11/20/15

There is still good in the world

Assalamualaikum dan selamat hari-hari.

Aku suka keluar jalan-jalan dan kadang-kadang apa yang aku saksikan buat aku terfikir, "rupa-rupanya masih ramai lagi manusia baik dalam dunia ni."

"The world is full of nice people, If you can't find one, be one."

1. Lelaki magnet kera
(Hohoho macam tajuk novel gittew)
Dekat pantai Teluk Cempedak ada satu jambatan yang penuh dengan kera. Pada suatu petang, aku ternampak seorang Chinese guy pergi beli jambu batu di gerai yang berdekatan. Dia bagi salah seekor kera makan potongan jambu tu. Then sekumpulan lagi kera datang serang dia. Cemburu barangkali? "Ah kami juga mahukan potongan jambu batu itu!"

Then Chinese guy tu pun bagi lagi sepotong. Maka bergaduhlah kera-kera tersebut. Perebutan harta berlaku.

Apa yang buat aku kagum, dia boleh cross jambatan kayu tu sambil dikejar oleh kera-kera liar and agihkan potongan-potongan jambu batu yang dia beli macam PM tengah bersalaman dengan rakyat jelata sahaja lagaknya.

Lebih kurang cenggini la. In reality, lagi banyak kera.

Cover depan novel bertajuk "Lelaki magnet kera"

Aku kagum sebab dia tak kedekut. Dia beli jambu batu tu bukan untuk dia makan, tapi untuk haiwan jalanan. Dia bukan bagi sepotong dua. Dia bagi banyak sobs sobs.

Aku jadi terpaku di situ. (menipu)

2. Misi mencari empunya dompet
Masih lagi di Teluk Cempedak. Pada suatu petang, aku ternampak seorang jejaka sedang berkeliaran dengan dompet di tangan. Dia tanya-tanya orang yang lalu lalang, "kenal tak orang ni? dompet dia tercicir." (dialog rekaan sendiri) Punyalah dia tanya sorang demi sorang tapi semua hanya geleng kepala. Anak kecik dan isteri dia pun macam penat sebab masih tak jumpa tuan punya dompet tu sobs sobs.


"Tunggu kejap eh, abang nak pergi sana pulak (untuk tanya-tanya orang)," kata lelaki tersebut kepada isterinya dengan nada yang lembut. Suami mithali gittew.

Sekali lagi aku kagum. Like hey seriously baiknya dia sanggup bersusah-payah cari tuan punya dompet tu dengan hanya gambar lesen memandu sebagai klu. Aku terharu TT____TT Isteri dia pun nampak solehah gittew.

3. Jagungku juga jagungmu
Kisah ini berlaku di hadapan Sunway Pyramid, juga mengenai bagi haiwan makan. Ini common, tapi aku tetap kategorikan ini sebagai act of kindness.

Ada sorang pakcik ni, dia makan jagung and dia bagi jugak burung-burung sekeliling makan. Walaupun act of kindness ni tak memerlukan budget setinggi kisah no. 1, tapi cukup untuk buat hati kecilku ini terharu sehingga sempat lagi aku mengambil gambar.


Rasa bersalah sebenarnya upload gambar pakcik ni. Tak pasal-pasal dia famous. Tapi kalau censored muka dia nampak macam dia penjahat pula. I mean, ini entri berkenaan act of kindness, bukan sebaliknya. 

Haa kan betul macam penjahat TT___TT

Ada banyak lagi act of kindness yang... walaupun nampak kecil, tapi bagi kesan kat hatiku ini. Walaupun nampak kecil, walaupun sebesar biji sawi, kebaikan tetap kebaikan bukan?

"And We place the scales of justice for the Day of Resurrection, so no soul will be treated unjustly at all. And if there is [even] the weight of a mustard seed, We will bring it forth. And sufficient are We as accountant." Quran (21:47)

Dan... aku mula rasa diri aku kerdil (in term of kindness).

12 comments:

  1. tulah sebenarnya still ada lagi org baik dlm dunia ni. saya kalau yg nombor 1 tu, saya lari kot. takut kalau kena kejar ngan kera, haha. T___T nampak x jahatnya disitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol samalah kita. kera tu ganas sangat tapi chinese guy tu berani XD

      Delete
  2. That is why I love Canada so much. Pergi mana-mana pun boleh nampak orang baik-baik. Pergi mana-mana pun boleh nampak random act of kindness. Kadang bukannya benda besar pun. Benda kecil-kecil macam yang Aisya listed kan dekat atas tula la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang rasa malu sebab yang ada nilai-nilai macam tu ramainya non-muslims.

      Delete
  3. hi aisyah.. semoga kita berjaya improve diri sehanis baik setiap hari :)

    Salam singgah sini :)

    ReplyDelete
  4. cupp!! cup!! ni cerita pasal manusia & kera ke? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia watak utama. kera watak sampingan hahaa

      Delete
  5. still ada orang yg baek2 kat dunia nie. harapla kita menjadi salah seorang darinya. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah let's make the world a better place~

      Delete
  6. "The world is full of nice people, If you can't find one, be one."

    - nice quote (:

    ReplyDelete