11/29/15

Pobling Sonic Pore Cleanser?

Assalamualaikum.

Annyeong haseyo~
/coughs/ Susah sikit kalau jenis yang mudah terpengaruh dengan cara orang Korea jaga kulit ni wuu wuu. Tahun lepas pernah tertengok Roommate Season 2. Ada satu episod bila Youngji KARA cuci muka dia guna satu alat Doraemon. Katanya kalau cuci guna benda tu lagi bersih. Hati ini meronta-ronta menginginkannya.

Then, tahun ni, aku baru kenal dengan makeup artist kepada CL 2NE1, PONY! Tengah scroll Instagram punya Explore posts, terklik gambar dia sebab curious sangat siapalah perempuan ni mengapa begitu cantik meh. Then, tertengok pulak videos dekat Youtube channel dia. Rupa-rupanya dia makeup guru. Rasa macam nak upah dia untuk makeup-kan iolls kalau kahwin ke apa ke sebab dia makeup lawaaaaa ♥ Ada satu video ni dia promote alat cuci muka jugak.

Propelled by my gewdik-ness, teringin nak alat yang lebih kurang macam tu. Pembersih pori, tak kisahlah jenama apa. Aku buat keputusan untuk beli yang fake (tiruan) punya since nak cuba saja-saja. Kalau beli yang original pun macamlah rajin guna puii puii.

Aku telah membeli Pobling Sonic Pore Cleanser secara online dengan harga RM9.90 (harga promo). Harga sebenar online shopping mall tu jual tak sampai RM15 pun. Sangat mughah uolls. Nama pun tiruan kan. Sesaje je nak try. Mana tahu kalau best boleh beli yang original pulak walaupun takkan terjadi kerana perangai hangat-hangat najis ayam sudah sebati dengan diriku.

Pobling Sonic Pore Cleanser.
Alat ni hanya memerlukan satu AAA battery.

I didn't expect much since it's not even an original one. Agak terkezut sebab dah hampir 6 bulan guna tapi masih bertahan. Memang rasa muka lagi bersih pun lepas cuci, as claimed. I love it hahaha.

  1. Deep cleanses without irritation.
  2. Reaches deep into pores when regular cleansing cannot reach.
  3. Removes make up and impurities better.
  4. Removes dead skin to allow your skincare to work better.
  5. Removes dead skin that causes dull and darkened complexion.
  6. Clarifies the skin so that complexion appears fairer and smoother.
  7. Removes impurities that clogged up the pores.
  8. Shrinks pores for a smoother looking complexion.
  9. Make up like BB cream or foundation spreads on more easily, and looks more natural with dead skin and impurities removed. 

Setelah mengkaji dengan menggunakan bantuan Google, memang banyak online shop yang jual dengan harga RM40-RM50 for the fake ones. Kalau yang original RM100++. 

Ada yang tiruan punya, dia punya vibration kuat sangat sampai boleh berlaku iritasi pada kulit; even bunyi pun kuat. Tapi aku punya ni tak. Ada jugak jenis tiruan yang berus dia super duper kembang, tapi aku punya tak lol. Kiranya beli lain tempat, kekurangan untuk yang tiruan punya pun lain-lain.

Berus apabila masih basah.

Soft micro fine brushes. Yang original punya mesti lagi halus kot.

The original one sepatutnya ada serial number.

Actually banyak lagi alat macam ni. Macam-macam jenama ada. Kalau mampu, belilah yang original ya~ 

Ok pai pai.

11/25/15

Pencuci muka untuk kulit kombinasi atau berjerawat

Assalamualaikum dan annyeong haseyo~

Bahasa Korea menyemak di situ kerana ini entry berkenaan beauty(?) Please note the relation ahha.

Saja nak share yang iolls dah try guna cleanser ni selama beberapa minggu. Hasilnya sungguh memuaskan hati sehingga sampai ke jantung ini yang berdegup-degup kencang menantikan kehadiranmu ahaks.

 Cetaphil Oily Skin Cleanser

Alkisahnya dah beberapa tahun aku selesa dengan pencuci muka Garnier yang untuk acne-prone skin tu. Kalau konsisten pakai memang tak berjerawat sangat muka tapi kalau sehari tinggal mulalah muka meragam. Produk Garnier memang sesuai dengan aku. Face cream, toner, BB cream, compact powder aku semuanya Garnier. Aku suka sebab murah and sesuai dengan muka aku.

Tapi kebelakangan ni aku mendapati pencuci muka Garnier yang aku dah setia bertahun-tahun tu dah takde effect nak halang jerawat. Sobs sobs. Sampai hati you buat I camni uhukz.

Beberapa tahun lepas bila aku sibuk puji pencuci muka Garnier tu, kawan aku pernah cakap, "takde maknanya kau akan setia dengan pencuci muka tu, sebab lepas beberapa tahun produk tu dah takkan berkesan dekat kau." I was like, "Oh yeah?". Selepas beberapa tahun memang betul pun apa yang dia cakap hahahaha.

Aku pun mulalah mencari produk baru. Aku ada try Ephyra Skin Bar. Awal-awal tu okey la, tapi sebab dia sabun kot, so lama-lama dia jadi lembik (salah aku sebab tak simpan elok-elok). And lama-lama aku rasa produk tu tak sesuai untuk kulit aku for some reasons.

Aku ada jugak sesaje gedik nak cuba produk Korea yang famous macam Etude House ke, The Face Shop ke, Nature Republic ke, Innisfree ke... Almaklumlah Korea memang terkenal dengan beauty products mereka. Tapi tempat yang aku selalu shopping iaitu ECM Kuantan ada The Face Shop je, so aku try la gi situ. Konon nak beli pencuci muka untuk acne, then pekerja kedai tu cakap, "muka awak tak jerawat sangatlah..." Dia cadangkan aku beli pencuci muka lain. Last-last aku beli ni.

The Face Shop Chia Seed Fresh Cleansing Foam

Tbh aku suka pencuci muka ni. Tidak mengecewakan. Rasa bersih sikit kulit iolls since memang untuk clean pores pun. Cuma bila jerawat serang lama sikitlah nak kecut. Disebabkan aku ni jenis yang mental breakdown bila jerawat datang walaupun seketul cuma, aku nak cari produk yang boleh kecutkan jerawat dengan cepat.

Aku pun carilah produk Cetaphil. Aku pernah terbaca dekat ask.fm Anna Khayalan pasal ni (kantoi stalk anyonyonyonyo).

Aku beli yang ni sebab dia ada tulis sensitive skin: combination/acne prone skin kat situ. Aku macam, "COMBINATION?!"


Aku punya muka memang combination skin. T-zone je oily, pipi pulak normal. Ni first time jumpa pencuci muka untuk kulit kombinasi so excited kejap. Tanpa memikirkan soal duit, terus aku beli dekat Watsons. Dua botol RM80. Kiranya sebotol RM40 lah. Barang baik memang mahal...

Aku rasa aku akan setia dengan Cetaphil ni sampailah aku dah tak perlukan dia. Bila guna, T-zone rasa kurang oily, kalau jerawat serang, lagi cepat kecut, and jerawat makin segan silu nak serang. Senang cerita, puas hatilah. Nama pun dermatologist recommended kan...

Ok pai pai.

11/20/15

There is still good in the world

Assalamualaikum dan selamat hari-hari.

Aku suka keluar jalan-jalan dan kadang-kadang apa yang aku saksikan buat aku terfikir, "rupa-rupanya masih ramai lagi manusia baik dalam dunia ni."

"The world is full of nice people, If you can't find one, be one."

1. Lelaki magnet kera
(Hohoho macam tajuk novel gittew)
Dekat pantai Teluk Cempedak ada satu jambatan yang penuh dengan kera. Pada suatu petang, aku ternampak seorang Chinese guy pergi beli jambu batu di gerai yang berdekatan. Dia bagi salah seekor kera makan potongan jambu tu. Then sekumpulan lagi kera datang serang dia. Cemburu barangkali? "Ah kami juga mahukan potongan jambu batu itu!"

Then Chinese guy tu pun bagi lagi sepotong. Maka bergaduhlah kera-kera tersebut. Perebutan harta berlaku.

Apa yang buat aku kagum, dia boleh cross jambatan kayu tu sambil dikejar oleh kera-kera liar and agihkan potongan-potongan jambu batu yang dia beli macam PM tengah bersalaman dengan rakyat jelata sahaja lagaknya.

Lebih kurang cenggini la. In reality, lagi banyak kera.

Cover depan novel bertajuk "Lelaki magnet kera"

Aku kagum sebab dia tak kedekut. Dia beli jambu batu tu bukan untuk dia makan, tapi untuk haiwan jalanan. Dia bukan bagi sepotong dua. Dia bagi banyak sobs sobs.

Aku jadi terpaku di situ. (menipu)

2. Misi mencari empunya dompet
Masih lagi di Teluk Cempedak. Pada suatu petang, aku ternampak seorang jejaka sedang berkeliaran dengan dompet di tangan. Dia tanya-tanya orang yang lalu lalang, "kenal tak orang ni? dompet dia tercicir." (dialog rekaan sendiri) Punyalah dia tanya sorang demi sorang tapi semua hanya geleng kepala. Anak kecik dan isteri dia pun macam penat sebab masih tak jumpa tuan punya dompet tu sobs sobs.


"Tunggu kejap eh, abang nak pergi sana pulak (untuk tanya-tanya orang)," kata lelaki tersebut kepada isterinya dengan nada yang lembut. Suami mithali gittew.

Sekali lagi aku kagum. Like hey seriously baiknya dia sanggup bersusah-payah cari tuan punya dompet tu dengan hanya gambar lesen memandu sebagai klu. Aku terharu TT____TT Isteri dia pun nampak solehah gittew.

3. Jagungku juga jagungmu
Kisah ini berlaku di hadapan Sunway Pyramid, juga mengenai bagi haiwan makan. Ini common, tapi aku tetap kategorikan ini sebagai act of kindness.

Ada sorang pakcik ni, dia makan jagung and dia bagi jugak burung-burung sekeliling makan. Walaupun act of kindness ni tak memerlukan budget setinggi kisah no. 1, tapi cukup untuk buat hati kecilku ini terharu sehingga sempat lagi aku mengambil gambar.


Rasa bersalah sebenarnya upload gambar pakcik ni. Tak pasal-pasal dia famous. Tapi kalau censored muka dia nampak macam dia penjahat pula. I mean, ini entri berkenaan act of kindness, bukan sebaliknya. 

Haa kan betul macam penjahat TT___TT

Ada banyak lagi act of kindness yang... walaupun nampak kecil, tapi bagi kesan kat hatiku ini. Walaupun nampak kecil, walaupun sebesar biji sawi, kebaikan tetap kebaikan bukan?

"And We place the scales of justice for the Day of Resurrection, so no soul will be treated unjustly at all. And if there is [even] the weight of a mustard seed, We will bring it forth. And sufficient are We as accountant." Quran (21:47)

Dan... aku mula rasa diri aku kerdil (in term of kindness).

11/15/15

Types of weirdos in college

Assalamualaikum dan hai.

(Penat iolls fikir tajuk yang sesuai sampai ke sudah tak sesuai)

Dah nak masuk dua tahun aku berada di universiti. I personally think life in uni is way better than high school. Mungkin sebab zaman sekolah dulu banyak perkara pahit berlaku. Lepas dah masuk U rasa macam lipas baru bertukar kulit mwahaha. New friends, new environment, new me.

Bukan itu sahaja, aku jumpa macam-macam jenis orang kat sini. They're not weirdos actually; I couldn't find any suitable word to describe them. Some of them have idiosyncratic minds (or so).

1. The 'all-knowing' nerds
Aku personally rasa budak nerd ni comel sebenarnya. Dengan spek mata tebalnya, dengan pendiamnya... (Uhm maksud aku yang lelaki mwahaha). Golongan macam ni kuat study, and... pandai. Mereka tak banyak cakap, tapi bila ditanya mereka akan jawab dengan tepat dan padat. 

Kadang-kadang ada yang jenis konon tahu semua benda (tapi memang dia tahu pun; aku je jealous lebih-lebih puii) tapi... tapi...

...tapi... kalau macam yang atas ni kesian budak nerd tu.

Tbh aku tak benci pun golongan camni. I simply find them cute (again, I'm talking about boys).

Pengajaran: Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

2. The "I'm right about everything!" person
Selalu berlaku masa group discussion. I repeat, SELALU. Sejak sem 1 lagi aku satu group dengan golongan yang macam ni tapi yang kelakarnya sampai ke sem-sem yang seterusnya aku tetap sama group mereka ini. Hohoho inikah yang dinamakan jodoh? 


Tbh aku tak benci pun mereka ini ya kawan-kawan. I just find it funny because we fight; A LOT. Perang mulut sentiasa berlaku tapi benda ni yang buat kami makin akrab lol.

3. The 'notaku-notamu-juga' person
Orang macam ni, bagi aku patut dipuji. Dah lah penat buat nota, boleh pulak dia bagi nota dia kat orang? Lepas tu dia buat lagi sekali nota, lepas tu bagi kat orang lain, and the cycle goes on. Baiknya TT___TT 


Alasan golongan seperti ini ialah: kalau buat nota banyak kali, makin senang ingat. Walaupun aku tak pernah buat macam tu tapi aku yakin teori mereka betul. Kita tulis, kita ingat.

Peringatan: Anda dibenarkan untuk meniru aksi ini.

4. The 'tak-kira-apa-jua-badai-yang-melanda-resultku-sentiasa-gempak' person
Aku paling jealous dengan manusia macam ni lol. Aktif berpersatuan pun, result gempak. Syllabus susah pun, result gempak. Soalan finals susah pun, result gempak. Skip lectures pun, result gempak. Pemalas macam Nobita pun, result gempak. Makan Maggi pun, result gempak. Makan Twisties pun, result gempak. Dapat perfect score for almost all quizzes, etc. Tapi lecturer aku pernah pesan jangan jealous dengan orang macam ni. Instead, bersyukurlah dengan rezeki masing-masing.


5. The I-can-SWALLOW-what-you-can't person
Yang ni tak perlu cakap banyak. Perhatikan senario di bawah.


6. The one who lives inside drama
Golongan macam ni hidup dia penuh dengan drama. Benda yang engkorang rasa cuma berlaku dalam drama je, benda tu lah yang berlaku dalam hidup dia.

Haa, macam drama kan? Kena kahwin paksa bagai lololol but in the end she chose not to.
(UPDATE: baru aku perasan akhir sekali tetiba misai Papa dia gugur ehm sorry =.=)

Memang macam-macam jenis orang ada dalam dunia ni. Setiap orang lain cara pemikiran dia. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, so kita kena terima. Dalam dunia ni bukan ada Melayu je, banyak lagi bangsa lain ada kan kan? Lecturer aku pernah pesan supaya berbaik-baik sesama kita walaupun kita semua berbeza. Dia siap bagi Quranic verse lagi sebagai rujukan.

"O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted." (49:13)
p/s: The scenarios above aren't 100% true. I tokok tambah-ed a bit.

11/14/15

Food Hunting! - Kuantan

Assalamualaikum dan selamat menjamu selera bagi yang sedang mengunyah. Blog ni macam aku update dalam lima kali je setahun sobs sobs. Awkward je tangan ni menaip. Nak menaip assignment pun tak sesusah ini. Disebabkan rasa bersalah meminggirkan blog ni aku gagahkan juga JIWA RAGAKU (btw... apa kaitan dengan raga?)

Setelah lebih kurang setahun setengah belajar di Pahang, aku rasa dah macam orang Pahang. Dah nak terhafal dibuatnya jalan raya sekitar Kuantan hohoho *berlagak*

So kalau sesiapa yang datang Kuantan tapi tak tahu tempat makan mana yang best kat sini, bolehlah teruskan membaca ya!

1. Kula Cakes

Tak sure bila Kula Cakes ni mula femes, tapi bila orang dok sibuk cakap yang mango cheese cake kat sini sangat sedap, aku pun mula teruja. Lagi-lagi bila kawan-kawan sibuk upload gambar menu Kula Cakes yang cun-melecun tu huwarghh nak jugak!

Kula Cakes jugak pernah masuk dalam Jalan-jalan Cari Makan TV3, atau nama manjanya, JJCM. *kening kening*


Kalau datang Kula Cakes, wajib cuba mango cheese cake-nya. Tengok gambar pun dah terliur, apatah lagi rasanya. Satu pinggan tu harga dalam RM8. Harga sebenar tak ingat lol. Better makan terus sementara dia masih sejuk. Kek tu lepas je masuk mulut, rasa segar-segar sejuk gittew, lepas tu dia cair di mulut (detailed jugak ayat aku, boleh lulus jadi pengacara Jalan-jalan Cari Makan ni hohohoho). Yang kuning atas kek tu mestilah rasa mangga kan, and yang putih bahagian tengah kek mestilah rasa cheese kan, haaa tapi bahagian bawah sekali macam keras ala-ala biskut raya gittew. Gabungannya sungguh meng-excited-kan lidahku. Sesiapa yang dilanda kesedihan, sumbatlah kek ini ke dalam mulut anda, nescaya selepas itu bersinarlah mata anda *o* 



Ada jugak kek lain yang dijual. In fact, banyak. Masa pergi beberapa bulan yang lepas aisyasakura and the geng hanya sempat merasai mango cheese cake, red velvet cake, and brownies sahaja. Semuanya sedap sehingga membuatkan mataku bersinar macam dalam komik tapi tak dapat menandingi kesedapan mango cheese cake.

Mango cheese cake (kiri) sedang posing maut bersama rakan-rakannya iaitu encik brownies dan encik red velvet sambil ditemani dua pengawal peribadi, iaitu iced cocoa.

Siap bungkus satu lagi mango cheese cake harharhar. Nampak macam mango cheese cake bungkus tu naik boat (merepek)

Selain makan, wajib ambil gambar jugak. Bolehlah posing, snap gambar untuk OOTD dan sebagainya sebab dinding Kula Cakes dihias dengan begitu cantik sekali~

Haa mana nak jumpa basikal terapung atas langit kan? Jakun kan?


Lokasi kedai ni terletak dekat dengan Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Kalau dengar azan tu boleh terus ke masjid untuk menunaikan solat.

Kula Cakes
A96 Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang.
Opens 1pm-9pm Tuesday - Sunday
☎ 0179711396
Closed every Monday

2. Sara Thai Kitchen

Hari tu, aku and the geng pergi restoran ni semata-mata nak rasa pulut mangga je hahahah sebab dah kenyang makan berat dekat tempat lain. So aku boleh komen pulut mangga je lah. 

Restoran ni terletak berhadapan dengan Grand Continental Hotel, Kuantan so tak susah pun nak cari. Err, tak adalah betul-betul depan, cuma ke kanan sikit? (Apa aku merepek ni) Yang pasti restoran ni besar dan kecoklatan dan kekayuan. Restoran ni pun pernah masuk JJCM jugak. So recommended lah kan.

Sumber: sini

Setelah meng-google (jujur ni), antara yang termasuk dalam menu ialah Ikan Siakap Goreng Tiga Rasa, Tomyam, Sotong Goreng Kari, dan lain-lain.

Sesiapa yang nak rasa pulut mangga sedap boleh cuba kat sini. Sejujurnya aku tak pernah pun rasa pulut mangga sebelum ni, so curious lah kan pulut + mangga + santan rasa dia macam mana. Bila dengar, macam tak familiar pulak gabungan tu, well, at least for me. Pulut mangga ni antara Thai food yang terkenal. Asyik-asyik makan mangga cicah sambal kicap je, so nak try yang lain daripada yang lain pulak.

Pulut mangga ni harga dalam RM8 kalau otakku tidak mendustaiku. Bagi aku, gabungan pulut + mangga + santan ni unik dan sedap~ Pulut + santan tu macam manis-manis dan lemak berkrim, so bila sumbat mangga dalam mulut pulak, mangga tu macam menstabilkan rasa manis tu. Hohoho detailed-nya aku explain, kalah prof.

Dah ngap baru nak snap lol.

Look at that...

Pulut mangga ni tak boleh makan banyak sangat kot, takut muak. Ke lidah aku je rasa macam tu? Tapi sedap je bagi aku. Aku tak pelik kenapa ni makanan Thai yang dibanggai oleh rakyat jelata negara pertanian itu.

Sara Thai Kitchen (Wan Seafood & Tomyam)
B42, Jalan Gambut,
25000 Kuantan, Pahang.

3. Hutan Bandar Bistro

Alamak, time pergi restoran ni lupa nak ambil gambar. Sobs. Aku suka restoran ni sebab chicken chop murah, dalam RM5 je. Tapi aku prefer lamb chop daripada chicken chop. Walaupun mahal sikit, dalam RM10 more or less, tapi still murah kalau nak dibandingkan dengan western food kat tempat lain. Segala yang chop chop ada kat sini. Fish and chips pun ada, dan mughah.

Restoran ni terletak dekat Pantai Telok Cempedak, Pahang. Restoran ni sentiasa ramai orang so aku prefer bungkus. And mula beroperasi petang sampailah malam, so kalau datang tengah hari tak dapek den nak nolong.

Walaupun murah, rasanya sedap dan banyak sampai tak larat makan sorang. Maybe perut aku kecik T_T Orang lain makan larat je.

Nah, alamat. Gambar google lah sendiri hahaha.

Hutan Bandar Bistro
Kuantan Kompleks Pelancongan MPK,
Jalan Telok Cempedak, Telok Cempedak, Pahang, 25050, Malaysia.

4. Tappers

Now, kita pergi pula kepada restoran yang banyak cawangan. Tappers ni dekat KL Selangor pun banyak. Cuma kalau yang kat area Kuantan tu datanglah Tappers East Coast Mall. Tingkat bawah sekali, dekat dengan front entrance. Yang ni pun pernah masuk JJCM TV3.

Kalau tak tahu nak order apa, orderlah yang signature punya. So far aku pernah rasa Baked Soya Chicken Rice dengan Hainanese Chicken Chop, dan dua-dua sedap. lol ada ke restoran macam ni yang tak sedap. 

My friend ordered this and... aku tak tahu ni apa lol.


Yang ni tak payah alamat kot.

5. Sushi King

Sushi King pun banyak cawangan tapi kalau nak cari yang kat Kuantan boleh pergi ke East Coast Mall. Aku suka makanan dia sebab buat mata aku bersinar jugak tapi kalau korang interview kawan-kawan aku mesti dia orang kata aku penipu besar. But seriously mata aku bersinar.

*mata bersinar*

Ramai yang recommend bento punya dish and yeah, memang sedap pun. Aku first time rasa salmon so bahagia kejap. Aku dah lupa aku order apa. Tapi bagi aku semua sedap. Kalau tak tahu nak order apa orderlah yang signature punya. As for Sushi aku prefer yang tak ada telur ikan lol.


Yang bestnya dia bagi green tea. Hohoho I loveee green tea! Kawan-kawan aku semuanya tak boleh minum sangat green tea. Pahit katanya. "Macam masuk Fear Factor," katanya bila aku paksa minum. Aku boleh minum green tea macam minum air milo sebab aku suka? Aku minum green tea hampir tiap-tiap hari kut (kalau rajin).


Takoyaki! Aku kalau terserempak dengan takoyaki dekat pasar ke atau mana-mana mesti nak beli walaupun wallet menangis.

Sushi King @ East Coast Mall. 
Unit Number. L2-53/54/55/56.
Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25300 Kuantan, Pahang, Malaysia

6. Secret Recipe

Kalau nak cari Secret Recipe dekat Kuantan pergilah ke Taman Tas. Sebaris dengan Cool Blog kalau tak silap. Area situ jugak ada KFC. Masuk ke lorong-lorong ke belakang sikit.

Semua orang pun tahu kek secret recipe sangat sedap. Harga pun sedap jika anda kaya. Aku selalu makan sebab orang belanja hohoho rosak diet aku kalau aku belanja diri sendiri.

My fav; spaghetti meatball.


Yang ni tak payah cakap banyak kot, sebab semua orang tahu sedap. Makanan mahal semuanya sedap iye dok?

Alamat tak jumpa pulak bila google sobs sobs.

Sampai di sini jelah entri kali ni. Kalau umur masih panjang, kita jumpa lagi~ Tata~