.

Sekian~~~

5/26/14

Selepas kecewa Malaysia gagal menjadi juara, aku ketawa kerana...

HAHAHAHAHAAAAAAAA!!!!!!!!! /sorry ter-over pulak/

Dah lama tak layan acara sukan. Tadi layan Final Piala Thomas. Aku bangga sangat sebab tak sangka Malaysia dapat masuk final. Semua players turun pulak tu. Penentuan juara terletak di atas bahu pemain terakhir di set yang terakhir pulak tu. Sengit pulak tu. Mendebarkan pulak tu. Walaupun tak berjaya menjadi juara, I'm still proud!!!!!!!!

Ok sebenarnya tadi lepas habis layan acara badminton tu, aku bukak Twitter, tengok apa yang trending. Tengah kecewa (sampai rasa tak selera nak makan uolssss) macam tu tiba-tiba jumpa banyak sangat gambar lawak berkenaan final Piala Thomas tadi.






HAHAHA TOO FUNNY TBH. Sebenarnya banyak lagi tapi malas nak tampal banyak-banyak dekat blog ni. And that Ueda guy is really handsome tbh T____T Dia umpama long lost brother aku kerana kendur di bawah matanya sama sepertiku!!! Ok tataaa~~ (I end this entry awkwardly... /sigh/)

5/25/14

Resipi: Mug Chocolate Cake/Kek Coklat Mug

Assalamualaikum.

Dah lama tak share resipi hewhewhew. Sesiapa yang suka makan kek tu meh lah tengok resipi ni. Mudah dan ringkas. 

Apa itu Mug Cake? Mug cake ni mestilah kek, cuma yang bezanya kek ni hidangan untuk seorang je dan kek ni dibakar dalam mug lepas tu terus boleh makan. Kiranya macam kek ekspres lah. Bila tengah craving cake tapi malas nak buat dalam cake pan besar gedabak, buatlah mug cake yew.

Terpaksa cilok gambar dengan bantuan Google sebab iols punya gambar cake yang berada dalam mug tak sempat transfer then tetiba phone tu rosak ughhhhh nice timing wahai phone.
(Dah lah mug iols comel tsk tsk tak dapat nak show off)

Hari tu sebelum cuba resipi ni, macam-macam resipi dekat internet digeledah, lain orang lain resipinya so resipi ni ikut cita rasa tuan blog ni (ubah suai-ed version), ye lah sebab ada sesetengah bahan susah nak didapati di Malaysia. 

Sesiapa yang ada microwave oven dekat rumah, bonus untuk anda! Sebab kek tu boleh masak dalam masa 5 minit je. Sesiapa yang cuma ada oven biasa, terpaksalah tunggu lama sikit.

Bahan-bahan
  • 1 biji telur.
  • 3 sudu besar serbuk koko.
  • 4 sudu besar tepung gandum (all purpose flour). ((Boleh adjust ikut saiz mug tu. Kalau mug besar gajah boleh guna 5 sudu besar))
  • 3 sudu besar gula ((Boleh adjust ikut cita rasa. Kalau nak penyakit kencing manis letak 10 sudu pun boleh))
  • 1 sudu besar tepung penaik (baking powder).
  • 2 sudu besar minyak masak.
  • 3 sudu besar susu segar. ((Kalau tak ada stok dekat rumah, guna air je.))
  • 1 sudu besar cip coklat. *optional
  • 1/2 sudu teh garam.
  • Mug of course.
Cara-cara
  • Preheat oven dengan suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 5 minit. Ni step basic kalau nak buat kek yew.
  • Masukkan tepung gandum, gula, garam, serbuk koko, dan tepung penaik ke dalam mug. Kemudian, gaul sampai sebati.
  • Pecahkan telur dan tambahkan ke dalam mug dan gaulkan sampai sebati.
  • Masukkan pula susu & minyak masak dan gaulkan sampai sebati.
  • Masukkan mug yang dah berisi gaulan sebati tadi ke dalam oven dan kita bakorrrrrrr (sila baca guna gaya Usop Wilcha) selama lebih kurang 25 minit. Tapi masa yang diambil untuk masak ni bergantung kepada oven anda. Kalau lepas 25 minit pun tak masak lagi, bakar balik dalam 10 minit camtu, dan ulang sampai kek masak.

Nota:
  • Kepada sesiapa yang tak ada stok serbuk koko dekat rumah, boleh ganti dengan serbuk Milo tapi jangan letak banyak sangat, takut kek tak naik. Kalau guna serbuk Milo, letak lebih kurang 1 1/2 sudu besar je, tapi awas, rasa dia nanti mungkin tak sesedap guna serbuk koko sebab rasa kepekatan coklat akan kurang. (Percayalah orang yang dah pernah try ni hoho)
  • Kalau yang guna microwave oven tu, setkan masa lebih kurang 3 minit dengan power maksimum. (Untunglah ada microwave oven~~)
  • Cara nak tahu kek dah masak ke belum: Cucuk bahagian tengah kek tu guna lidi. Kalau sisa tak melekat dekat lidi tu, maknanya kek dah masak.
  • Kalau nak tabur icing sugar atas kek pun boleh untuk hiasan. Celup sos coklat pun boleh kalau nak sedap.
  • Kalau ada esen vanilla tambahlah setitis, kalau tak ada pun okay je.
  • Hati-hati bila nak keluarkan mug dari oven tu. Pemegang mug tu panas, so gunalah kain untuk cover pemegang dia.
  • Jangan memandai nak rendam mug yang masih panas dalam air sejuk, takut mug tu pecah sebab kejutan budaya (panas bertemu sejuk tak ke kejutan budaya tu?)

Ni eden punyaaaa. Ni lepas dah dikeluarkan daripada mug.
(Gambar yang masih sempat di-transfer sebelum phone buat hal)

Amboi lepas dah gigit bahagian atas baru nak snap gambar kahkahkah.

Setelah dihias guna sos coklat, oat, dan nestum... Tadaaa~~

Disebabkan serbuk koko tak ada, terpaksa guna Milo. Disebabkan tak ada rasa coklat sangat terpaksa salutkan dengan sos coklat TT__TT 
Tapi puas hati sebab first try dan alhamdulillah menjadi. Mula-mula tu takut mug pecah ke, apa ke kan.

Freebies: Japanese Emoticon Cursors

Assalamualaikum and hellooooo~

Tengah bosan-bosan tadi tiba-tiba terdetik nak buat cursors. Maklumlah, penganggur berjaya lah katakan... Terperap je dalam rumah tsk tsk.

RULES
  • Digalakkan beritahu di ruangan komen atau kreditkan ke blog ni kalau nak ambil.
  • Jangan sesekali redistribute.
  • Jangan sesekali claim them as yours.
  • Jangan sesekali edit semula cursors ni.

/hargailah penat lelah diriku ini/ /lap air mata palsu/


 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cara nak pasang cursor dekat blog:
  • Pergi ke Edit HTML. Tekan Ctrl + F serentak dan cari code <head>
  • Copy code di bawah. Tekan Ctrl + C serentak untuk copy.
<style type="text/css">
body{ cursor:url(URL CURSOR), auto;}
</style>
  • Paste code tadi di bawah code <head>
  • Tukar URL CURSOR tu dengan URL yang dah di-copy tadi.

Ppyong~~

5/6/14

Liebster Award

Assalamualaikum and helloooo~


Rules:
  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • Answer 11 questions asked.
  • Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potentials.
  • Create your own questions for them.
  • Notify your nominate.

Thank you very much Hazy and Nuna for the tag ^____^
Secara kebetulan tengah bosan sekarang ni, bolehlah jawab soalan cenggini kan hohohohoo~

So let's get started~

11 killer questions from Hazy:

1. Do you have nickname? List them and which is your favorite?
Typical nicknames for someone named Aisyah; 
  • Aisya: Some of my friends call me by this name and it's also my online name - it's not even a nickname, I guess? Just remove the "h" and wallah my name sounds cuter hohohohoh. Tbh I favor this one the most, maybe because "Aisya" does have a meaning, similar to Aisyah; just a matter of spelling.
  • Ecah: I have a friend who calls me by this name but I don't like it, tbh. Sounds babyish.
  • Esah: My brother calls me by this name and I hate it the most. Sounds so kekampungan lololol.
  • Sah: My parents call me by this name T___T I think they're too lazy to pronounce my real name.
  • Ai: I have a friend who used to call me by this name. I kinda like it because it has a meaning. In Japanese and Chinese, "Ai" means "love".
  • Ai-chan: My another online name (my alter ego to be exact), given by myself since I found too many people who bear the name Aisyah/Aisya/Aishah/Aisyhah/Ayesha. It sounds cute to me; kawaii-ness overload.
So basically my favorite nicknames are Aisya, Ai and Ai-chan.

2. What kind of food do you like?
Since I really can't tolerate spicy food, I like sweet food. Even in sambal nasi lemak, I like the one with a small amount of sugar in it. And oh, I think I like sour food too, for example Tom Yam? I think I like varieties of food as long as they're not spicy.

3. Tell me about things that changed your life forever.
Well... when I was in elementary school, I often got bullied by boys. They didn't bully me physically, but mentally. I didn't tell anyone about that and endured it all by myself. (Suddenly I feel like crying while typing this T__T) As I grew older, my mind often tells me that boys are stupid and I don't like making friends with them. I refuse to talk to boys except regarding important matters, but that doesn't mean I'm having androphobia or something like that. I just don't like to treat boys the same way I treat girls. I'm usually cold to boys.

4. Describe yourself in two words, one positive and one negative.
I think I'm ambitious; that's my positive side. I'm unfriendly, that's my negative side.

5. How do you spend you leisure time?
I'd usually watch K-dramas/Detective Conan and copy inspiring quotes from them into a special book. Sometimes I draw to express my feelings.

6. What is a dream that you want it to be true?
To have an eternal happy ending.

7. Define LIFE in your own words.
LIFE is a given period of time to fulfill something beneficial so that our life in hereafter will be free from pains.

8. What do you think about your appearance ? explain.
I think I look so simple but somehow matured. I look older than my real age. I don't think I'm pretty even though quite a number of people agree with that (lol), but I don't think I'm ugly either. I'm just average and... plain.

9. If you were given a chance to grant a wish, what would it be?
Anything related to time machine and Doraemon. lol.

10. What will you do to express love to the people you love?
I'm not good at expressing my love to someone. Whether to parents, friends or teachers, it's awkward to say "I love you". I'd probably show them that I really care and treat them nicely, to prove my love to them because actions speak louder than words right?

11. Describe your crush =D
Sorry but I don't have one =P


11 questions from Nuna:

1. Milk chocolate or dark chocolate?
Dark chocolate, maybe? But I love both T___T

2. What is your all-time favorite song?
I have too many in mind. Jin - Gone, EXO - Baby Don't Cry, INFINITE - Can U Smile. I can't choose only one T___T

3. If you could start your own business, what would it be?
I'm not a business-minded person, tbh... but if I'm the opposite, I think I would run a bakery. I love cakes!

4. How are you feeling right now?
Lonely? Empty?

5.Favourite colour?
Pink :-)

6. Your ability?
I have an ability to complete a task within a short period of time. (Mostly yes, but not all. It is all depending on the difficulty level of the given task itself.)

7. If you could perfectly speak any 6 languages what would it be?
English, Korean, Arabic, Japanese, Chinese (Mandarin) and the last one would be... dialect of any stated languages. Hohoho.

8. Family or friends.
Family.

9. Name three things you have never done, but would like to do?
Bungee jumping, snorkelling, ice skating...

10. Where would you bury your treasure if you had some?
Nice question :-D
Ehmm... my answer would be... near the foot of Mount Fuji. (Hahahah whutt even)

11. Favourite anime and character? Why?
I'm not a fan of anime but I love Detective Conan! My favourite character is Shinichi Kudo because he's handsome, talented, genius, genius and........ genius.

Done :-D
I'm too lazy to make new questions and tag people because most of them would end up ignoring my tag hahaha sad life.

I love to answer random questions sooo much ok and I think I should create an ask.fm account for myself, but nevermind - after all, no one would care to ask.

So... let's end it here.
Ppyong~~

5/5/14

Photoshop Tutorial: Cara cut/transparent gambar guna Photoshop

Assalamualaikum.

Disebabkan agak banyak referrals blog ni yang tercari-cari cara cut gambar guna Photoshop, rasa rajin pulak nak buat tutorial hoho. Melambak tutorial cara potong gambar orang buat sana sini, tapi setiap orang prefer guna cara yang berbeza-beza, so tutorial ni akan menyediakan beberapa kaedah yang berlainan untuk cut/transparent-kan gambar. Setiap kaedah ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri hokay.


Dalam tutorial ni, Photoshop CS5 digunakan.

So let's get started.

METHOD NUMBER ONE; Lasso Tool

Cara ni sangatlah tak digalakkan untuk cut gambar betul-betul mengikut bentuk asal objek, tapi kalau nak cut ikut bentuk random, cara ni paling senang.

Step 1:
Open gambar yang nak dipotong. Tekan huruf L pada keyboard dan Lasso Tool tu akan appear sendiri.

Step 2:
Tarik Lasso Tool dan gerakkan untuk membentuk potongan gambar. Klik je mouse lama-lama, jangan lepas sampailah bertemu hujung ke hujung.

Contohnya, kalau nak potong kepala rusa tu je dan jadikan heart-shape, gunalah Lasso Tool.

Tarik Lasso Tool sampai jadi heart-shape~

Step 3:
Guna Move Tool untuk pindahkan gambar yang dah dipotong tadi ke canvas lain. (Tekan huruf V dekat keyboard dan Move Tool akan appear sendiri)

((Contoh untuk tutorial ni,)) mula-mula tekan Ctrl dan N serentak, akan keluar setting untuk new canvas. Adjustlah size dia nak berapa pixel, then background contents dia nak warna apa. Contoh dekat bawah ni, background yang dipilih warna hitam, supaya nampak heart-shape cutting tadi. Kalau nak transparent-kan, background contents tu pilihlah Transparent.

Ni hasilnya~~ Potongan heart-shape.

Cara nak pindahkan gambar yang dah dipotong tu cuma klik je heart-shape cutting tadi dan drag ke kanvas lagi satu, guna Move Tool.


METHOD NUMBER TWO; Polygonal Lasso Tool

Cara ni pulak untuk cut gambar dalam bentuk polygon.

Step 1:
Open gambar. Right-click pada Lasso Tool dan pilih Polygonal Lasso Tool.


Step 2:
Klik dan gerakkan mouse untuk membentuk shape yang diingini.
Contohnya, boleh potong ikut bentuk hexagon.


Step 3:
Boleh pindahkan ke kanvas lain or mana-mana je lah, guna Move Tool. Rujuk Step 3 dalam METHOD NUMBER ONE.

Hasilnya~~

METHOD NUMBER THREE; Magnetic Lasso Tool

Cara ni boleh digunakan kalau nak potong gambar betul-betul ikut bentuk objek. Tapi untuk dapatkan clean cut, bergantung kepada kepakaran memegang mouse dan kesabaran mungkin?
I don't really like this method tbh but of course you can try it kalau nak.

Step 1:
Open gambar. Right-click pada Lasso Tool dan pilih Magnetic Lasso Tool.


Step 2:
Klik dan lalukan Magnetic Lasso Tool tu pada bahagian outline objek. Make sure klik pada setiap bucu supaya cutting line tu melekat betul-betul atas outline untuk cutting yang lebih clean.


Lalukan pada outline sampailah bertemu hujung ke hujung.

Bila dah siap lalukan Magnetic Lasso Tool, akan jadi macam ni.

Step 3:
Rujuk Step 3 macam dalam method sebelum ni.

METHOD NUMBER FOUR; Quick Selection Tool

I loveee this method the most sebab jimat masa berbanding guna Magnetic Lasso Tool. Recommended untuk objek yang warnanya kontra dengan background. Contoh kalau background warna hitam, objek tu warna putih, gunalah cara ni. Kalau background warna hitam, warna objek pulak kelabu gelap,  jangan guna cara ni.

Step 1:
Open gambar macam biasa. Tekan huruf W pada keyboard dan Quick Selection Tool akan muncul sendiri.

Step 2:
Adjust brush diameter dulu, ikut kesesuaian saiz objek yang nak dipotong tu.


Step 3:
Klik pada area yang nak dipotong. Area tu akan spread.


Klik lagi pada area yang belum masuk dalam kawasan dotted tu supaya area dia bertambah merebak.

Kalau area dotted tu terlebih merebak sampai keluar dari kawasan yang nak dipotong, don't worry, boleh guna subtract from selection.

Klik tool yang ada simbol subtraction.

Pastu klik pada area yang nak dipadam. Jangan lupa resize brush diameter ikut kesesuaian.
Buatlah sampai cover semua area yang nak dipotong.


Step 4:
Macam biasalah, rujuk Step 3 dalam METHOD NUMBER ONE.

METHOD NUMBER FIVE; Edit in Quick Mask Mode

I love this method too; my second choice. Kaedah ni digalakkan bila nak potong gambar yang rumit and banyak details, contohnya gambar orang, especially bahagian rambut lelaki. Rambut lelaki kan ada tajam-tajam tepi-tepi, akan susah nak bagi dotted area tu cover bahagian helaian-helaian rambut yang bercantum. Lainlah kalau rambut afro.

Lagi satu kelebihan cara ni, boleh jugak potong gambar siap ada effect glowing dekat tepi-tepi, tapi kena guna soft round pressure brush lah dekat bahagian outline.

Tapi cara ni agak memerlukan kesabaran.

Step 1:
Open gambar macam biasa. Klik Brush Tool dan kemudian klik Edit in Quick Mask Mode. 
(Optional: Boleh tekan huruf B untuk Brush Tool and huruf Q untuk Edit in Quick Mask Mode pada keyboard.)


Step 2:
Adjust brush diameter ikut kesesuaian saiz objek yang nak dipotong. Pastikan Mode: Normal, Opacity: 100% (boleh je reduce opacity kalau nak gambar tu ala-ala roh lol), Flow: 100%.


Step 3:
Warnakan area yang nak dipotong. Boleh adjust brush diameter kalau nak warnakan dekat area yang kecik. Boleh jugak guna bantuan Zoom Tool untuk memudahkan. 
Warna tu nanti akan jadi warna merah versi reduced opacity.

Ni contoh yang baru sekerat jalan.

Ni contoh yang dah warnakan semua.
(Biarlah tak clean pun, maleh den hohoho)

Step 4:
Tekan huruf Q pada keyboard. Then, tekan huruf W. 
Right-click pada gambar tu dan tekan "Select Inverse"


Step 5:
Macam biasa, rujuk Step 3 dalam METHOD NUMBER ONE.

METHOD NUMBER SIX; Magic Eraser Tool + Background Eraser Tool.

Cara ni pun mudah jugak and jimat masa, especially bila warna objek dengan background kontra. Contohnya macam tadi, warna background hitam and warna objek putih, etc. Tahap kesabaran yang diperlukan pun rendah hokay.

Kalau warna objek dengan background tak berapa kontra, guna Background Eraser Tool untuk membantu. 

Untuk cara ni, gunakan jugak bantuan Step Backward (tekan Alt + Ctrl + Z serentak pada keyboard) kalau-kalau Eraser Tool tu terpadam bahagian yang salah. 

Lagi satu, cara ni tak payah susah-susah guna Move Tool untuk transparent-kan gambar.

Step 1:
Open gambar. Right-click pada Eraser Tool dan pilih Magic Eraser Tool. Pastikan Opacity: 100%.


Step 2:
Klik pada bahagian background objek yang nak dipotong, untuk padam. Bahagian tu akan jadi transparent.

Akan jadi macam ni.

Step 3:
Kalau tak clean; masih ada sisa-sisa yang belum terpadam, guna pulak Background Eraser Tool. 
Right-click pada Eraser Tool dan pilih Background Eraser Tool.

Then, adjust lah size eraser tu dan padamlah sisa-sisa yang tertinggal untuk clean-kan.


Gunalah bantuan Zoom Tool supaya lebih jelas.

Bila dah siap, ni hasilnya. Gambar tu dah di-transparent-kan;; yehet.

DONE!!!

Bertahun-tahun godek Photoshop, enam cara tu je jumpa. Pilihlah mana satu yang menjadi idaman kalbu. Tak tahulah ada lagi ke tak cara lain. Pandai-pandailah cari sendiri yeww.

Ppyong~~~