7/28/14

Happy Eid Mubarak!

Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang~ (tiru tagline kak Maria Elena)

Basically pagi raya tadi memang the spoiled one. lol. Tak tahu nak menangis ke nak ketawa. I'm just clumsy liddat yknow.

Normally hari raya pertama family iolls tidak seperti family uolls. Kami terperap je dalam rumah tak pergi beraya rumah orang. Raya di Key-Ell lah katakan... Sungguh kebandaran. (Padahal Selangor, bukannya KL mihmih memandai je tukar. #TeamSelaluDigelarOrangKLPadahalOrangSelangor)

Sejak tahun lepas, diriku yang sememangnya peminat Detective Conan tegar (sengaja potong perkataan 'tegar' tu sebab tak minat Tegar yang nyanyi "aku yang dulu~~~ bukannya yang sekarang~~~" tu) ini telah menjadikan acara menonton Detective Conan sebagai acara wajib setiap kali hari raya pertama. Entahlah, rasa best pulak layan Detective Conan dengan kuah kacang, rendang, lemang, etc.


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Biasanya hari raya pertama senyum sampai ke telinga. Dapat berkumpul ramai-ramai dengan family terchenta sobs sobs sobs Ya Allah... segala puji bagi-Mu :-')

Terimalah kad raya ini... lol hari tu my classmates and I yang buat kad ni untuk lecturer masa Quranic Languange class kahkahkah. Sorry buruk sikit lol.


Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!
Maaf Zahir & Batin!

Taqabballahu minna wa minkum :-)

7/26/14

Home sweet home!

Assalamualaikum...

Rasa janggal bila menaip ni. Punyalah lama tak jenguk blog sejak masuk universiti. Hahaha. Nak kata busy sampai tak ada masa nak online tu macam melampau sangat... but hmmm entahlah, sejak sambung belajar rasa malas nak fokus kepada perkara-perkara yang tak penting.

So, dah nak dekat dua bulan berada di Pahang. So far life dekat kampus ni best! Cuma homesick selama sehari je uollss (sila rujuk luahan hatiku dalam entri yang lepas ahaks). Homesick selama sehari tu pun bersebab... Masa tu aku baru keluar hospital so banyak benda tak settle. Huru-hara hidup~~ Sangatlah ketinggalan kereta api berbanding orang lain sobs sobs. Tapi... alhamdulillah... Allah hantar banyak insan yang budiman untuk tolong aku... Banyak sangat manusia baik dekat kampus ni sobs sobs semoga Allah membalas jasa baik mereka~~~

Semalam, hari yang sungguh memenatkan. I never expected perjalanan nak balik raya begitu tiring~~~ Dari hostel ke tempat tunggu bas, kami terpaksa berjalan kaki sejauh 800 km (agak-agaklah nak menipu pung, 800 meter je... #800meterJElahsangat #800metertubersamaanduapusinganpadanghokay #sayabukanatlet #sayabukanusainbolt #engkonidahkenapaberhashtagdalamblog) Sangat penat okay~~~ Dah lah jalan dengan beg berat. Lepas tu kereta yang lalu lalang tak nak tolong pulak tu. Siap increase-kan velocity lagi masa lalu sebelah kami! Tak pastilah pulak masa kereta tu lalu acceleration constant ke tak (tetiba).


From campus to Kuantan, kena naik bas RapidKuantan selama sejam pulak...

Setiap kali naik bas rapid mesti pilih seat paling belakang hohoho. Pastu conquer lah kan. Kesian penumpang dari next next next stop tak dapat duduk. Ok ini merupakan sikap yang kejam! Sila jangan tiru aksi ini.

Dalam masa sejam tu siap boleh terlelap + tersengguk-sengguk dalam bas tu... (pssttt tu pasal lah nak seat paling belakang... malu iolls kalau duduk depan bila tersengguk-sengguk orang tengok ahaks ahaks - sila jangan baca dengan nada gedik)

Then, dah sampai terminal bas, naik bas ekspres dari Kuantan ke KL. Orang lain semua balik kampung, iolls balik bandar uolls~~~

"Pandanglah lihatlah~~~ kusyenku ge-gebu~~~" kata para kusyen sambil mengangkat kening mereka.

Setelah tiga jam perjalanan, akhirnya sampai juga di KL! Tapi belum sampai rumah lagi sobs sobs kena naik LRT pulak sebab KL selalu dilanda traffic congestion so tak naklah susahkan family nak ke KL untuk menjemput puteri lilin ni (ada ke gelarkan diri sendiri puteri lilin puiii)




Nasib baik dalam LRT tu dapat tempat duduk... Ya Allah terharunya... Semuanya berjalan lancar... Rasa macam terlalu banyak nikmat Allah bagi... Alhamdulillah... Selamat sampai ke rumah... #BalikBandar hohoho. For the first time in forever, aku dapat fefeeling balik raya guna bas ekspres... First time jugak naik LRT hahaha nasib baik ada kawan.

Banyak sebenarnya kerja tak settle lagi TT____TT Semoga segalanya akan dipermudah.

And oh, thank you so much kak Fiqa Nsz for this gift ♥ Love it so much mweheheh siap letak dekat pencil case lagi tau~~~


Till then, ppyong~~~