11/14/15

Food Hunting! - Kuantan

Assalamualaikum dan selamat menjamu selera bagi yang sedang mengunyah. Blog ni macam aku update dalam lima kali je setahun sobs sobs. Awkward je tangan ni menaip. Nak menaip assignment pun tak sesusah ini. Disebabkan rasa bersalah meminggirkan blog ni aku gagahkan juga JIWA RAGAKU (btw... apa kaitan dengan raga?)

Setelah lebih kurang setahun setengah belajar di Pahang, aku rasa dah macam orang Pahang. Dah nak terhafal dibuatnya jalan raya sekitar Kuantan hohoho *berlagak*

So kalau sesiapa yang datang Kuantan tapi tak tahu tempat makan mana yang best kat sini, bolehlah teruskan membaca ya!

1. Kula Cakes

Tak sure bila Kula Cakes ni mula femes, tapi bila orang dok sibuk cakap yang mango cheese cake kat sini sangat sedap, aku pun mula teruja. Lagi-lagi bila kawan-kawan sibuk upload gambar menu Kula Cakes yang cun-melecun tu huwarghh nak jugak!

Kula Cakes jugak pernah masuk dalam Jalan-jalan Cari Makan TV3, atau nama manjanya, JJCM. *kening kening*


Kalau datang Kula Cakes, wajib cuba mango cheese cake-nya. Tengok gambar pun dah terliur, apatah lagi rasanya. Satu pinggan tu harga dalam RM8. Harga sebenar tak ingat lol. Better makan terus sementara dia masih sejuk. Kek tu lepas je masuk mulut, rasa segar-segar sejuk gittew, lepas tu dia cair di mulut (detailed jugak ayat aku, boleh lulus jadi pengacara Jalan-jalan Cari Makan ni hohohoho). Yang kuning atas kek tu mestilah rasa mangga kan, and yang putih bahagian tengah kek mestilah rasa cheese kan, haaa tapi bahagian bawah sekali macam keras ala-ala biskut raya gittew. Gabungannya sungguh meng-excited-kan lidahku. Sesiapa yang dilanda kesedihan, sumbatlah kek ini ke dalam mulut anda, nescaya selepas itu bersinarlah mata anda *o* 



Ada jugak kek lain yang dijual. In fact, banyak. Masa pergi beberapa bulan yang lepas aisyasakura and the geng hanya sempat merasai mango cheese cake, red velvet cake, and brownies sahaja. Semuanya sedap sehingga membuatkan mataku bersinar macam dalam komik tapi tak dapat menandingi kesedapan mango cheese cake.

Mango cheese cake (kiri) sedang posing maut bersama rakan-rakannya iaitu encik brownies dan encik red velvet sambil ditemani dua pengawal peribadi, iaitu iced cocoa.

Siap bungkus satu lagi mango cheese cake harharhar. Nampak macam mango cheese cake bungkus tu naik boat (merepek)

Selain makan, wajib ambil gambar jugak. Bolehlah posing, snap gambar untuk OOTD dan sebagainya sebab dinding Kula Cakes dihias dengan begitu cantik sekali~

Haa mana nak jumpa basikal terapung atas langit kan? Jakun kan?


Lokasi kedai ni terletak dekat dengan Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Kalau dengar azan tu boleh terus ke masjid untuk menunaikan solat.

Kula Cakes
A96 Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang.
Opens 1pm-9pm Tuesday - Sunday
☎ 0179711396
Closed every Monday

2. Sara Thai Kitchen

Hari tu, aku and the geng pergi restoran ni semata-mata nak rasa pulut mangga je hahahah sebab dah kenyang makan berat dekat tempat lain. So aku boleh komen pulut mangga je lah. 

Restoran ni terletak berhadapan dengan Grand Continental Hotel, Kuantan so tak susah pun nak cari. Err, tak adalah betul-betul depan, cuma ke kanan sikit? (Apa aku merepek ni) Yang pasti restoran ni besar dan kecoklatan dan kekayuan. Restoran ni pun pernah masuk JJCM jugak. So recommended lah kan.

Sumber: sini

Setelah meng-google (jujur ni), antara yang termasuk dalam menu ialah Ikan Siakap Goreng Tiga Rasa, Tomyam, Sotong Goreng Kari, dan lain-lain.

Sesiapa yang nak rasa pulut mangga sedap boleh cuba kat sini. Sejujurnya aku tak pernah pun rasa pulut mangga sebelum ni, so curious lah kan pulut + mangga + santan rasa dia macam mana. Bila dengar, macam tak familiar pulak gabungan tu, well, at least for me. Pulut mangga ni antara Thai food yang terkenal. Asyik-asyik makan mangga cicah sambal kicap je, so nak try yang lain daripada yang lain pulak.

Pulut mangga ni harga dalam RM8 kalau otakku tidak mendustaiku. Bagi aku, gabungan pulut + mangga + santan ni unik dan sedap~ Pulut + santan tu macam manis-manis dan lemak berkrim, so bila sumbat mangga dalam mulut pulak, mangga tu macam menstabilkan rasa manis tu. Hohoho detailed-nya aku explain, kalah prof.

Dah ngap baru nak snap lol.

Look at that...

Pulut mangga ni tak boleh makan banyak sangat kot, takut muak. Ke lidah aku je rasa macam tu? Tapi sedap je bagi aku. Aku tak pelik kenapa ni makanan Thai yang dibanggai oleh rakyat jelata negara pertanian itu.

Sara Thai Kitchen (Wan Seafood & Tomyam)
B42, Jalan Gambut,
25000 Kuantan, Pahang.

3. Hutan Bandar Bistro

Alamak, time pergi restoran ni lupa nak ambil gambar. Sobs. Aku suka restoran ni sebab chicken chop murah, dalam RM5 je. Tapi aku prefer lamb chop daripada chicken chop. Walaupun mahal sikit, dalam RM10 more or less, tapi still murah kalau nak dibandingkan dengan western food kat tempat lain. Segala yang chop chop ada kat sini. Fish and chips pun ada, dan mughah.

Restoran ni terletak dekat Pantai Telok Cempedak, Pahang. Restoran ni sentiasa ramai orang so aku prefer bungkus. And mula beroperasi petang sampailah malam, so kalau datang tengah hari tak dapek den nak nolong.

Walaupun murah, rasanya sedap dan banyak sampai tak larat makan sorang. Maybe perut aku kecik T_T Orang lain makan larat je.

Nah, alamat. Gambar google lah sendiri hahaha.

Hutan Bandar Bistro
Kuantan Kompleks Pelancongan MPK,
Jalan Telok Cempedak, Telok Cempedak, Pahang, 25050, Malaysia.

4. Tappers

Now, kita pergi pula kepada restoran yang banyak cawangan. Tappers ni dekat KL Selangor pun banyak. Cuma kalau yang kat area Kuantan tu datanglah Tappers East Coast Mall. Tingkat bawah sekali, dekat dengan front entrance. Yang ni pun pernah masuk JJCM TV3.

Kalau tak tahu nak order apa, orderlah yang signature punya. So far aku pernah rasa Baked Soya Chicken Rice dengan Hainanese Chicken Chop, dan dua-dua sedap. lol ada ke restoran macam ni yang tak sedap. 

My friend ordered this and... aku tak tahu ni apa lol.


Yang ni tak payah alamat kot.

5. Sushi King

Sushi King pun banyak cawangan tapi kalau nak cari yang kat Kuantan boleh pergi ke East Coast Mall. Aku suka makanan dia sebab buat mata aku bersinar jugak tapi kalau korang interview kawan-kawan aku mesti dia orang kata aku penipu besar. But seriously mata aku bersinar.

*mata bersinar*

Ramai yang recommend bento punya dish and yeah, memang sedap pun. Aku first time rasa salmon so bahagia kejap. Aku dah lupa aku order apa. Tapi bagi aku semua sedap. Kalau tak tahu nak order apa orderlah yang signature punya. As for Sushi aku prefer yang tak ada telur ikan lol.


Yang bestnya dia bagi green tea. Hohoho I loveee green tea! Kawan-kawan aku semuanya tak boleh minum sangat green tea. Pahit katanya. "Macam masuk Fear Factor," katanya bila aku paksa minum. Aku boleh minum green tea macam minum air milo sebab aku suka? Aku minum green tea hampir tiap-tiap hari kut (kalau rajin).


Takoyaki! Aku kalau terserempak dengan takoyaki dekat pasar ke atau mana-mana mesti nak beli walaupun wallet menangis.

Sushi King @ East Coast Mall. 
Unit Number. L2-53/54/55/56.
Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25300 Kuantan, Pahang, Malaysia

6. Secret Recipe

Kalau nak cari Secret Recipe dekat Kuantan pergilah ke Taman Tas. Sebaris dengan Cool Blog kalau tak silap. Area situ jugak ada KFC. Masuk ke lorong-lorong ke belakang sikit.

Semua orang pun tahu kek secret recipe sangat sedap. Harga pun sedap jika anda kaya. Aku selalu makan sebab orang belanja hohoho rosak diet aku kalau aku belanja diri sendiri.

My fav; spaghetti meatball.


Yang ni tak payah cakap banyak kot, sebab semua orang tahu sedap. Makanan mahal semuanya sedap iye dok?

Alamat tak jumpa pulak bila google sobs sobs.

Sampai di sini jelah entri kali ni. Kalau umur masih panjang, kita jumpa lagi~ Tata~

20 comments:

  1. yg kula cakes tu nmpk cam best je. cafe2 hipster~ haha. tpi manggo cake dia agak murah. sbb selalu saya jumpa rm10 kot sepotong. x pernah rasa manggo cheesecake lagi T__T
    Ahh tengok entry ni rasa lapar gilaaa gambar makanan semua sedap2 T_T terutama sushi king tu uhukzzz

    ReplyDelete
  2. @Mazni Munawar

    memang hipsturr pun XD yup, harga dia semua affordable, tak terlalu mahal.
    sushi king memang sodap T_T

    ReplyDelete
  3. Yang Kula Cakes tu memang nampak hipster sangat. Instagram worthy gitu gambar-gamabr dekat situ. Rasanya my sisters selalu juga pergi sana kalau hantar my sister balik UIA tu. Teringin nak pergi sebab nampak cantik. Aci tak? hehe.

    ReplyDelete
  4. @Farah

    yup betul tu~ akak pergi la kalau datang kuantan :-)

    ReplyDelete
  5. Tak tahulah bila akan datang Kuantan lagi. Rasa macam serik sikit nak datang Kuantan sebab December lepas pergi Kuantan hantar adik balik UIA. Lepas tu terperangkap dekat Kuantan 2-3 hari sebab highway tenggelam sebab banjir.

    ReplyDelete
  6. BV yg melihat gambar je pun bersinar2 mata sambil mengalir air mata. hahahhaa. semua nampak sedap T^T paling2 kek manggo cheese dan makanan kat sushi king tu :D

    ReplyDelete
  7. @Farah

    oh, fortunately masa banjir tu sy tak ada kat kuantan. siapa agaknya adik kak farah ek, sebab next year insyaaAllah satu campus dengan adik akak :3 doa-doalah malaysia tak dilanda banjir macam tu lagi T_T

    @BudakVanilla

    yeah, mata bersinar~ lol literally~ gambar pun sedap ^^

    ReplyDelete
  8. try lah makan kat lilawadi dkt im takpun jalan nak pegi tc. kula cakes dgn lilawadi ni adik bradik je bezanya lilawadi ade steamboat, spaghetti. emm hah dkt jalan berserah ade satu kedai burger nama dia bugerak. kalau tetibe craving kula cake tp kula tutup, kat sini ade jugak serve kula cakes. dulu rajin lepak sini sebab dekat dgn tempat tuisyen, dengar org busking. kuantan banyak kedai makan best and hipturr. kena tanye org kuantan sendiri lah klu nak tahu tempat kat mne XD

    ReplyDelete
  9. @zaatira zainuddin

    Waaa thanks sbb recommend! ;-D pernah dgr lilawadi tu tp tk smpt jejak lagi. Bugerak tu baru first time dgr. InsyaaAllah kalau ada masa nnti pergi. Tk byk tahu tmpt mkn best, yg dh pnah gi ni pun sbb google tmpt2 tu semua XD

    ReplyDelete
  10. I CRIED.
    YEAP.
    HAHAHAHA LOL NO.
    THANK U AICHAN.
    SBB SHARE THIS GUILTY PLEASURE T_TTTTT
    huhuhu nnt kalau qila ke kuantan ill try my best to go there wuhuw!

    ReplyDelete
  11. Alamak kuantan, jauhnya nak pergi. Insyaallah kalau ada rezeki, nak singgah la tempat-tempat yang awak recommend tu. Alahaiii sedapnyaaa tengok semua makanan tu.. I'm so hungry right now ! Hehehe

    ReplyDelete
  12. @Aqilah Azmi

    No one can say no to food lololol

    @Fatin Liyana

    tengok gambar pun mata bersinar kan hahhaaa

    ReplyDelete
  13. uihhh.. mak aii.. tengok gambar pon dah terliur tgh hari macam ni...

    ReplyDelete
  14. @Eintan Nurfuzie
    mmg sdap pun :-D

    @Muhammad Khudri
    belum jumpa yang real punya lagi

    ReplyDelete
  15. Aduh... Semua nampak best laa.. Paling tertarik dengan Kula Cakes.. Wuwuwu bila entah dapat sampai sana T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu la kula cakes letak atas sekali XD

      Delete
  16. Pulut mangga sangat sangatlah sedaaaaapppppp. Banyak kali dah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha saya rasa kuno pulak sebab baru sekali je rasa xD

      Delete