1/19/16

MYNY Cafe

Assalamualaikum.

Disebabkan takde idea tak hapdet pasal apa, nak cerita pasal makanan. So semalam pertama kali singgah kat MYNY Cafe ni. MYNY tu singkatan untuk Malaysia New York. Setahu aku MYNY Cafe ni ada tiga cawangan dekat area Kuantan, Pahang. Air Putih, Indera Mahkota, dan jugak Taman Tas. Iolls pergi Taman Tas punya cawangan so yang lain tak tahu sangat hewhew. Dekat negeri lain belum ada. Kalau singgah ke Kuantan bolehlah cuba :-)

ABOUT MYNY
MYNY's one-of-a-kind New York-inspired cafe lets most of the best New York food take center stage. From buns and bread, cheesecakes, cakes, pizza, burger, spaghetti, milkshakes and not to mention, our signature MYNY Cookies which is already whole over Big City in Malaysia. All of our product here is carefully made with the original recipe that being brought - nearly 15,000 km - from New York.

All ingredients are strictly inspected by MYNY team to ensure that all products and ingredients meet Halal requirements as well as all food related safety protocols.

Dasar pemalas sampai ayat pun cilok kat website.

Sebenarnya disebabkan aku dah lunch dah masa tu, aku cuma order blueberry cheesecake dengan air je. Ada lah jugak rompak kawan punya macaroon. Jakun sebentar iolls dibuatnya sebab first time nampak macaroon in real life.

Sweetness overload.

Malu-malu meow nak pergi dekat sampai sanggup zoom. Berangan jadi penyiasat upahan kejap.

Banyak sangat dalam menu sampai nak pilih makanan pun berjam-jam. Biasalah perempuan...

Kawan-kawan aku mostly order makanan Malaysia instead of "New York". Menu #ThisIsMalaysia dia bagi dalam kertas laminate punya. Ada ayam berempah, ayam masak merah, ayam butter (rupa dia macam masak lomak), kueteow, and apa tah lagi. Tak ingat nama betulnya apa. Portion, boleh tahan banyak (sorry takde gambar). Tapi kawan aku cakap datang situ better pilih makanan "New York".


Perasaan kasih sayangku kepada cheesecake takkan pudar T_T
Cheesecake ni tak muak hokay. Kriuk kriuk blueberry dia jelas terasa sedapnya!

Password wifi pun nak ambil gambar

Deco deco bersama Eric
(walaupun Eric Leong tidak terlibat)

??????????????

Spaghetti pun banyak je nampak tapi kawan aku berjaya habiskan wuuu rasa nak ucap tahniah. Kawan aku ada bagi rasa pizza and yessss I LOVE PIZZA. Cuma masa tu pizza dah sejuk sobs sobs. Kalau masih panas mesti lagi sedap.

Iced Americano. Kawan aku kata, "pahitnya!"
Dah nama pun kopi, mestilah pahit. Tapi bagi aku tak cukup pahit sebab banyak lagi kopi pahit yang pernah aku rasa. Aku suka kopi pahit!

Dapat free dua paket tapi kawan ambik huuu tak dapat rasa.


Pie pun boleh ada atas langit.

Gambar dirompak daripada Encik Google.

Antara yang fofular di sini.

MYNY Cafe ~ Air Putih, Kuantan
No. 68, Jalan Air Putih 25300, Kuantan, Pahang
TEL: 09 - 560 0863

MYNY Cafe ~ Indera Mahkota, Kuantan
A55 & 57, Jalan IM 7/1, Jalan Kompleks KDN, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan, Pahang
Tel:  09 - 573 0870

MYNY Cafe ~ Taman Tas, Kuantan
No.B-38, Lorong Pandan Damai 3, Perumahan Pandan Damai, 26070 Kuantan, Pahang
Tel:  09 - 538 1185

8 comments:

  1. huwaaa macam best je. teringin nak buat food hunting ke kedai macam nii. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Adik akak yang kat Kuantan tu entah tahu ke tak pasal kewujudan kedai ni.

    ReplyDelete
  3. Dah lama rasa nak makan macaron lepas tgk cita karipap stroberi, tapi belum ku jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, ni pun first time saya jumpa. jakun kejap masa tu lolol

      Delete
  4. Upsss semua branch dekat Kuantan ehh? Hehe. Takpe takpe, tunggu dia bukak dekat area Selangor or KL hehe. Macaroon tuuu awhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selangor KL lagi melambak kafe hipsturrr huhuuuu

      Delete