10/31/14

10/28/14

Liebster Award (3)

Assalamualaikum semua.

Thanks Fara sebab tag ^^

Not really into blogging for these past few days because... I'm starting to get sick of my own blog template hahaha but it''s okay.

So let's get started.

If you have one wish, what do you wish for?
I have many wishes mwaHAHAHA but to choose only one, I wish to have a happy ending; eternal ending.

What do you want to say to your past self?
Dear past self, you were so embarrassing and shameless.

Which do you prefer? Muffins or Cupcakes?
Muffins!

Bunnies or Cats?
Cats!

At what age are you planning to get marry?
Well... I don't really concern about marriage at this moment; I don't plan anything regarding that too, but to be honest, to get married at the age of 24 sounds okay (or maybe not because NO). Hmmm... maybe 27? I'm not sure :/

What brand of skincare are you using right now?
Garnier! It's not that expensive and it's suitable for my skin.

Do you follow any beauty gurus on Youtube?
NO. I don't have any time for that lol.

Do you prefer to buy a beauty mask or make it yourself?
To buy it, of course.

Going back to the past or going to the future? Why?
Going back to the past! I really miss my childhood, tbh. I want to be a child again. I don't even want to know about my future. Let's keep it mysterious.

Which Disney Princesses do you want to be? (Me: none, I want to be a queen. Queen Elsa *grin*)
No one. I want to be my own self. That's better *smirks*

What should I do to improvise my blog?
Hmmm... nothing? I think your blog is nice enough to be maintained that way. It looks simple but nice; really nice. Hehe.

I'm sorry for not answering the questions whole-heartedly. Most of the time, I have the tendency to answer every question with long essay but now, not anymore; I guess.

10/22/14

Cara mudah hilangkan blackhead/whitehead

Assalamualaikum.

Yeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
*pegang pom pom sambil menari**pasang lagu Avril Lavigne**Astaghfirullah*

Hatiku umpama bunga yang sedang mekar kerana telah berjaya figure out cara nak licinkan muka yang ber-blackhead segala bagai tu.

Ok malas nak intro panjang-panjang. Kepada sesiapa yang masih tercari-cari cara nak hilangkan blackhead di T-zone wajah anda, jom guna cara ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Duit
2. Air suam (optional)
3. Air yang tak suam. (Nak tulis air sejuk macam over sangat. Kang ada yang guna air sejuk letak ais pulak)
4. Kain lap bersih yang kering kontang umpama padang pasir yang ada unta lepas tu disimbahi cahaya panas terik lol apa kau merepek ni
5. Duit
6. Duit
7. Duit

Macam seram je ada banyak "Duit" dalam list tu. Nampak sangat duit tu penting kan? Haa, memang penting pun, sebab cara ni tersangatlah mudah untuk dilakukan, dengan syarat, anda ada duit.


"Duit? Oh tidak! Melayang duit iolls!" Jangan panik dulu, sisters. Memanglah duit diperlukan sebab kena beli satu produk ni dulu baru boleh berangan nak muka yang bebas whitehead serta blackhead. Ngeh, ngeh, ngeh. Produk apakah itu? 

Diperkenalkan... NuTeen Blackheads Away Gel!

*sound effect: bunyi letupan bunga api sempena tahun baru*


Sebenarnya dah lama cari produk macam ni tapi entah kenapa selama ni tak jumpa pun dekat kedai. Maka mulalah mengidam produk-produk online shop yang menjual pelbagai mask yang boleh tarik cabut keluar semua blackhead tu tapi tak beli pun sebab harga dia macam nak suruh aku berniaga barang kemas Habib Jewel je.

Bagi golongan pemalas macam diriku ini, sememangnya aku sangat berbahagia lepas TERjumpa (akhirnya) Blackheads Away Gel ni lepas tu TERlayangkan duit kepada cashier lepas tu TERcuba produk ni lepas tu TERsuka pulak tu alahai... Bahagianya~ Senang hidup. Murah pulak tu.


Ya, bagi aku, benda ni murah. Aku beli dengan harga RM13 (harga setelah dibundarkan. Tak ingat yang sen sen dekat belakang tu). Benda ni cuma perlu apply dekat bahagian yang ada blackhead je, iaitu T-ZONE (hidung dengan atas kening), so lambatlah nak habis. Lagipun bukan setiap hari perlu pakai. Bila rasa macam muka kasar & blackhead tengah banyak berkumpul tu, pakailah. Then, terus semua whitehead blackhead tiada meh.

Tak sakit langsung. No squeezing, no peeling, no pinching.

Cara guna dia, mula-mula, basahkan muka guna air suam dulu (supaya pori terbuka). Tapi cara ni optional je tau. Lepas tu keringkan muka.

Dengan muka yang kering dan tangan yang kering, apply gel ni dekat bahagian yang banyak blackhead. Urut-urut selama beberapa minit lepas tu bilas dengan air. Sambil bilas tu gosok-gosok. Bila gosok tu anda akan dapati segala kekotoran keluar daripada kulit mwehehehe best kan (excited).

Sorry if I sound like a promoter. Punyalah excited sebab dah lama cari gel ni akhirnya jumpa jugak!
Oh ya, NuTeen Blackheads Away Gel ni boleh dicari di Watson atau Guardian (hampir tertaip Gardenia tadi) atau shopping mall bahagian produk kecantikan atau mana-mana tempat yang anda fikir logik.

Konklusinya, pergilah cari mana-mana Blackheads Away Gel tak kisahlah jenama apa pun... Mudah, murah, dan pantas! Mihmihmih.

UPDATE: Untuk hilangkan blackhead secara alami, go HERE.

10/15/14

Novel Review: DIAgnosis

Assalamualaikum.

Ada three weeks semester break, yeay! So malam semalam baru habis baca DIAgnosis. I call it, "buku DIAnosis" but some call it "novel DIAgnosis" ahha sama je lah tu.


I bought it online sebab susah nak cari buku ni dekat kedai. Sobs. Then, menyesal beli online. Lepas dah bank in apa semua suddenly a student society at my campus ada buat pre-order buku ni. So dapatlah mereka beli dengan harga yang jauh lebih murah, sedangkan diriku ini telah membelinya dengan harga yang lebih mahal (postage fee, etc) #kedekutnya Tapi lepas dah habis baca, who cares dengan duit semua tu lol. Ilmu lebih berharga right? It deserves to be in carta best-seller!


DIAgnosis merupakan gabungan idea tiga penulis,
Dr. Anwar Fazal, MD
Dr. Aizzat, MD
Dr. Azah, MBBS

Buku dia tak tebal, nipis je. Ringan pulak tu. Rasa macam baca novel English sebab kertas yang digunakan jenis kertas ringan yang kuning-kuning tu. Kan bagus semua novel Melayu pun guna kertas macam ni macam novel-novel omputih. Hoho.

Kandungan DIAgnosis ni banyak cerpen-cerpen (cerita pendek). Walaupun padat, ringkas, tapi mesej yang nak disampaikan tu, fuhhh... Deep. That's why I love it. Buku macam nilah yang sepatutnya disukai oleh anak muda zaman sekarang instead of... lu pikirlah sendiri.


To me, DIAgnosis is really inspiring. The words hit me like bullets. Ada diselitkan inspiring quotes, potongan ayat Quran dan Hadis yang boleh dijadikan pedoman.

"Kenapa Jadi Doktor?" (this one makes me smile), 
"Manusia Aneh" (this makes me think hard), 
"Doktor Segala Doktor" (this hits me like bullets) & 
"Malayria" (very smart!) 
... are my fav from Dr. Anwar Fazal.

"Tangisan Yang Dinanti" (sobs... ini smart and sweet) & 
"Paediatrics Versus O&G" (this makes me think about my dream profession) 
... pulak my fav from Dr. Azah.

"Egoistik" (words of wisdom) & 
"Adrenaline" (sebak baca ni. sobs. speechless. perfect ending) 
... pulak my fav from Dr. Aizzat.

Ish basically semua cerpen dalam ni best. Nah pilih yang the best susah.

Intelligent piece ;_;

Selain itu, ada banyak medical term dalam ni. Lagi-lagi yang abbreviation tu, pening kepala dibuatnya. Mujurlah ada glosari dekat bawah. Bolehlah golongan yang bukan doktor macam iolls ni faham + dapat tambah ilmu pengetahuan. Hoho.


Ilmiah.

Tazkirah buat semua :-)

Rasanya macam nak baca banyak kali DIAgnosis ni. Best! It makes you think, you know. Ilmiah. Inspiring. Novel ni bukan untuk para doktor/bakal doktor/orang yang terlibat dalam medical field je baca. It's for all of us.

Siapa yang dah baca, you know that 'feeling'. Siapa yang belum baca, try it :-) Banyak manfaatnya.

Can't wait for #DIAgnosis2!!!

10/1/14

Because you've got that 7 things

Assalamualaikum.

Guess who yang ada end of semester exam lagi seminggu++ but not studying? lol me. Curi masa kejap untuk jawab tag ni. Lama sudah tergendala huwahuwahuwa but who cares.


RULES:
-Thanks to the person who give you this award
-Include a link to their blog
-Select 15 blogs/blogs you've discovered/followed regularly
-Nominate these 15 bloggers to this Versatile Blogger Award
-Tell the person 7 things about yourself

Thanks Yus, sebab tag! Sorry lambat T_T

Walaupun tiada siapa peduli 7 fakta tentang diriku ini, iolls tetap nak beritahu satu dunia. /melambai-lambaikan tangan ala-ala Miss Malaysia/

1. I'm a pre-medical student.
Yes, pre-medical student. I guess gelaran tu paling accurate kot sebab belum enter medical school lagi. Sekarang tengah foundation, so akan enter medical school, Insyaa-Allah. Doakan iolls. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan.

2. Tak tahan makanan pedas.
LOL idk why but I really can't tolerate spicy food. Even makanan yang ada letak cili dalam tu pun boleh membuatkan air meleleh dari hidung walaupun tak pedas TT____TT

3. Mudah patah semangat
Hmmm... Betullah tu. Bila dah patah semangat mulalah rasa nak nangis. Biasanya time-time rasa patah semangat aku akan cari sumber motivasi. 

4. Tak tahan panas, tak tahan sejuk
Kalau panas mudah sunburn, pastu kepala pening. Kalau sejuk, mudah selesema.

5. Baru balik dari Cameron Highlands minggu lepas
lol ini pun nak bagitahu ke lol apakah semua ini lol. Sila visit vsco grid iolls kalau nak tengok storyline melalui gambar.

6. Sometimes rajin, sometimes pemalas
Tapi kebanyakan masanya pemalas lah kot. Depends.

7. Mudah menangis
Sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis. Time marah, nangis. Time sedih, nangis. Time happy, nangis. lol apakah semua ini... Tapi sebenarnya orang yang kuat menangis ni, dia kuat. Yes, believe me. Psychologically.

So, sampai sini jelah. Hmmm next week final exam. Risau, risau, risau... Doakan diriku TT____TT

Tutorial: Tumblr askbox at sidebar

Assalamualaikum.


Maaf kepada yang request tutorial ni. Busy sangat life sejak kebelakangan ni. Tak ada masa nak jenguk blog lalalalol.


So let's get started.

1. Mula-mula, open bahagian Edit HTML blog anda. Kalau yang guna Template Designer tu just Add a Gadget lah ya.
2. Copy code ni

<p><iframe frameborder="0" scrolling="no" width="222" height="260" src="http://www.tumblr.com/ask_form/TUMBLR ANDA.tumblr.com" style="background-color:transparent; overflow:hidden;" id="ask_form"></iframe><!--[if IE]><script type="text/javascript">document.getElementById('ask_form').allowTransparency=true;</script><![endif]--></p>
Answered questions <a href="URL SPESIFIK TUMBLR ANDA">HERE.</a>

3. Paste dekat bahagian sidebar seperti yang dikehendaki.
Tajuk, height, width semua tu, ikut suka hati.
TUMBLR ANDA faham-faham jelah.
URL SPESIFIK TUMBLR ANDA tu, ikut suka hati jugak.
Kalau macam saya, setiap kali orang ask, saya letak tag sebagai replies, so url spesifik saya tu jadilah http://aisyasakura.tumblr.com/tagged/replies

DONE!