12/30/16

Mini photobook from Photobook Malaysia

Assalamualaikum. Hai. 

Dulu pernah buat entry pasal Hermo punya free gift, dan salah satu gift-nya ialah coupon untuk tebus free 6inchxinch photobook dekat Photobook Malaysia. Actually dia bagi pilihan sama ada nak photo prints atau photobook tapi aku pilih photobook. 

Yang sedihnya... postage kena tanggung sendiri hakhak. Tapi amat berbaloi tebus sebab harga photobook ni RM79 tapi sebab coupon dapatlah free. Kalau tak silap haritu aku subscribe dia punya news kat email pun dia kasi code untuk tebus free jugak. Sesape yang berminat boleh subscribe sekarang dekat Photobook Malaysia (ini bukan sponsored).

Meh sini iolls reveal hasilnya! Jeng jeng jeng!

Ini sampul photobook tu.

 
Bahagian depan dan belakang photobook aku pilih gambar ni. Gambar diambil di Cameron Highlands menggunakan phone. Diedit menggunakan Vscocam. Dia punya printing quality sangat daebak hokay! Sangat lawa kalau tengok depan-depan!

 
Lagi gambar di Cameron Highlands huhuhu.

 

 
Banyak gambar dekat Cameron Highlands dengan gambar yang pernah aku lukis je pun. Maklumlah kalau buat photobook gambar sendiri tak sanggup nak nengoknye.

Haruslah meletakkan karya anda.

This is my fav page out of all. Aku hantar lukisan Korea tu dekat KBS World punya contest pastu dapat no. 6 daripada beribu-ribu contestants *sobs* bangga jap.


This photobook turned out amazing. Kualiti kertas dengan printing dia memang terbaiklah (tapi kena tengok depan-depan dengan mata sendiri). Hohoho kbai tu je. Peace yo!

12/12/16

Gunung Brinchang | Air Terjun Sungai Pandan | Gambang Waterpark

Assalamualaikum. Hai semua.

Sempena musim cuti sekolah ni eloklah kiranya iolls mempromosikan kempen cuti-cuti Malaysia. Nak release stress tak semestinya kena pergi Paris beb, Malaysia pun boleh kerana Malaysia boleh! (aku pun ragu-ragu dengan statement ni ekceli tapi muka kena konfiden *muka serius*).

Disebabkan aku sedang menyambung pelajaran di Kuantan makanya aku hanya mampu mempromosikan tempat dekat Pahang je. Tak mampu iolls nak gi jauh-jauh.

1. Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.

Seumur hidup aku tak pernah sedar pun kewujudan Gunung Brinchang ni, sehinggalah pada waktu itu umur aku mencecah 18 tahun, aku dibawa ke lokasi ini. Dia kira macam throwback dua tahun lepas la ni.

Gunung Brinchang ni dekat area Cameron Highlands je. Cuma Cameron Highlands fofular yang ladang teh semua tu la. Tak perlulah kot nak promote sebab semua orang tahu. Aku hanya mahu mempromosikan Abang Brinchang kita yang agak underrated ini (euww aku panggil gunung abang?).

Aku personally suka Mossy Forest yang ada dekat area situ. Bila masuk fefeeling dia macam sesat dalam hutan Harry Potter (menipu). Aku cuba mencari kelibat Ron Weasley tetapi hampa.

 
Lumut, atau nama saintifiknya mosscrepe banyak melekat di pokok-pokok di sini :P

Tanpa papan tanda ini aku barangkali akan menamakanmu Hutan Voldemort. Terima kasih papan tanda *bagi flying kiss*

Papan tanda ini pula amat berguna buat guru-guru Geografi se-Malaysia (acah).

 
Tudiaaa tinggi baqhang!

Dah sampai puncak kena naik tangga menara besi ni. Siapa gayat sila menangis. Nasib baik aku superwoman relax je tak gayat pung ahaks.

 
Dari atas menara. Nampak pokok je tapi kalau anda pencinta alam (seperti saya) anda akan menyukainya.

Eh akak-akak kat bawah tu takmo ber-fotosintesis bersama iolls ke.

2. Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan, Pahang.

Dinamakan Air Terjun Sungai Pandan kerana airnya mengeluarkan aroma daun pandan, air terjun ini terletak di Kuantan menurut Google Maps (tak tau la kot-kot Encik Google tipu iolls yang pasti iolls yang tipu uolls berkenan bau air sungai ini). Apa yang pasti kawan aku cakap air dia bersih sebab ada water strider.

Kalau nak berkelah boleh pergi sini. Takdelah gah mana air terjun dia tapi okaylah kalau nak berkelah. Bawak sandwich dan tembikai dan air teh (eh ini cadangan je. Nak bawak chicken chop/pizza pergi berkelah pun terpulanglah).



Motip aku ingin ke sini sebab ada jambatan gantung. Malangnya jambatan gantung ni pendek je. Tak mencabar kewibawaan aku sebagai seorang superwoman la pulak. hashtag jambatan ke hati awak ciaciacia

 

Tembikai ni kitorang bawak sebijik gedabak camni pastu letak kat celah batu air mengalir konon nak bagi sejuk. Sejuk la jugak, SIKIT. Aku lupa ni sungai Malaysia, bukan Korea lol. Pastu potong dua camni, makan korek guna sudu (eh tapi kami korek guna pisau, jangan tiru aksi kami). Then boleh letak air teh o dalam mangkuk tembikai ni, sedap beb! Rasa teh o + tembikai!

3. Gambang Waterpark, Gambang, Pahang.

Aku pernah pergi dua kali. Kali pertama tu untuk main dekat waterpark. Kali kedua sebab ada graduation asasi buat kat sini (pastu siap sewa bilik, apakah?!). Percutian aku paling ekstrem dekat Gambang Waterpark ni sebab kitorang pergi sewa bilik hotel pastu duduk ramai-ramai satu malam dekat sini (last-last main swimming pool je pastu balik). Kenangan sobs sobs. 

 

Haruslah menge-show-off-kan pass masuk anda.

Masa main air tu takde gambarlah pulak. Phone masuk loker TT^TT Tapi aku paling suka gelongsor yang naik ramai-ramai tu. Satu pelampung naik 5 orang pastu sepanjang gelongsor yang berdurasi hampir seminit itu, jeritlah kau! Ada lagi satu yang macam terusan yang akan pusing balik tempat sama, naik pelampung ramai-ramai jugak, siap boleh borak-borak. Then ombak datang kelam-kabutlah kau! (Rugi anda baca perenggan ni, tak faham apa iolls merepek)

View from atas hotel room. Arabian Bay Resort. See the swimming pool?

Room kitorang pick ada dua bilik dalam tu and satu ruang tamu and satu pantri siap ada dining table. Kalau tak silap level second paling atas. Tu pasal boleh ushar orang bawah.

Swimming pool dia paras leher aku. Aku tak pandai berenang sobssss jadinya aku berjengket je sepanjang dalam pool. Sadis. Nak buat kuak lentang kuak kupu-kupu kuak chimpanzee semua boleh beb!! Aku dengan geng siap buat renang berirama lol.

Sekian sahaja entri kali ini. Banyak lagi tempat menarik di Pahang yang boleh anda lawati. Sesungguhnya entri kali ini membuatkan aku rasa lagi Pahang daripada orang Pahang sendiri kahkah. Akhir kata, cuti-cuti Malaysiaaaaaa.

12/9/16

Medical School

Assalamualaikum. Hai semua.

Finally ada masa nak jenguk blog. I miss blogging T^T Rasa macam nak edit balik template semua and buat entries banyak-banyak and simpan dalam draft pastu auto-post bila tengah musim busy. But do I even have time?????

Honestly life aku sekarang macam dah berpusing 360 darjah. At the age of 20, I finally entered medschool. I'm so grateful to be here even though I feel like I'm being left behind because most of my friends are already in their second year of undergraduate study (/coughs/ I took 2-year foundation programme so yeah...). I remember all of those sleepless nights during SPM time; I worked so hard to get into my desired learning institution but I realised all of the things I thought was challenging are just chicken's feet compared to what I have to face in the near future.

I barely started but why am I feeling exhausted already?

1. When you don't remember what you're supposed to remember.



We have to learn a lot of new things in a short time. There are a lot of details to memorize. Most of the time I forgot what I've memorized because I didn't repeat/try to recall. You know that human body is just too complex with all the muscles, bones, tissues, blood vessels, enzymes and all... and when Dr. asks you something and you can't answer even though it's just a basic thing you're supposed to know and you feel troubled because everyone's eyes are on you... you feel like your self-esteem just got snatched away by a thief.

2. When motivation is all you need but it's nowhere to be found.



You see everyone around you study. They're everywhere with books and notes. They talk about muscles and bones and enzymes and diseases and infections during lunch or even in the toilet. Again, you feel disturbed because you just want a break and enjoy your free time in a stress-free condition but this bunch of hardworking students is everywhere around you and you feel like you're committing the biggest sin to only scroll down your Instagram feed. You want motivation but it's nowhere to be found. Your test result isn't at all great and you know you have to work harder but you don't know where to start. You know that the exam questions will always be tough no matter how hard you study so you have to study.

3. When you're fighting with your inner self.



When you're facing a problem but it's just too personal that you can't even tell anyone because it's too embarrassing. You're scared of getting judged by your friends even though they're your close friends who'd spend some time to hear you out. You hate yourself too much because you let the problem eats you when you have a lot of other things to worry about. The only option left is to pray because you know Allah is the only one you have so you desperately beg Him to guide you to the straight path.

4. When you can no longer do the things you've always enjoyed.



Painting, drawing, watching dramas, movies, blogging and all the things you find entertaining are now the things you can no longer do (more like, can't do too often but on the positive side, my time is saved from doing useless things) because again, you feel like committing the biggest sin if you do something other than studying. Everything is not the same anymore. Getting good grades with last minute study or without putting too much effort was achievable for you but now it's just a distant memory. Nothing is easy. Everything will just get harder and you have no other options left other than realising that growing up is a pain.

5. When you feel guilty to the ones you love.

When you have to self-sponsor your studies because the government has no money and scholarship no longer exists during your time so your parents have to support you financially... You feel helpless because it seems like money is everything now and everything needs money. Not only that, the longest "holiday" you can ever get is only 1 week and you don't get to see your family often even when you miss them all the time. You feel like you're a useless daughter because even if you study hard, it won't determine anything. Getting a job is not easy anymore and you can't stop worrying.

And... apa yang aku taip panjang-panjang ni is not even half of what I want to say. Banyak nak luahkan tapi tak perlu pun sebenarnya hahahaha.

Semoga Allah beri kekuatan kepada semua. Tadabbur Al-Quran dan cuba ingat balik tujuan kita dicipta. Hidup dekat dunia ni bukan untuk bergembira dan bersuka ria sepanjang masa. Kalau nak bergembira tunggu dekat syurga sana.

10/29/16

Trying out disposable aluminium foil pan from Daiso!

Assalamualaikum. Hai.

Serious takde idea nak update apa. Hidup aku tak berapa nak menarik kot. Kalau menarik pun tak menarik bagi korang (Contohnya belek belek mayat, belek belek tulang belulang/tengkorak, belajar anatomy, physiology, biochemistry, study, discussion... and yang sewaktu dengannya). kuikuikui.

I'm still struggling untuk membahagikan masa secara efisien so that I'd have time for myself. (Rindu nak melukis sobsss)

Hobi kedua aku selain melukis ialah baking! Tapi biasanya aku baking pastu makan terus; tak hias pun kek tu sebab aku je pun yang nak makannya. Kalau bagi kat bakal mak mentua baru aku hias kot.

Lagi satu, aku selalu tak sempat shopping bahan so guna bahan cikai je. Mix pun pakai sudu je. Tak guna butter, guna minyak masak je. lol ni kes sebab kempunan nak kek so main campak campak je.

Gambar gambar di bawah ni diambil masa raya 2016. Ekceli kali terakhir baking, aku buat cupcake masa raya haji tapi takde gambor pulak T^T Tak dapat nak show off bekas cupcake mr. diy tu polka dot warna pink gitteww (ya saya begitu obses terhadap warna pink sila jangan kecam).

RM5.30 pastu ada 6 pan kesemuanyaaa.

Disaster pertama: Aku terlupa bahawa aku beli esen vanilla tetapi tertinggal di Kuantan. So tak letak esen vanilla. Disaster kedua: Aku terlupa nak letak chocolate powder kerana otak sedikit lembab mengapa membaking kek pada pukul 2 pagi pada malam raya. Pastu tambah je la kranberi dan dried berries yang tersadai tepi meja untuk menyelamatkan rasa.

Disaster ketiga: Oven kat rumah rosak! (mengambil masa berjam jam untuk membakar) so aku tuang batter nipis je supaya tak lambat sangat masak (itu pun 2 jam sobs nak oven baru pls). Banyak kali aku keluarkan kek dari oven nak check dah masak ke belum tu pasal banyak kesan cucuk cucuk lol.

 
Walaupun membazir sampai dua bekas dan kek yang begitu nipis, bolehlah isi perut sambil menonton drama ni petang raya.

Resipi? Yang ni lebih kurang je macam resipi mug kek aku pernah share sebelum ni. Cuma terlupa letak chocolate powder and esen vanilla takde huhuhu. Sila google resipi kek coklat mug aisyasakura (dasar pemalas nak bagi link).

Konklusinya, Daiso pun banyak barang baking yang comel comel! Rasa macam nak beli semua sebab comel sangat tapi takpe la.

10/6/16

Happy birthday to me!

Assalamualaikum dan hai semuaaaa.

Serious busy sangat life sekarang sampai rasa macam tak nak update blog. Banyak lagi komitmen lain. Tapi hari ni birthday iolls so rajinkan diri tetiba ahhaha.


Kita suka take for granted little things in life macam, dapat parents yang baik, dapat kawan yang memahami, dapat makan tiap tiap hari, dan sebagainya.

“Sangat sedikit sekali di antara hamba-Ku yang mau bersyukur.” (QS. Saba’: 13).

So sebelum tidur pukul 2 pagi enam oktober, aku susah nak lelap maybe sebab happy sangat. Seingat aku, tiap tiap kali birthday aku je, aku mesti sedih, tak pun nangis. Tapi hari ni Allah bagi nikmat kegembiraan walaupun hakikatnya tiada yang kekal, aku bersyukur sangat sangat.

My reasons to be happy:

  • Aku join theatre buat pertama kalinya dalam hidup. Dari kecik teringin nak berlakon, hahaha rasa macam dream comes true birthday yang ke 20 dapat rasa debut stage? (poyo)
  • Kawan kawan baru nyanyi lagu happy birthday untuk aku walaupun aku yang buat muka tak malu pergi cakap, "eh by the way esok birthday saya." Perkara tersebut berlaku kerana kebetulan ada orang belanja kek.
  • Balik bilik pada jam 12.30 malam, kena serangan bedak dan belon daripada roommates. Contohilah mereka ya, gunalah bedak instead of tepung. Tidaklah membazir makanan dan birthday girl juga akan berbau harum sejurus selepas itu.
  • Tahun lepas dalam diary aku, aku catat, "nak ucap thanks dekat my mom pada hari ulangtahun kelahiran aku", dan mission accomplished.
  • Dapat hadiah warna pink? Ustaz aku pernah cakap, "Hadiyyah can melt someone's heart."

 

 
Inilah yang terjadi apabila iolls begitu obses terhadap warna pink.


Maaf gambar tak berkualiti. Guna kamera phone je, nak cepat. 
Terima kasih buat yang mengirim doa, terima kasih daun keladi kepada yang wish.
Ada rezeki, kita jumpa lagi :)

9/11/16

Cenderahati ekslusif sebagai hadiah!

Assalamualaikum. Hai.

Birthday kawan dah nak dekat tapi tak tahu nak bagi apa? Nak cari barang ekslusif yang tak semua orang ada? Peminat seni? Nak totebag baru bawa pergi kelas? Nak square pillow untuk hias katil ala ala gambar Tumblr? Inginkan keunikan? Meh sini meh meh.


NOTA:
  • Harga postage ditentukan mengikut berat item dan destinasi pengeposan.
  • Setakat ni, designs yang di bawah sahaja available. Tapi, kalau nak request design lain pun boleh. Sila PM saya.

Semua barang-barang ni baru je released, exclusively designed by Aisyasakura cewwah. Ada totebag, mug, sling bag, pouch bag, throw pillow, dan juga prints yang high quality sebagai penghias dinding bilik anda!

1. Prints



Art prints


High quality art printed on premium 310g Pura Velvet™, bright white, water-resistant velvet fine art archival paper made from 100% cotton fiber and is acid and lignin free.

Frame is not included.

Art print prices:
XS: RM30
S: RM60
M: RM100
L: RM170
XL: RM230
(TIDAK TERMASUK POSTAGE)

Canvas prints


Canvas prints are produced on state-of-the-art, professional grade Epson Printers. We use Lyve™ premium matte, archival certified and acid free canvases with EPSON UltraChrome archival inks to guarantee that your prints will last a lifetime, without fading or loss of colours.

 
The printed image are then stretched on a wooden frame. All stretched canvas arrived ready to hang with pre-attached hanging wire. Stretch canvases looks beautiful with or without additional frame.

Canvas print prices: 
A4: RM60
A3: RM110
A2: RM170
A1: RM300
A0: RM480
(TIDAK TERMASUK POSTAGE)







2. Totebag

Price: RM60 (TIDAK TERMASUK POSTAGE)
Size: 15x15 inch.
Printed on both sides.
Washable. Warna takkan luntur.
With zipper closure.
With straps and inner lining.


3. Throw pillow

Available in three square sizes: 16", 18",  20"
Selected design printed on both sides
Concealed zipper for a seamless and professional look
Made from 100% polyester soft touch twill fabric

With or without polyester fibre insert

S: RM55 (cover only) / RM65 (with pillow insert)
M: RM65 (cover only) / RM75 (with pillow insert)
L: RM85 (cover only) / RM95 (with pillow insert)
(TIDAK TERMASUK POSTAGE)


4. Pouch bag

Boleh letak alat mekap, dijadikan stationery case, dan sebagainya.
Landscape :  10 x 7.5in
Printed on both sides
Wrist strap
Fabric inner lining
Zip closure

Price: RM35 (TIDAK TERMASUK POSTAGE)

Food mania Pouch Bag Korean traditional village Pouch Bag Standing still Pouch Bag
Hanbok Pouch Bag What is heart? Pouch Bag Ukhuwah Pouch Bag
flower jar Pouch Bag Tree of dream Pouch Bag EXO Moonlight lyrics typography Pouch Bag
5. Sling bag

Landscape : 8 x 6in (S) , 10 x 7.5in (L)
Portrait : 6 x 8in (S) , 7.5 x 10in (L)
Printed on both sides
Fabric strap (50 inch)
Fabric inner lining
Zip closure

Price: RM40 (Small) / RM45 (Large)
(TIDAK TERMASUK POSTAGE)

Food mania Sling Bag Korean traditional village Sling Bag Standing still Sling Bag
Hanbok Sling Bag What is heart? Sling Bag Ukhuwah Sling Bag
flower jar Sling Bag Tree of dream Sling Bag EXO Moonlight lyrics typography Sling Bag
6. Mug

Standard 11oz / 325ml
Wrap-around prints
Large handle
Made by ceramic

Price: RM28 (TIDAK TERMASUK POSTAGE)

 Korean traditional village Mug 
Hanbok Mug What is heart? MugUkhuwah Mug
flower jar Mug Tree of dream Mug EXO Moonlight lyrics typography Mug

Berminat untuk order? Sila contact 017-2648947 (Whatsapp) atau email kepada aisyasakura@gmail.com ; Hantarkan nama, alamat, no. telefon, jenis item yang ingin ditempah (TOTEBAG/MUG/SLING BAG/CANVAS PRINT/ETC), nama design (HANBOK/STANDING STILL/ETC), dan kuantiti.