12/2/15

What you should know before marriage

Assalamualaikum.

So semalam tak boleh tidur walaupun cuba memejamkan mata lama-lama. Last-last capai phone kat sebelah, scroll Twitter, terjumpa link video ni. Hmm yeaa terlepas tengok live sobs.


Mula-mula tengok video ni excited iolls taw sebab ada Nadrah, anak kepada Maria Elena. Sedar tak sedar tertengok sampai habis. Kak Maria Elena super kelakar hahahahahah. Bro Aiman Azlan macam biasalah, pandai cakap English hahaha.

Apa yang dapat diperkatakan, aku bukanlah tergolong dalam kelompok manusia yang suka berfantasi bahawa perkahwinan tu indah (dengan konfidennya puii). Bahkan aku tak suka rapat dengan lelaki (kecuali family). Aku tak suka kalau dapat lecturer lelaki, doktor lelaki, group assignment dengan lelaki, etc. Kawan-kawan aku ada boyfriend pun aku tak suka. Sebabnya aku takut dengan lelaki TT___TT

Pernah sekali tu aku sorang-sorang dalam lif, nak ke tingkat bawah sekali, tiba-tiba sampai tingkat 3 kot, lif tu berhenti nak ambik lagi penumpang (penumpang apebendenye ingat ni teksi ke). Pintu lif terbukak sampai aku cuak sebab tak nak lelaki masuk lolol punya gigih aku tekan button tutup pintu lif. Pintu lif tetap terbukak dengan begitu luasnya, seakan-akan dengki dengan diriku. Ada sorang laki dah nak masuk, terus dia tak jadi melangkah bila nampak aku seorang diri dalam tu. Fuhh, selamattttt.

Maria Elena ada jugak cakap pasal perempuan tak pandai masak. Part ni aku macam gedebush sikit hahaha. Sejak lepas SPM aku cuba belajar masak sorang-sorang. Aku mula belajar buat kek, belajar buat pancake, lempeng, nasi goreng lolol and masak benda-benda senang. Semua belajar guna Internet sampai nak goreng pisang pun siap google berapa ratio tepung gandum dengan tepung beras kahkah. Aku masih dalam proses belajar masak sodap-sodap tapi personally aku tak rasa masak tu sesusah Add Maths hohoho. "Chill laa, semua tu boleh belajar~"

Ada jugak dibangkitkan pasal jangan terpengaruh dengan married life dalam drama. Pasal ni memang iolls setuju 200%. Aku memang dah lama stop baca novel cintan-cintun Melayu and drama TV3 time maghrib tu. I prefer family-themed K-dramas kuikuikui.

Ada jugak dibangkitkan pasal ni. Good point.

Banyak lagi perkara yang dibangkitkan dalam video ni. Pasal parenting, expectations before marriage, dan lain-lain. Sepanjang tengok asyik gelak je sebab kelakar sangat. 

Mungkin akan delete entry ni bila baca balik *nyorok dalam almari* *almari retak sebab terlebih muatan*

15 comments:

  1. kita harap apa kita iginkana menjadi kenyataan.. insyallah

    ReplyDelete
  2. Tak tengok lagi video ni. Mungkin lepas habis exam, boleh tengok untuk tambah ilmu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck on your upcoming exam~ yes semoga bermanfaat ^^

      Delete
  3. hahahaa..super lawak dear.. x pee... nnti ade laa tu jodohnyaa, hahahaha...
    singgah sini.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngilu pulak dengan perkataan jodoh tu >.<

      Delete
  4. Saya pun macam takut jugak ngan lelaki. Tapi, banyak jugak kerja yg memang kena melibatkan dorang. So, trpaksalaa buat2 macho. :3

    ReplyDelete
  5. BV pun agak awkward dgn lelaki. tapi pepandai la cover. wakakkaa. :D

    ReplyDelete
  6. i suka sangat maria elena. cara dia cakap :")))))

    ReplyDelete
  7. asslmkm sis.. jangan takut sngt dgn llki.. nanti mcm mna nak dekat dgn bkal hsbnd.. hehe

    ReplyDelete
  8. uncle nk bgtau jer, kawen tu sonok, nak jaga perkawenan tu yg x brape nak sonok., huhu2

    ReplyDelete