12/12/15

Book review: Esc. by Budak Tomato

Assalamualaikum.

Haritu jalan-jalan kat Bangi ternampak buku ni dan baru teringat belum lagi memilikinya. Teruslah beli dan baca.

Tbh tak habis baca pun semua entry dalam blog Mato tu. Tulisan berbentuk sebegitu lagi prefer baca dalam bentuk buku berbanding blog (sebab sakit mata tengok skrin lama-lama). So, lepas habis baca buku ni rasa macam ulang kaji balik tulisan-tulisan dia and ada tulisan yang baru first time dapat baca.

Buku ni termasuk dalam list buku-yang-Aisya-rasa-worth-dibaca-banyak-kali.

Judul: Esc.
Penulis: Budak Tomato
Harga: RM25 (Semenanjung)/RM28 (Sabah/Sarawak)
Esc. ni pasal apa? 
"Secara ringkasnya, Esc. adalah kumpulan artikel dan cerpen tulisan Budak Tomato pelbagai tema – kehidupan, ukhuwah, pengorbanan, dan kasih sayang. Banyak juga tulisan yang tiada tema." 
–Iman Publications

Meh lah tengok isi kandungan walaupun gambar kabur seolah-olah tiada motif.

Aku beli buku ni pun sebab aku suka stail penulisan Budak Tomato. Mengingatkan aku kepada Hlovate sikit hahah. 


Aku tak rasa kata-katanya sukar difahami tapi once dah faham otak aku seakan-akan berkerja keras untuk hadam lepas tu mula relate dengan diri sendiri pulak. Dah ada persoalan mestilah perlu ada jawapan, so setelah tu aku akan cuba mencedok jawapan dari pelbagai segi. Haa faham tak apa yang aku cuba sampaikan?

Selain tu, banyak ayat yang menusuk hati; buat aku terfikir beberapa kali pasal kehidupan, buat aku rasa lebih ingin menghargai sahabat-sahabat aku. Hmmm.

Akulah tu kut, nak cakap sayang pun susah. Sobs. 
Baca part nilah yang buat teringat kat sahabat.

Suka bila graphic dan quote disekalikan sebelah-menyebelah macam ni.

Tajuk ni favourite ♥

So... itu je kut? Diharapkan lebih banyak lagi buku-buku macam ni keluar di pasaran. Barulah rasa macam tak membazir duit. Hohohoo.

22 comments:

  1. I saw this book and I've heard of Budak Tomato, but I never knew what she's up to and what the book it is. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the writer is actually a male.
      hehe you're welcome.

      Delete
  2. Assalamualaikum Aisya,

    Sekali baca mcm best.. Gaya penulisan pun santai, xde la berat sgt bila baca.. Pastu saya suka bila baca sesuatu, cerita tu boleh relate dgn kita.. Menarik.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...

      betul. kalau tak boleh relate dengan diri takde feel gitu.

      Delete
  3. Teringin sangat nak baca buku ni. Tak sabar nak beli bila balik Malaysia nanti.

    ReplyDelete
  4. Assalam , sangat best lepas baca terus senyum , inspirasi untuk buat buku jugak sebenarnya :)!

    ReplyDelete
  5. first time dengar pasal budak tomato ni
    buku nampak best je

    ReplyDelete
  6. Kalau tak salah akak...kat blog memang ada cik akak baca kisah budak mato nie....entri memang best..tapi dah lama dia tak menulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. dia jarang menulis. tapi tulisannya bagus :-)

      Delete
  7. Tadi baca review dkt blog TKK, sekarang baca kat sini pulak. T.T Membuak buak nak membelinyaa, tp susah nak dapat .sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah mula banyak jual kat kedai buku. dah senang nak dapat insyaaAllah :-)

      Delete
  8. nampak menarik. boleh cari ni nanti

    ReplyDelete
  9. haritu time jenjalan kat MPH pun ade nampak buku ni. tapi buat masa ni rasa mcm lebih berminat nak beli buku henshin lagi kot, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh henshin dah baca. tapi susah nak relate buku tu dengan diri sendiri so rasa macam esc lagi bermakna :-)

      Delete
  10. teringin nak baca buku nie. tapi susah cari kat tempat BV T^T
    nak order on9 taktau lak nak order kat sapa XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. order je kat publisher buku ni. google google XD

      Delete