1/22/16

Nobita-ed

Assalamualaikum.
Sejak duamenjak ni banyak peristiwa malang menimpa diriku.

Kalau setakat kaki tertendang kerusi, phone terjunam atas muka, phone terjatuh atas kaki, cream puff yang baru dimakan separuh terjatuh atas lantai kotor, air pepsi baru beli tak minum lagi jatuh menjunam atas rumput sehingga tumpah, ataupun air milo tertumpah atas newly washed and ironed tudung sambil diketawakan oleh mamat sekeliling,.. aku tak kisah. I've always been clumsy.

Cuma, kadang-kadang kita lupa yang Allah Maha Berkuasa untuk gantikan setiap kepahitan tu dengan kemanisan.

"So verily, along with every hardship is relief.
Verily, along with every hardship is relief."
(Ash-Sharh: 5-6)

Peristiwa 1:
Pada hari tu aku sangat pemurah (kepada diri aku sendiri fufufu). Selalunya aku lunch nasi dengan ayam je, total: RM3. Cuma hari tu aku siap beli nasi dengan lauk ikan keli goreng lada besar gedabak + sayur. Total: RM4.80. I WAS SO EXCITED BEB IT'S MY FAV LAUK YUHUUUU. Sementara akak cafe bungkuskan makanan aku, mata aku terlalu fokus mengeluarkan wallet daripada beg. Sedang aku gaul-gaul duit dalam wallet ala-ala gaul dodol gittew, tanpa aku sedari ada sorang sisturrr yang letak bungkusan makanan dia sebelah bungkusan makanan aku. Lepas dah bayar, aku macam, "erkkk? mana satu makanan aku ni?". Sebab nak cepat, aku terus grab salah satu bungkusan kat situ dan bawa ke bilik hostel. Bila bukak bungkusan makanan tu, rupa-rupanya cuma ada NASI KOSONG je. KOSONG... KOSONG... KOSONG... LEBIH KOSONG DARIPADA LAGU KOSONG NYANYIAN NAJWA LATIF. I mean, where's my ikan keli mannn?! *tunjuk penumbuk gaya gangster* Aku gagahkan diri juga untuk turun ke cafe balik, dari tingkat 4 pulak tu. Rupanya bungkusan makanan aku masih terletak elok atas kaunter. Akak cafe tu cakap, "orang tu tercari-cari nasi kosong dia tadi". Aku terus pulangkan balik nasi kosong tadi tapi akak cafe suruh aku ambil je. Bertambah rezeki dapat nasi free (but i ended up not eating it)

Peristiwa 2:
This happened recently. Aku masa tu nak balik ke KL dari Kuantan guna bas ekspres. Aku perlu naik bas rapid untuk ke tempat naik bas ekspres tu. tbh aku tak suka naik bas sorang-sorang. First, aku penakut. Second, aku perempuan. Third, aku dah biasa ke mana-mana dengan kawan-kawan yang dah pakar dengan jalan sekitar dan public transport. So bila kena sorang-sorang aku nervous TT___TT Sementara bas rapid belum sampai destinasi yang ingin dituju, aku pun berlalala lululu dalam bas sambil menikmati pemandangan gittew. Bila bas dah nak dekat sampai destinasi, aku dah standby nak turun bas since driver bas dah slowkan bas so aku fikir dia memang nak berhenti so aku tak tekan loceng but then tetiba dia lajukan balik. TERKEZUT CHIMPANZEE IOLLS! There was a moment of hesitation nak tekan loceng ke tak nak tapi dah terlambat sebab bas meluncur laju dan dah jauh daripada destinasi sepatutnya. Aku bagitau driver bas bahawa aku sudahpun terlajak laris (baca: terlajak hingga nak nangis). Rupanya driver tu ingat aku nak turun kat destinasi lain dan aku sepatutnya tekan loceng. Aku terus turun dari situ dan pasrah. Apa lagi aku nak buat kan? Terpaksa la aku jalan kaki patah balik WALAUPUN DESTINASI SEPATUTNYA DAH JAUHHHH. Dan ya, aku seorang diri. Masa tu aku ada masa lagi 20 minit untuk board bas ekspres. Aku malas nak nangis atau takut sebab ingatkan kalau jalan tu sampai lah kan. Jalan punya jalan, dah nak 20 minit aku jalan aku nampak destinasi aku tu nun jaaauhhhh di sana. Aku sangat penat dan haus. Jantung aku berdegup kencang umpama bertemu crush; menandakan aku tak cukup stamina. Kereta-kereta yang lalu lalang banyak yang hon kat aku. Mungkin mereka berasa aneh melihat seorang gadis berjubah hitam bertudung labuh persis ustazah pilihan (obvious sangat ke aku menipu?) dengan menyandang beg berat sedang berjalan kaki seorang diri di bawah mentari? 

Tiba-tiba, ada satu kereta berhenti sebelah aku. Kenapa ya?

Ya, tekaan anda tepat. Dia ajak aku tumpang. Ada sorang laki dan seorang perempuan dalam kereta tu. Suami isteri barangkali? Dua-dua muka baik dan ada gaya student. Aku bagitau yang aku nak ke bus stop depan tu je (padahal jauh sobs). Mereka kata takpe~ Tanpa segan silu atau syak wasangka, aku menyombatkan diriku yang agak kurus ni ke dalam kereta kocik tersebut; terus tumpang. Masa ni takde moment of hesitation.

My jubah was full of kemuncups because I walked on grass.

And yeah, aku selamat sampai ke destinasi dan selamat naik bas ke KL. I thanked them two times and terus rasa sebak sebab bersyukur sangat nothing bad happened. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. Masa tu hati aku berdoa semoga Allah tolong mereka pulak waktu mereka susah nanti.

"Fate doesn't come around at any time. To use the word fate, it has to be a dramatic moment brought by coincidence - that what makes it fate. That's why another word for fate is timing."
"In the end, fate and timing do not just happen out of coincidence. They are products of ardent desire and earnest, simple choices that make up miraculous moments. Being resolute, making decisions without hesitation - that is what makes timing."
-- Kim Junghwan | Reply 1988
Quoted from my fav drama.

Bila difikirkan balik, aku selalu sangat hesitate. So... I can't blame fate for that.


20 comments:

  1. My tempered glass just 'patah' today... for the second time TTwTT.

    Alhamdulillah, makin susah to 'accept' good deeds from strangers nowadays. It warms my heart to read that someone out there still bantu org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... selalu kita akan question betul ke orang tu berniat baik nak bantu?

      Delete
  2. penting untuk selalu bersangka baik kan. suka ayat tanpa syakwasangka

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kena selalu husnudzon. sometimes every thing is not as what it appears to be.

      Delete
  3. kesiannya kena berjalan jauh.. nasib ada org baik sudi tolong. semoga Allah balas kebaikan mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... sampai sekarang teringat kat mereka tu. moga Allah balas dengan kebaikan.

      Delete
  4. nasib kita lebih kurang sama plak :)

    ReplyDelete
  5. Seronok baca kisah-kisah yang ada hikmah macam ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya menaipnya dengan harapan ada lah hikmah walaupun seketul dua. huhuu

      Delete
  6. Alhamdulillah. Kadang rasa terlaluuuu bersyukur sangat kan bila orang terlalu baik dengan kita. Rasa macam ya Allah, masih wujud lagi orang sebaik ni. Syukurrr~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, masih ramai orang baik. kadang-kadang rasa macam yang tak baik tu diri kita je lolol. and it motivates me untuk buat baik dekat orang jugak :-)

      Delete
  7. Allah bagi peringatan dalam macam-macam cara kan? saja ja Dia nak test tahap kesabaran kita macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... and Dia takkan memberati hamba-Nya dengan sesuatu yang hamba-Nya tak terdaya untuk pikul :-)

      Delete
  8. Kisah yang menarik untuk kita berfikir yang di sebalik kesusahan tu, mesti ada kemanisan..

    ReplyDelete
  9. wahhh..seb baik ada orang bagi tumpang.. awak bernasib baik tw.. lain kali hati2 k..

    feel free to drop yr opinion on my latest etri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sobs... yup bersyukur sangat masa tu T___T

      Delete