12/28/15

DIY 2016 planner

Assalamualaikum.

Bagi penggemar notebooks and stationeries, of courselah kalau pergi Daiso atau DIY atau Popular atau kedai alat tulis yang lain, mesti pergi bahagian notebook dulu. Planner pun termasuklah dalam list barang-yang-nak-beli-tapi-fikir-banyak-kali-last-last-tak-beli-pun.

So haritu singgah kedai Typo. Dah lama teringin nak singgah. Sempatlah usha planner dia yang lawa tahap bidadari dari kayangan tu; tapi ugh MAHAL LAH PULAK. Last-last tak beli pun sebab tengah saving.

Nasib baik lepas google free 2016 planner printable, berderet-deret result keluar. Omputih ramai yang suka design benda-benda camni. Lawa pulak tu. Apa kata kita print je sementara mata masih bersinar hahaha. Iolls cadangkan print 2016 planner punya bahan-bahan tu kat SINI.

Lebih elok kalau ada ring tapi sebab tak ada, just stapler and hias dengan lace tape sikit.
Kenapa planner ni nipis? Sebab takkan selalu guna pun planner ni mwahaha. Nampak tak ngada-ngadanya di situ.

Terlupa nak tulis quote kat bahagian tu.

Untuk golongan yang bercita-cita tinggi macam iolls, page ini sangat berguna. Anda dinasihatkan untuk mencatat apa-apa goals untuk tahun tu kecuali relationship goals.


Bahagian contacts yang mungkin berguna untuk catat no. telefon instashop?

Calendar of courselah wajibul ghunnah kan.


Siap ada kata-kata semangat yang boleh di-print. Yeayy.

*senyum kambing* Yeayy dah ada planner! Walaupun lagi prefer beli instead of buat sendiri, tapi pada era globalisasi yang pesat dengan pembangunan ini, kita kena berjimat-cermat beb TT___TT

12/26/15

Fesyen Pakaian Dinner Tema Tradisional

Assalamualaikum~


Tengah syok-syok merenung nasib tetiba teringat yang next semester iolls kena attend dinner TT____TT Committee dinner masih lagi memikirkan tema dinner tu, siap bukak undian and mintak cadangan lagi. *Ting! (Bunyi mentol lampu menyala)* Tema tradisional sounds good! (Sebab boleh perasan ayu fufufu). Walaupun dinner tu lambat lagi, tapi sebagai seorang wanita hari ini yang bijak mengatur mengurus watak-wataknya, diri ini sudah mula konpius nak pakai apa fufufu.

2015 semakin hampir ke penghujungnya kan kan. Biasanya majoriti syarikat swasta akan adakan annual dinner special untuk pekerja gittew. And normally sangat meriah; tema-tema pun glamour. Ada tema glam, tema fairy tale, tema back to school and banyak lagilah~ Tema tradisional pun ada~ Kalau yang nak datang dinner tema tradisional tapi dilanda ombak lautan kebuntuan nak pakai apa, meh sini nak bagi cadangan~

Kebaya Moden

Kebaya la yang paling klasik nasional sekali. Zaman sekarang kita boleh jumpa macam-macam kebaya yang ada sentuhan tradisional dan moden. Dengan tawaran harga yang cukup berpatutan semestinya~

Kurung Peplum

Untuk yang suka peplum, boleh nampak kiut-miut dan bergaya dengan koleksi kurung peplum macam atas tu.

Baju Kurung Moden

Untuk yang badan langsing dan tinggi lampai pulak, boleh nampak lawa macam puteri dengan koleksi baju kurung moden yang menawan hati sanubari ni T^T Baju kurung moden lace la rekaan kurung moden yang paling sesuai untuk digayakan untuk majilis macam ni~

Kurung Kedah

Dan fesyen pakaian dinner tema tradisional yang terakhir~~~ last but not least~~adalah koleksi baju kurung kedah macam atas tu. Simple tapi elegan gittew.

Hehee ok selamat memilih!

12/14/15

Book review: MUHARIKAH The Comics

Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsi mengenai satu buku; adunan penulisan dan komik.

MUHARIKAH The Comics
Penulis: Muharikah
Pelukis: King Shu
Harga: RM9.90
Buku ni tak tebal. Ringan dan comel gitu. Sesuai untuk anak-anak muda. Bahasa  santai, content tak heavy, komik pun comel~ Mengisahkan tujuan hidup, cita-cita, dakwah, kebangkitan selepas kegagalan, dan... ok itu je kut yang mampu ingat?

Bahagian belakang buku

Komen:
  • Suka sebab watak utama komik dia bernama Aisyah; seorang doktor. Eh eh samalah. Adakah ini suratan atau kebetulan? (tetiba)
  • Suka sebab banyak potongan ayat Al-Quran, Hadis, Islamic quotes. Agak banyak yang macam baru first time dengar. Ilmu ni! Bolehlah nak tampal sticker book mark warna-warni lepas ni (kalau rajin)
  • Komik coooooomeeeeeeeeeeeel~~~ ♥
  • Ayat tak berbelit. Scan laju-laju sekali harung pun boleh lekat di hati. Kalau nak lagi lekat bacalah slow-slow dengan penuh penghayatan.
  • Menaikkan semangat dan motivasi. Anak-anak muda, buku ini untuk anda.
  • Relatable dengan hidup.

Sneak peek

Intai-intai deko.

Part ni lucu + comel je.

Siapa yang hobi dia bukan membaca, disarankan untuk membacanya (?) hahaha. Kalau yang jenis ulat buku memang tak puas sebab rasa nipis sangat. Sekejap je khatam.

12/12/15

Book review: Esc. by Budak Tomato

Assalamualaikum.

Haritu jalan-jalan kat Bangi ternampak buku ni dan baru teringat belum lagi memilikinya. Teruslah beli dan baca.

Tbh tak habis baca pun semua entry dalam blog Mato tu. Tulisan berbentuk sebegitu lagi prefer baca dalam bentuk buku berbanding blog (sebab sakit mata tengok skrin lama-lama). So, lepas habis baca buku ni rasa macam ulang kaji balik tulisan-tulisan dia and ada tulisan yang baru first time dapat baca.

Buku ni termasuk dalam list buku-yang-Aisya-rasa-worth-dibaca-banyak-kali.

Judul: Esc.
Penulis: Budak Tomato
Harga: RM25 (Semenanjung)/RM28 (Sabah/Sarawak)
Esc. ni pasal apa? 
"Secara ringkasnya, Esc. adalah kumpulan artikel dan cerpen tulisan Budak Tomato pelbagai tema – kehidupan, ukhuwah, pengorbanan, dan kasih sayang. Banyak juga tulisan yang tiada tema." 
–Iman Publications

Meh lah tengok isi kandungan walaupun gambar kabur seolah-olah tiada motif.

Aku beli buku ni pun sebab aku suka stail penulisan Budak Tomato. Mengingatkan aku kepada Hlovate sikit hahah. 


Aku tak rasa kata-katanya sukar difahami tapi once dah faham otak aku seakan-akan berkerja keras untuk hadam lepas tu mula relate dengan diri sendiri pulak. Dah ada persoalan mestilah perlu ada jawapan, so setelah tu aku akan cuba mencedok jawapan dari pelbagai segi. Haa faham tak apa yang aku cuba sampaikan?

Selain tu, banyak ayat yang menusuk hati; buat aku terfikir beberapa kali pasal kehidupan, buat aku rasa lebih ingin menghargai sahabat-sahabat aku. Hmmm.

Akulah tu kut, nak cakap sayang pun susah. Sobs. 
Baca part nilah yang buat teringat kat sahabat.

Suka bila graphic dan quote disekalikan sebelah-menyebelah macam ni.

Tajuk ni favourite ♥

So... itu je kut? Diharapkan lebih banyak lagi buku-buku macam ni keluar di pasaran. Barulah rasa macam tak membazir duit. Hohohoo.

12/10/15

Failed

Assalamualaikum~

So sebenarnya diri ini telah berjanji kepada dirinya sendiri untuk meng-hapload gambar-gambar artwork-nya tidak kira cantik atau buruk. Huwaaa.

Sejak dua menjak ni asyik experience mood swing je sehingga memberi impak kepada karya seni iollz TT___TT

Close up?

Title: "Blindfolded"
Duration: Four and a half hours.
Materials:  Daler Rowney 12ml Simply Gouache Set, Shamal A4 paper (200 gsm), Unicorn 251 Wooden Handle Nylon Brush Set + some cheap brushes.

Ok so this one is a failed fan art bhahahah

Title: 김태형 Je Ne Regrette Rien (후회하지 않아)
Duration: approximately 6 hours
Materials:  Daler Rowney 12ml Simply Gouache Set, Shamal A4 paper (200 gsm), Unicorn 251 Wooden Handle Nylon Brush Set + some cheap brushes.

Better luck next time, Aisya.

11 questions

Assalamualaikum.

Oh ada orang tag kitee lagi~ Thanks Kak Ajan sebab tag. ^^ Hamba akan memberikan jawapan-jawapan yang sarat dengan keikhlasan dan keanggunan sejati /insert kelopak-kelopak mawar jatuh dari langit/

It's a tag post and the rules are pretty simple:
You have to answer 11 questions by the blogger you were tagged by. Then when you're done answering, you tag 10 bloggers of your choice to answer the questions you leave for them! No compulsion if you do not want to do it ya. Tiada paksaan :) This is just for fun! So i could get to know you better!

1. Taip nama panjang korang tanpa melihat keyboard.
suru austag mohf odjsk
/hahaha macam nama orang Rusia/

2. Mars or Snickers?
Snickers!

3. Tengah basuh muka, lepas tu buka mata sikit tengok cermin ternampak lipas terbang. Korang....
"AAAAAaaaaa!!!!" jerit dengan vokal tinggi sejibik macam masa Doraemon nampak tikus.




4. Tempat korang taip entry ni.
Dalam bilik belajar menggunakan keyboard pada laptop.

5. Social account pertama korang?
Friendster! Zaman tu kat rumah still takde Internet, siap suruh kawan buatkan akaun Friendster. Dah lah password kelakar.

6. Mention kawan blogger korang (letak link sekali)
Ramai kawan blogger yang dah tak berblogging (tapi masih saling follow @ Twitter). Currently ada dua orang blogger yang sentiasa diingati dan berharap akan jumpa face to face (romantiknye euw):-
Aisyah Azizon. 
Kak Farah.

7. Current favorite song.
BTS - Butterfly.

8. Benda yang korang menyesal beli.
Baju-baju yang dibeli secara online. Model pakai lawa, sendiri pakai macam... huh? Bila kawan-kawan tegur, "eh Aisya lawan baju~" terasa diperli pula.

9. Recommend a movie.
I rarely watch movies. Sowwy~

10. Animal that resemble you guys.

11. Promote your social account (contoh: Instagram, vine, snapchat, twitter, wechat, line and banyak lagi lah)
Instagram, Twitter, Tumblr.

Hamba begitu malas untuk tag orang lain. Takpe kut. Sekian terima kasih~

10 soalan temu bual akhbar untuk Aisyasakura

Assalamualaikum.

Cik Liyana telahpun mengajukan selonggok soalan kepada tuan blog ini. Let's check it out!

1. Asal mana? Cuba cerita sikit apa yang boleh anda banggakan tentang negeri anda.
Asal, Selangor. Orang Selangor SWAGG yoooo~ Dekat Selangor pun ada tanam padi. Saya sungguh bangga. *sengih sehingga menampakkan gigi yang ada kulit cili terselit*

2. Benda apa yang anda terlalu addict?
k-ent., online shopping, coklat mahal dan berjenama.

3. Apa pandangan anda terhadap manusia yang judgemental?
Sesungguhnya saya memandang manusia yang judgemental dengan pandangan sedih. Semoga mereka berubah. Aamiiin...

4. Agaknya siapa yang anda akan jadi in the next 15 years? Ceritakan kehidupan yang anda boleh bayangkan.
Dr. Aisyah. InsyaaAllah. Maybe a wife and a mother of two. I don't even know whether I'd still be alive when the time comes.
Busy, jarang jumpa family, kalau orang call tak angkat, tak cukup makan, berat turun (paling anticipate), eyebag berkilo-kilo and... lagi dekat dengan Pencipta (hopefully).

5. Ceritakan tempat yang anda idamkan tapi tak pernah ada kesempatan lagi.
Kesempatan apa? Kesempatan untuk ke sana ke? Sementara masih remaja muda teringin nak melancong kat Korea dan Jepun. Sebelum mati nak ke Mekah.

6. Cerita kanak-kanak yang tak boleh dilupakan.
Banyak. Digimon, Anak-anak Sidek, Kampung Boy... tapi paling tak boleh lupa Cardcaptor Sakura of course~

7. Pujian yang anda selalu harapkan dari orang. hahaha
Semua pujian yang berkaitan dengan kebolehan dan fizikal? pfftt.

8. Satu ayat untuk kawan yang 'makan' kawan.
"Nasi lemak, sate, laksa semua ada, kenapa nak makan kawan?"

9. Satu perkataan yang mencerminkan diri anda.

10. Cliche ; pendapat jujur tentang blog ' The Talking Diary ' liyana ni . huhuhuhu
Tulisan kat blog warna cair sangat mungkin? Maaf sebab mata saya tak elok sangat T__T

Done! soalan temu bual akhbar lah sangat =..= hewhew. Takpe kot kalau tak tag orang lain.
Ok pai pai~

Painting practice

Assalamualaikum.

So hari-hari bukak pintu kabinet buku, rasa kecian pulak dekat Daler Rowney 12ml Simply Gouache Set iolls. Kecian dia dipinggirkan kerana tuannya begitu malas hendak melukis. Disebabkan banyak masa terluang, terus capai brushes, palette, gouache set dan mulakan misi.

WIP; work in progress

Pernah try portrait painting jugak dulu, dalam entry ni. So this one is my second attempt of portrait painting. I think it's better than the previous one (pssttt ye tahu rambut tak jadi sobs). A million thanks to my best friend, Mid (nama glamour) sebab belanja iolls kertas. Betullah dia cakap, kertas 200 gsm tak tembus kalau guna water colour hohoho I'll use them well ♥

Pandang apa tu cik abang~

Fan art of: 김석진 Papillon (나비)
Duration: approximately 5 hours
Materials:  Daler Rowney 12ml Simply Gouache Set, Shamal A4 paper (200 gsm), Unicorn 251 Wooden Handle Nylon Brush Set + some cheap brushes.

Keesokan harinya try lukis pemandangan pulak. Nak bandingkan antara portrait dengan scenery mana lagi senang. I think portrait lagi senang sebab scenery banyak sangat details and selalu fail part colour blending TT____TT Dua-dua susah sebenarnya. Berjam-jam nak siapkan.

Title: ''Standing still"
Duration: approximately 6 hours
Material:  Daler Rowney 12ml Simply Gouache Set, Shamal A4 paper (200 gsm), Unicorn 251 Wooden Handle Nylon Brush Set + some cheap brushes.
Caption: HAHAHA at least I tried ㅠㅠ

12/2/15

What you should know before marriage

Assalamualaikum.

So semalam tak boleh tidur walaupun cuba memejamkan mata lama-lama. Last-last capai phone kat sebelah, scroll Twitter, terjumpa link video ni. Hmm yeaa terlepas tengok live sobs.


Mula-mula tengok video ni excited iolls taw sebab ada Nadrah, anak kepada Maria Elena. Sedar tak sedar tertengok sampai habis. Kak Maria Elena super kelakar hahahahahah. Bro Aiman Azlan macam biasalah, pandai cakap English hahaha.

Apa yang dapat diperkatakan, aku bukanlah tergolong dalam kelompok manusia yang suka berfantasi bahawa perkahwinan tu indah (dengan konfidennya puii). Bahkan aku tak suka rapat dengan lelaki (kecuali family). Aku tak suka kalau dapat lecturer lelaki, doktor lelaki, group assignment dengan lelaki, etc. Kawan-kawan aku ada boyfriend pun aku tak suka. Sebabnya aku takut dengan lelaki TT___TT

Pernah sekali tu aku sorang-sorang dalam lif, nak ke tingkat bawah sekali, tiba-tiba sampai tingkat 3 kot, lif tu berhenti nak ambik lagi penumpang (penumpang apebendenye ingat ni teksi ke). Pintu lif terbukak sampai aku cuak sebab tak nak lelaki masuk lolol punya gigih aku tekan button tutup pintu lif. Pintu lif tetap terbukak dengan begitu luasnya, seakan-akan dengki dengan diriku. Ada sorang laki dah nak masuk, terus dia tak jadi melangkah bila nampak aku seorang diri dalam tu. Fuhh, selamattttt.

Maria Elena ada jugak cakap pasal perempuan tak pandai masak. Part ni aku macam gedebush sikit hahaha. Sejak lepas SPM aku cuba belajar masak sorang-sorang. Aku mula belajar buat kek, belajar buat pancake, lempeng, nasi goreng lolol and masak benda-benda senang. Semua belajar guna Internet sampai nak goreng pisang pun siap google berapa ratio tepung gandum dengan tepung beras kahkah. Aku masih dalam proses belajar masak sodap-sodap tapi personally aku tak rasa masak tu sesusah Add Maths hohoho. "Chill laa, semua tu boleh belajar~"

Ada jugak dibangkitkan pasal jangan terpengaruh dengan married life dalam drama. Pasal ni memang iolls setuju 200%. Aku memang dah lama stop baca novel cintan-cintun Melayu and drama TV3 time maghrib tu. I prefer family-themed K-dramas kuikuikui.

Ada jugak dibangkitkan pasal ni. Good point.

Banyak lagi perkara yang dibangkitkan dalam video ni. Pasal parenting, expectations before marriage, dan lain-lain. Sepanjang tengok asyik gelak je sebab kelakar sangat. 

Mungkin akan delete entry ni bila baca balik *nyorok dalam almari* *almari retak sebab terlebih muatan*