2/27/16

Cara naikkan semangat belajar

Assalamualaikum ebelibadi.

Entah kenapa semester kali ni macam tak semangat sangat nak belajar. Sobs. Padahal selalu je jeling buku cuma keikhlasonnnnn (dan keberkatonnn mungkin?) tu tak ada. Tak caya sila tanya roommate iolls. Tidur masa lecture tu opkos lah kan. Itu sememangnya tradisi iolls sejak di bangku sekolah lagi. Aigoo bila lah nak insaf niiiiiiiiiii.

Anyway salah satu cara yang agak membantu untuk naikkan semangat belajar dalam diri makhluk Tuhan bernama Aisya(h) ialah..... tampal motivational quotes dekat dengan meja study. Kebanyakan quotes yang aku tampal datangnya daripada kdramas actually kui kui tapi boleh membantu. Sikitlah. SIKIT.


Board yang disediakan di hostel tidak cukup untuk menampung helaian-helaian kertas yang ingin kutampal sobs sobs. Ramai suka bagi bookmark yang ada kata-kata Islamik jugak tapi tak muat nak tepek semua. Nak tepek nota lagilah tak dapekk.

Sorrylah agak lionel messy

Kawan aku cakap quotes ni biasanya bila kita baca for the first time je yang bagi impak, kali kedua baca dan seterusnya tu dah takde 'feeling'. Bila difikirkan balik memang betul pun. Oleh sebab itu, aku decide untuk tampal ayat-ayat yang buat aku rasa terkesan. Buat masa sekarang ni, yang ni:

Aku terjumpa ni dekat Twitter. Menurut keterangan penghapload, benda ni ditampal di salah sebuah library di Korea. Buat masa sekarang ayat-ayat dia nilah yang bagi motivasi untuk aku belek buku mwhahaha especially ayat last sekali tu. LOL.

"One more hour of study, you will have a better husband."

See? Aku siap print and tampal kat board lagi. Pastu baca ayat yang last sekali tu ulang-ulang lol jk jk XD

18 comments:

  1. alahai comelnya board! board saya letak benda tah pape je hahaha, takde pun motivational quotes ke apa. sebab saya ni bukan jenis belajar atas meja, atas katil jugak xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak suka belajar atas katil T^T baru baca sebaris ayat dah tertidur XD

      Delete
  2. bukan takat student je. PG yang bekerja ni pun kena letak bebenda macam ni. dengan harapan mood kerja datang dengan cemerlang gemilang dan terbilang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. good! bila dah kerja nnti pun niat nk buat mcm tu jugak :D

      Delete
  3. wahhh mmg bagus quote2 tu hahaha! fighting~!!

    ReplyDelete
  4. hahahahhaha... bagus aisyah bagus! aku nak buat gak benda alah macam ni. tapi aku selalu busy T..T ada masa pun untuk aku luangkan masa untuk tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa berapa saat je amek masa nak tampal2 semua ni XD ok tipu. beberapa MINIT.
      sama la banyak masa luang untuk tidur (termasuklah dalam kelas) huhuiii

      Delete
  5. Alahai comelnya! Nanti nak baca betul-betullah apa dalam list tu. Kot-kot boleh akak ikut tampal sekali :D

    ReplyDelete
  6. waahh.. cantik nye meja study.. siap ada quotes lg..emmm..tp btul..i pon rasa malas sgt nk study..asal bukak buku je..mata tertutup rapat..huhhuuuhu..great tips girl! nk try lah..HAHAHAHAHA..

    awak suka laki kaya tak? mata duitan ke kepentingan masa depan? jom share di blg sya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. book is the best sleeping pill, they say XD

      Delete
  7. hhahaha. yang last tu memang motivation betul. All the best yee ^^

    ReplyDelete
  8. whoever did the last quote is a genius lol. I used to screen cap quotes tapi lepas tu memory tak cukup so terpaksa delete

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol my friend even find it weird maybe because the last quote can't be proved scientifically(?) hahah me too; suka screenshot quotes tapi lama-lama tu ada yang kena delete :3

      Delete