12/28/15

DIY 2016 planner

Assalamualaikum.

Bagi penggemar notebooks and stationeries, of courselah kalau pergi Daiso atau DIY atau Popular atau kedai alat tulis yang lain, mesti pergi bahagian notebook dulu. Planner pun termasuklah dalam list barang-yang-nak-beli-tapi-fikir-banyak-kali-last-last-tak-beli-pun.

So haritu singgah kedai Typo. Dah lama teringin nak singgah. Sempatlah usha planner dia yang lawa tahap bidadari dari kayangan tu; tapi ugh MAHAL LAH PULAK. Last-last tak beli pun sebab tengah saving.

Nasib baik lepas google free 2016 planner printable, berderet-deret result keluar. Omputih ramai yang suka design benda-benda camni. Lawa pulak tu. Apa kata kita print je sementara mata masih bersinar hahaha. Iolls cadangkan print 2016 planner punya bahan-bahan tu kat SINI.

Lebih elok kalau ada ring tapi sebab tak ada, just stapler and hias dengan lace tape sikit.
Kenapa planner ni nipis? Sebab takkan selalu guna pun planner ni mwahaha. Nampak tak ngada-ngadanya di situ.

Terlupa nak tulis quote kat bahagian tu.

Untuk golongan yang bercita-cita tinggi macam iolls, page ini sangat berguna. Anda dinasihatkan untuk mencatat apa-apa goals untuk tahun tu kecuali relationship goals.


Bahagian contacts yang mungkin berguna untuk catat no. telefon instashop?

Calendar of courselah wajibul ghunnah kan.


Siap ada kata-kata semangat yang boleh di-print. Yeayy.

*senyum kambing* Yeayy dah ada planner! Walaupun lagi prefer beli instead of buat sendiri, tapi pada era globalisasi yang pesat dengan pembangunan ini, kita kena berjimat-cermat beb TT___TT

26 comments:

  1. looks nice. anyway saya dah klik nuff awak =)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kalau beli lagi cantiknya semestinya huhuu

      Delete
  3. creative nya.. comel pulak ada planner macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang tukang design ni sangat kreatif!

      Delete
  4. thanks for this post . farah pun memang selalu buat planner cm gini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajinnya... saya ni malas sikit tapi mengada-ngada nak planner jugak

      Delete
  5. cutela planner camni! teringin nak buat tapi malas gila nak hias2 kasi cantik, haha.
    biasalah org yg takde halatuju ni, kang saya buat planner mmng kosong tak berisi apa pun xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn. malas satu hal. rasa macam takde masa satu lagi hal hoho banyak bebenor alasannya XD

      Delete
  6. Saya baru beli planner dua minggu lepas :D RM5 ... Design dia kosong , cadang nk hias sendiri :)

    ReplyDelete
  7. Wah, thanks for the very nice idea! Dah lama plan nak ada planner tapi mahal sangat terus tak jadi beli. This helps me a lot!

    ReplyDelete
  8. nak kene start ade diari planner ni baru tersusun sket jadual harian :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol kalau saya ada planner pun hidup serabut lagi XD

      Delete
  9. good idea!:) selamat tahun baru! semoga dapat 4 flat seperti yang diazamkan! :)

    ReplyDelete