3/5/16

Jajan Jepun

Assalamualaikum.

Hampir nak tertaip "Jajangmyeon Jepun" tadi =.= Rasa macam "euw Aisya guna perkataan jajan?" (bisik kepada diri sendiri). Disebabkan aku berasa sangsi umpama sarsi dengan perkataan "jajan" ni, aku pun merujuk Kamus Dewan dengan penuh kerajinan *flip tudung*


So..................???

Ok straight to the point. Kawan iolls punya kakak baru balik dari Jepun hari tu. Kawan iolls ni memang baik budaknya, tapi tak sangka pulak baik sangat sampai kudapan dari Jepun pun dia bagi kitorang rasa. Kalau aku jadi dia aku ngap je semua kudapan tu sorang-sorang, tak share pun dengan roommates mihmih.


Perasaan sedih dan hiba mula menyelubungi hati ini kerana diriku tidak mengerti bahasa Jepun. Entah apa yang dia tulis pun tak tahu. Siap tanya kawan yang pandai baca tulisan Jepun, tapi dia cuma faham perkataan "KiteKato"je; yang bermaksud Kitkat lol.


1. Gula-gula perisa green tea & seaweed.
Jika tastebud-ku tidak mendustaiku, gula-gula warna hijau pekat tu rasa seaweed, dan yang warna hijau cair tu rasa green tea. Tapi aku rasa yang seaweed tu je. Tak berani rasa yang green tea. Tak berapa gemar sangat rasa seaweed tu; mungkin sebab aku tak berapa makan gula-gula.

2. Coklat meiji perisa strawberry.
Coklat Meiji opkoslah sodap kan! Femes beb!

3. Kitkat green tea.
Sedap ke Kitkat perisa green tea? Soalan yang bertalu-talu diajukan kepada diriku. Dapat jugak merasa akhirnya. Tbh rasa dia boleh tahan lah. Tak rasa green tea pun sebab manis. Entah celah mana rasa green tea pun iolls tak tahu. Ramai kata boleh tahan sedap tapi Kitkat yang ori jugak menawan hatiku.

4.Biskut perisa rempah hoho memandai je aku. (euuuww what a name!!!)
Aku rasa sikit je biskut ni. Dia macam rangup-rangup gittew, and tak berapa manis. Aku pun susah nak detect biskut tu rasa apa. Macam rasa rempah kot? Ada orang kata ni perisa cinnamon. Hmm... Ontahlah.

5. Biskut perisa coklat sodap!
Bila iolls kata sodap memang sodap hokay I'm not even lying. Rasa coklat dia sangat rich omg bahagia hatiku.

6. Daun green tea.
Rasanya tak perlulah kot aku bagitahu daun green tea rasa apa. Semua tahu pahit. Tak ada kot manusia makan daun ni, sebab tulah dibuatnya jadi teh. Eh tapi roommate aku pergi makan daun green tea ni sebab dia ingatkan tu seaweed. Hampir bengkak small intestine aku kerana menahan tawa. Aku ingatkan aku takkan suka rasa green tea Jepun, rupanya aku suka yeyeyeyey.

Disebabkan aku suka green tea, she deserves a solo picture (walaupun biskut menyemak nak posing maut jugak)~

38 comments:

  1. suka kitkat yang ori, yg greentea manis sangattt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... manis sampai tak rasa green tea yg pahit tu

      Delete
  2. kitkat greentea sedap kott!
    teringinla nk rasa gula2 nombor 1 tu :o curious nk tahu rasa seaweed yg tlh ditukar menjadi gula2, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa seaweed tapi manis tapi macam "apakahhhh??!!"

      Delete
  3. kit kat green tea baru rasa. lama nak kene tunggu mende tu sampai stok kat sini. nak lagi. tak genap sebab sedapppp sangat~. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat jepun dh mcm2 kitkat dh. kat msia masih menunggu xD

      Delete
  4. Time pegi jepun dulu, banyak benda tak berani makan. Nak kena p balik ni..

    ReplyDelete
  5. First time dengar pasal coklat Meiji tu. Memang famous ke? :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya memang famous tapi kat malaysia tak famous la kot sebab tak jual kat sini.

      Delete
  6. Tak pernah rasa kit kat green tea. Huhuhu. Tp seaweed tu peberet aina =)

    ReplyDelete
  7. wah... beshnyer dapat jajan-gmyeon jepun hihihihi

    kalao dr jepun selalu tak lari dr seaweed n green tea kan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jepun femes dgn bnda tu lagi2 green tea

      Delete
  8. mak cik Husna g jepun bawak balik nasik lemak..heheツツ. hot2 lg.... bila tarik je tali kotak pembungkus terus berasap2 kotak tu panaskan nasik lemak kt dlm tu.. teknologi diorang seriously amazing..soon nak pegi sana jgk...kwn ramai keje sana xnak blik sini...huhu..i pun bkl menyusul..hikhik..=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. impressive... rasa ketinggalan drpd jepun bab2 teknologi ni

      Delete
  9. Pernah rasa kitkat green tea je. Ramai cakap sedap so excited lah nak cuba sekali manis gila! tak rasa macam green tea pun haha. So, kembalilah kita kepada kit kat yang asli kihkih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. mcm manis semacam je.
      mula2 dh bayangkan dia pahit dah xD

      Delete
  10. Jom singgah baca and jangan lupa tinggalkan comments http://balqisluv99.blogspot.my/2016/03/gred-for-exam-2016.htm

    ReplyDelete
  11. jepun pun makan jajan ek.. hehehe..alamak..lapar tgk gambar.. adei

    ReplyDelete
    Replies
    1. seluruh manusia sejagat makan jajan hoho

      Delete
  12. Wahhh gula-gula perasa seaweed mesti sedap tu.. Dulu pernah TERbeli gula-gula Jepun perasa Pickled Plum, Ume boshi.. Ya Allah teruknya rasa dia xD
    So instead of enjoying the taste, I just enjoyed looking at friend's face who I gave to taste it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin bagi japanese gula2 tu rasa dia sedap anyoynyo

      Delete
  13. untung la dah rasa dik..akak bos bawak dari Jepun ari tu rasa pelik terus x makan dah..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun dh tobat tk nk try bnda pelik ㅠㅠ

      Delete
  14. saya pun tak pernah pergi jepun lagi tapi pernah dapat green tea dari Jepun . Green tea dorang sangat sedap kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezzaaaaa especially green tea yg dh dicemarkan dengan susu cair & susu pkat manis!

      Delete
  15. Japanese Green Tea :) Paling menawan hati untuk sekarang. Dan high 5 for Kitkat Original masih menawan hati. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. mmg lega dpt minum. tk ada gula pun sy suka XD Yeaa hi5

      Delete
  16. kitkat matcha adalah kitkat paling sedap yang aku pernah makan

    ReplyDelete
  17. Kenapa tengok semua macam sedap!? Eeee nak try semua!! Hahahahha. Lagi lagi coklat tuuu. Share sini sikit mehh hehe.

    ReplyDelete
  18. Haha jajan is awkward to me as well sebab orang kedah selalu sebut keropok or ceklat ja.. Kitkat green tea tu sedap lah! Sebaik dah ada kat Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sedap je kitkat green tea. tp choc ftw!!! hahaa

      Delete
  19. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete