5/20/15

Novel Review: DIAgnosis2

Assalamualaikum.

Lama sudah blog ini ditinggalkan fuh fuh fuh maklumlah, tuan blog ni hanya nak update masa cuti sem je. Tak nak ganggu pelajaran lah katakan... #tokohpelajarmithali

Rasanya macam dah terlambat bebenor nak tulis entry pasal novel ni but who cares. Ngeh ngeh ngeh. Nak baca review DIAgnosis first punya klik sini tau tau tau.

So ini dia cover page. Kalau DIAgnosis first gambar doktor penat yang terjatuh di tangga (maafkan saya) terduduk di tangga, DIAgnosis 2 ni gambar doktor yang sama jugak tapi kali ni bukan kat tangga. Bahkan aku tak tau dia berada di mana memandangkan latar tempat yang gelap gelita.

Ini pulak bahagian belakang. Tudiaaa siap ingatkan pembaca supaya membaca dengan nama-Nya gitu. (Alamak macam terlupa baca bismillah je sebelum khatamkan buku ni haritu *tepuk dahi*)

DIAgnosis2 ni gabungan idea tujuh orang doktor.
Dr. Anwar Fazal,
Dr. Aizzat,
Dr. Azah,
Dr. Fatin Liyana,
Dr. Beni Rusani,
Dr. Mafeitz,
Dr. Mahyuddin.

Samalah macam DIAgnosis yang first, compilation of short stories jugak cuma kali ni lagi banyak. Kalau DIAgnosis first, cerpen terakhir je aku nangis. DIAgnosis2 ni ada beberapa cerpen yang buat aku nangis hahaha tudiaa #HatiPerempuan lol tetibe padahal aku tak tengok pun drama tu. Apa kaitan tah.

Siapa kata DIAgnosis ni semuanya pasal doktor?! Ni ada pasal kahwin mahwin ni? lol

Antara penyebab aku excited dengan DIAgnosis2... My favourite blogger pun jadi penulis uollsssss ♥ Wwuuuuuuu kakpatennnnnnnn *pegang pom pom pasukan sorak*
Dr. Fatin Liyana punya penulisan sejibik macam dalam blog. Mesti ada part yang aku tergelak.

I love how penulis boleh relate bidang perubatan dengan agama. Sangat memotivasikan aku.


OK part ni mencuit hati.

Antara cerita favourite aku dalam DIAgnosis2. Believe it or not, I cried masa baca cerpen ni sobs sobs. Aku je kot rasa cerita ni sedih padahal orang lain relaks je.

Dr. Anwar Fazal
Ubat
Hospital Hati
Selfie
Tak Serak Lagi
Motivasi Terhebat Sepanjang Zaman
Typoglycemia
Zippo
E-Boo
Menanti Superman

Dr. Mahyuddin

Bubur Nasi
Tiada Lagi Syurga Buatmu
Bayi Tua

Dr. Mafeitz

Baqa'
Code Blue: Ar Rahman Ar Rahim
Genosid Direstui Dunia
A.M.S

Dr. Fatin Liyana

Life
Melawat
Cucuk
Antara Aurat dan Solat
Ahad
From HO to HO

Dr. Azah

Dear Diary
HO HO HO
Bintang
Ummati, Ummati, Ummati

Dr. Beni Rusani

Beep! Beep! Beep!
Meet Dr. Roy Izman
Melaena & The Last Conversation
Bidadari Dunia
A Timeless Story

Dr. Aizzat

Nawaitu
Dia
Anugerah
Norad

Okay, di atas tu list cerpen daripada setiap penulis. I think my favourite story is Genosid Direstui Dunia by Dr. Mafeitz. Rasa macam real sangat baca cerita tu and I even cried sobs sobs. Pasal jihad and Gaza. I think cerita tu worth untuk dibaca berulang-ulang kali. 

Second favourite is Meet Dr. Roy Izman by Dr. Beni Rusani. Pasal ayah dengan anak. Aku pun nangis jugak baca cerpen ni padahal tak sedih pun hahaha emosi lebih. Aku sangat suka cara Dr. Beni tulis semua cerita dalam ni. In English pulak tu tapi sedap ayatnya. Cara olah ayat and susunan ayat tu bagi aku teratur, kemas... Berbakat jadi penulis!

Third favourite is Menanti Superman by Dr. Anwar Fazal. Cerita ni memang jiwang habis. Aku tak suka sangat cerita jiwang sebenarnya tapi entah kenapa enjoy baca. Part "It's okay to fall in love again Farah, but this time, take Allah with you." tu memang fulamakkkkkkk Diabetes MELETUS! (Purposely salah eja untuk menjadikan ayat hiperbola)

Aku rasa cerita E-Boo pun masuk list favourite, sebab sebak baca ni. Selfie by Dr. Anwar Fazal agak seram bagi aku lol. Tak Serak Lagi lawak lolololol sebab sambungan cerpen Suara Serak dalam DIAgnosis first mihmih.

Konklusinya, novel ni best. Setiap penulis ada style penulisan masing-masing. Dari yang sesempoi-sempoi macam Dr. Fatin Liyana sampailah seskema Dr. Anwar Fazal. Err, skema ke? Aku tak tahu perkataan apa yang sesuai. Tapi aku paling suka Dr. Beni punya style. Ini personal taste je, tak tahu orang lain rasa macam mana hohoho.

Akhir kata, peace yo! (Amboi cenggini kau habiskan ayat... tak cool langsung)