12/26/15

Fesyen Pakaian Dinner Tema Tradisional

Assalamualaikum~


Tengah syok-syok merenung nasib tetiba teringat yang next semester iolls kena attend dinner TT____TT Committee dinner masih lagi memikirkan tema dinner tu, siap bukak undian and mintak cadangan lagi. *Ting! (Bunyi mentol lampu menyala)* Tema tradisional sounds good! (Sebab boleh perasan ayu fufufu). Walaupun dinner tu lambat lagi, tapi sebagai seorang wanita hari ini yang bijak mengatur mengurus watak-wataknya, diri ini sudah mula konpius nak pakai apa fufufu.

2015 semakin hampir ke penghujungnya kan kan. Biasanya majoriti syarikat swasta akan adakan annual dinner special untuk pekerja gittew. And normally sangat meriah; tema-tema pun glamour. Ada tema glam, tema fairy tale, tema back to school and banyak lagilah~ Tema tradisional pun ada~ Kalau yang nak datang dinner tema tradisional tapi dilanda ombak lautan kebuntuan nak pakai apa, meh sini nak bagi cadangan~

Kebaya Moden

Kebaya la yang paling klasik nasional sekali. Zaman sekarang kita boleh jumpa macam-macam kebaya yang ada sentuhan tradisional dan moden. Dengan tawaran harga yang cukup berpatutan semestinya~

Kurung Peplum

Untuk yang suka peplum, boleh nampak kiut-miut dan bergaya dengan koleksi kurung peplum macam atas tu.

Baju Kurung Moden

Untuk yang badan langsing dan tinggi lampai pulak, boleh nampak lawa macam puteri dengan koleksi baju kurung moden yang menawan hati sanubari ni T^T Baju kurung moden lace la rekaan kurung moden yang paling sesuai untuk digayakan untuk majilis macam ni~

Kurung Kedah

Dan fesyen pakaian dinner tema tradisional yang terakhir~~~ last but not least~~adalah koleksi baju kurung kedah macam atas tu. Simple tapi elegan gittew.

Hehee ok selamat memilih!

10 comments:

  1. Klasik sangat....kalau kebaya..cik akak tak berapa suka...nampak body..hahaha

    ReplyDelete
  2. Hehe..sy pakai dress je kot kalau ade dinner :D

    ReplyDelete
  3. Baguslah tema tradisional.. jangan jadi cam majlis anugerah kat tv tu, tema pelik2.. sbb tu artis pun dressing pun pelik

    ReplyDelete
  4. bestnya ada dinner! :D kurung moden lawa, saya suka yg ade lace gitu2

    ReplyDelete
  5. kalau tema tradisional, memang baju kurung je la saya pakai.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Baju kurung paling senang nak cari :D

    ReplyDelete
  7. here are my opinions..
    kurus kering - peplum / jubah moden
    pinggang ramping - kebaya
    biasa aje - kurung kedah
    gempal sikit atau lebih - kurung moden

    ReplyDelete
  8. Saya rasa saya akan insecure kalau pakai baju kurung kedah uhuhu

    ReplyDelete
  9. semuaaaa cantik tp kena pakai kaler gelap tak nak nampak perut. hahah

    ReplyDelete