11/29/14

Ice skating

Assalamualaikum.


So my friends and I went to Sunway Pyramid last week for ice skating. Tbh it was my first time jejakkan kaki di Sunway Pyramid and first time mencuba ice skating too. It was fun!


Perjalanan untuk ke Sunway Pyramid bagi aku, agak jauh. Tak banyak tempat untuk ice skating pun dekat Malaysia ni, so yeah, we chose Sunway Pyramid as it is the largest ice skating rink in Malaysia? Correct me if I'm wrong lol but that's what I know.

Perjalanan terasa jauh sebab kami menggunakan public transport. Sobs. 

Dari KTM Mid Valley, transit dekat KL Sentral, lepas tu naik lagi KTM sampai ke Subang Jaya. Dah sampai Subang Jaya, naik pulak bas sampai ke Sunway Pyramid. Tidak dilupakan dari KTM Subang Jaya nak ke tempat tunggu bas tu kena jalan kaki segala bagai. Pukul 9 pagi memulakan perjalanan, dah pukul 12 tengah hari baru mula skate.

We paid RM18 (Kalau weekend lagi mahal). Gloves beli sendiri dekat Daiso before that. So in total we spent RM23.

Masa mula-mula sarungkan kasut untuk ice skate tu, rasa excited lah pulak. Sebab tengok orang lain boleh berdiri guna kasut tu, walaupun bawah kasut tu ada besi nipis. So, I gave it a try, and yoohoo excited sebab boleh berdiri guna kasut tu. I thought, senang je nak balance-kan diri guna kasut ice skating tu... but then... bila dah jejakkan kaki dekat atas ice....

UWAAAAAAAAAAAAAA NAKKK NANGISSSSSSS. Aku rasa ice tu licin tahap kepala Bo dalam Kampung Boy sampai nak berdiri pun tak boleh. Kaki asyik rasa nak tergelincir je. Sepanjang masa aku pegang dinding tepi ice skating rink tu, dan aku cuba jalan atas ice tu sambil pegang dinding tepi, TAPI TAK BERJAYA UWAAAAA. My friend masa tu tolong ajarkan cara nak jalan atas ice tu, tapi tips yang dia bagi semua tak berjaya untuk aku. Masa tu jeles dengan dia, sebab dia dah ada pengalaman skating, tapi roller blade punya, dan dia cakap cara ice skating dengan roller blade punya skating lebih kurang sama je. LOL dah sampai sejam, aku tetap mengharapkan dinding tepi untuk grip supaya tak jatuh atas ice tu. I was so scared sampai rasa nak give up, nak balik, sebab rasa insecure, "...just how orang lain boleh skate atas ice tu dengan selesanya, tanpa jatuh pun?"

Rasa macam baby yang baru nak belajar berjalan. YES, ITU PERASAANNYA. 
Then my friend said, "Kalau korang  baru mula nak belajar, korang mesti akan jatuh punya. Tak puas hati, sebab setakat ni korang tak jatuh-jatuh lagi." LOL aku mula terfikir pasal tu. Aku sepanjang masa takut kalau-kalau aku tergelincir and terjatuh atas ice tu, tapi sampai saat tu aku belum jatuh-jatuh lagi! Sebabnya? Aku takut untuk mencuba. Aku lupa bahawa permulaan memang sepatutnya pahit. Aku lupa bahawa bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.


Baby yang selama ni merangkak je, kalau dia tak BERANI mencuba untuk berjalan dan TAKUTKAN KEJATUHAN, sampai bila dia nak pandai berjalan? Baby, walaupun masa permulaan nak belajar berjalan, banyak kali dia terjatuh, tapi akhirnya dia pandai berjalan, bukan? Peduli apa kalau kita jatuh dan kita malu pada saat tu, sebab the past is the past. Yang penting, sekarang, kita dah boleh 'berjalan'. 

"Kalau kita nakkan kejayaan, kita tak boleh takutkan kejatuhan."

That's what I learnt from ice skating.
Since masa tu I was just a beginner.
Melihat orang lain lebih hebat daripada aku, buat aku rasa tak konfiden.
Pada mulanya aku asyik takutkan kejatuhan, sehingga aku tak berani mencuba.
Mencuba untuk berjalan atas ice tu, tanpa mengharapkan dinding tepi sebagai tempat berpaut.

But then, aku cuba beranikan diri.
Peduli apa kalau jatuh, peduli apa kalau sakit, peduli apa kalau malu.

Ya, aku memang jatuh. (Aku jatuh around 4 times je woot woot)
Ya, memang aku sakit, (Lutut aku lebam! Sobs sobs)
Ya, memang aku malu. (Tapi takdelah malu sangat, bukannya orang lain tu kenal aku pun)

Tapi... lepas lalui semua tu, akhirnya aku berjaya jalan atas ice rink tu tanpa berpaut pada dinding! Yes, alhamdulillah! Daripada mula dekat bahagian tepi-tepi, makin lama aku berjaya sampai ke tengah ice rink tu. Bangga sekejap dengan diri sendiri. Kembang kempis hidung mwahaha ok tipu.


And proud of my friends too, since mereka semua pun akhirnya berjaya berjalan atas ice tu, walaupun belum pro, walaupun belum boleh skate laju-laju atas ice tu macam Yuzuru Hanyu, tapi puas hati sebab we did it!

Kepada sesiapa yang belum pernah mencuba ice skating, I recommend you to try it. Aktiviti ni nampak simple, tapi ada ibrah sebenarnya. Lepas cuba ice skating ni aku respect dekat semua skaters termasuklah skateboard-ers hahaha. Mesti sebelum diorang pandai skate pun, diorang dah pernah experience lebam-lebam ni semua.

As a beginner, mula-mula tu memang rasa nak give up, seriously. Tapi rugilah kalau give up terus, dah lah bayar RM18, kenalah skate puas-puas. We took approximately 1 hour and a half kot, barulah reti berjalan atas ice rink tu. We endured and we did it.

Rasa nak pergi lagi!