7/7/16

Mencari Korea di Malaysia | Sopoong & dal.komm COFFEE

Assalamualaikum. Hai *lambaian kasih*

Tajuk skema semacam je bunyi.

Dah lebih sebulan tangguh entri ni. Maybe sebab puasa. So... lebih kurang seminggu sebelum puasa hari tu, aku dengan member pergi terjah IOI City Mall, Putrajaya. Keluar sesaje je nak makan. Hidup sebagai blogger (acah) ni selalu terliur tengok orang update pasal makanan. Hati ini meronta-ronta ingin mencubanya juga. Pabila termakbul impian, terungkaplah kata-kata penuh kesyukuran. (macam lirik lagu)

First, Sopoong. Restoran ni menyajikan masakan Korea. Walaupun bunyi Sopoong dengan sotong macam nak dekat, restoran ini tidaklah menyajikan makanan laut sahaja. (hambar). Mestilah aku yang beria ajak kawan datang sini kan, sebab dah lama tak makan Korean food. Kali terakhir makan DubuYo masa tengok Dilwale dulu.

Gambar ni daripada kamera kawan aku. Dia paksa suruh aku kredit ke dia, siap sembang pasal watermark lagi. Makanya aku bermurah hati buatkan watermark untuk dia walaupun dia takde blog. Pasni tak nak guna gambar orang dah LOL jk

Kamera iolls. Maaplah buruk sikit.


Dia tengah tayang Music Bank.

Datang sini, bukak menu. Punyalah lama main staring contest dengan menu tu, akhirnya pilih bibimbap. Sebab aku pertama kali jatuh chenta dengan bibimbap dengan Dubu Dubu (masa tu restoran ni belum tukar nama). So, nak rasalah juga bibimbap kat Sopoong.


Sup dia aku suka.


Tapi... aku rasa bibimbap kat DubuYo lagi sedap la. Sopoong punya ayam dia sikit sangat dan sayur pulak kenyal semacam. Aku pun pelik kenapa aku kunyah sayur tak hancur hancur. Dahlah aku senang kena indigestion. Agak kuciwa sedikit di situ. Patutnya aku order makanan lain.

Side dish dia.
Kimchi dia lagi sedap daripada DubuYo punya, bagi akulah. Yang tengah tu sedap! Yang timun tu pulak macam jeruk je so aku tak makan sangat.


Kawan aku order bulgogi pebenda tah nama dia. Tak ingat dah aku. Aku ada rasa sikit. Sedap! Jealous pulak dia punya sedap. Cuma kawan aku ni dia tak makan sayur sangat. Daging dia sikit tapi sayur melimpah lololol, Aku teringat dekat daging masak kicap tau masa ni.


Haruslah meletakkan gambar dari pelbagai angle.

Rasa nak ceramah ke telinga kawan aku sebab dia tak makan sayur (bawang la especially). Aku dah terlampau kenyang untuk habiskan sisa sayur dia.

Next, Korean pancake/pajeon. Kitaorang order Kimchijeon. Sesaje nak try. Last last tak habis sebab kenyang sangat. Nasib baik boleh bungkus bawak balik. Aku ni bukanlah penggemar kimchi, so bagi aku biasa-biasa je pancake ni. Tapi bila balik rumah, makan time lapar sedaplah pulak. Ehm, tak ada la sedap macam ayam masak merah tapi bila dah masuk mulut tu dia rasa macam nak lagi. Addictive ke? Aku tak tau nak describe macam mana. Dia ada bagi sauce tapi kawan aku kata rasa dia pelik ke/strong ke apa tah, aku tak ingat. Aku tak makan sekali dengan sauce sebab makan gitu je pun dah okay.

Rasa dia pedas-pedas sikit.

Next, air! Dah lama bebenor aku teringin nak minum banana uyu tau. Walaupun aku tahu beli kat Malaysia mahal, last last kawan aku beli untuk adik dia (pastu aku rompak susu pisang tu sikit MWAHAHAHA) pastu puas hati aku tau dapat rasa. Sedap!

Keluaran antarabangsa punya versi kotak.
 Tapi rasa dia sama je macam banana uyu yang macam bekas vitagen dekat Korea.

Aku order air buah anggur dalam tin. Adik aku yang recommend. Ohmyyyyyy tak sia-sia aku pilih ni. Sedap! Macam air Tinge sikit rasa dia. Tapi ada kriuk kriuk buah anggur dalam tu. Bila bergabung meletops dengan ais ditambah lagi dengan cuaca panas Malaysia...... Ya Allah, bahagia tekak!


Kawan aku pilih air Milkis (sebab aku suggest). Milkis perisa original je ada jual kat situ. Air soda je pun tapi sedap!!! Bila tambah ais memang tekak menyanyikan lagu dangdut!

Tiga makhluk berdiri dengan penuh bongkak.


Second, dal.komm COFFEE. Aku memang dah lama teringin nak pergi cafe yang macam dalam drama Korea tu. Disebabkan dal.komm COFFEE ni salah satu cafe Korea yang ada dekat Malaysia dan dekat dengan rumah, mari kita terjah! Lagi satu, sebab masa tu masih tak move on dengan dots hohohoho.

KUPETIK BINTANG! gejeng gejeng gejeng UNTUK KAU SIMPAN! gejeng gejeng gejeng

Location cafe ni bersebelahan dengan air pancut dan berjiran dengan Starbucks & Magnum cafe.

Alat pemberi getaran asmara pada jiwa-jiwa yang hampa.

Motip?

Kenyang daripada Sopoong masih terasa, jadinya datang sini nak try bingsu je. Aku tau kalau beli bingsu ni kena kongsi, nanti tak habis. Kitorang beli satu je bingsu. Satu cup besar ni je dah almost RM30. Ughh menangis wallet. Sekali-sekala bolehlah. Kitorang pilih perisa vanilla dengan pie apple. SEDAPPPPPPPPPPPPPPPP! Memang elok makan time summer (kalau kat Malaysia memanjang summer, so rasa macam nak makan tetiap hari).


Besar kan?

Bingsu ni shaved ice. Kalau kat Malaysia macam ABC lah. Cuma shaved ice Korea ni aku perhati, dia shave lagi halus. Halus mulus. Dan banyak perisa. Perisa kitorang pilih ni namanya Apple Crumb. Ada apple pie atas dia, and macam serbuk biskut pie amende tah malas nak describe, tak penting. Apple pie dia masam tapi bila bergabung dengan shaved ice yang manis tawar tu, nyum nyum!


Alamat ke website official ke, google lah sendiri. Malas nak letak hehe. Kbai!

45 comments:

  1. Hi aisya ..haaa~ nia pernah dgr sopoong nie tapi yak pernah try sbb kawam nia kata sedap .

    Dal.kom cafe tue bingsu tue nampak menarik . Tapi branch dkt ss15 subang dah tutup rasanya tak sempat try lagi . Hihihi... Rindu korea and banana Uyu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bingsu tu memang menarik. try la. bingsu kat kedai lain pun banyak hihii

      Delete
  2. Hi Aisya,

    Pencinta K-Pop mesti tak lepas peluang makan di Sopoong mcm ex-officemate sis.. Rupanya ada mcm2 restoren Korea, skrg baru sis tahu.. Thanks for this info.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin lama makin byk restoran korea kat malaysia. tapi mostly belum meluas lagi branch diorang :)

      Delete
  3. dal.kom! tak pernah try bingsu kat situ lagi, org kata sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gilosss mazni... tak tahu nak cakap camne. kena try sendiri TT^TT ugh nak lagiii

      Delete
  4. ooo begini rupanaya kedai korea ni.. hehe.. belum pernah merasa lgi ni.. mcm mana rasa makannan tu??

    Blogwalking sini, jom share apakah penglaaman anda tentang :-

    Pengalaman Beli Telefon Baru article..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia mungkin tak sesuai untuk tekak melayu tapi saya ni jenis yang makan je semua. tak memilih sangat :D

      Delete
  5. wah bestnya pg the shopsss.. jeles pulak :D
    anyway, just for your information, Sakura dalam hangul ejaan dia 사쿠라 (sa-ku-ra), bukan 사구라 (sa-gu-ra).. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun byk lagi kedai tak terjah XD

      oh pasal ejaan tu kawan saya pun dari tahun2 lepas lagi dah bagitau tapi saya lupa nak tukar XD thanks ingatkan.

      Delete
  6. Thank you for the review! Hazy pernah makan makanan korea kat Dubuyo je. heheh. (seondubu jigae dia sedap aih) . Pasni boleh la try makan kat sopoong dgn dal.komm pulak nampaknya. shaved ice tu paling menarik perhatian ! gotta try this later.

    ReplyDelete
    Replies
    1. my adik pun pnah recommend mknn yang nama dia ada jigae jugak tapi kimchi jigae kot. tak pernah rasa sebab tak berani xD gonna try jugak.

      yasss shaved ice tu memang terbaek la! ♥♥♥

      Delete
  7. Nampak sedap semua tu. Macam nak try tapi entah bila. Haha.

    Selamat Hari Raya tuan blog dan famili. =)

    ReplyDelete
  8. Pergghhh.. wajib terjah kedai nie.. nyum2

    ReplyDelete
  9. banyaknya makanan. semua nampak sedap tapi tak tahulah kenapa dari dulu tak berminat langsung nak makan makanan korea ni, hahaha. mungkin boleh try lagi one day :p

    selamat hari raya! hihihih ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan melayu lagi kena dengan lidah kita ofkossss. tapi iolls telan je XD

      Delete
  10. ala.. jeles.... my friend ajak byk kali pergi dubuyo.. tapi, kat penang sana haa dia mengajak.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dubuyo pun banyak juga pilihan (tapi portion besar selalu end up tak habis) XD

      Delete
  11. nak try semuaaaa T^T
    tapi tempat BV takdak n susah cari makanan koreaaaa TT^TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... memang susah nak cari kat malaysia selain KL/Selangor.
      saya orang selangor tapi study kat pahang so jarang dapat makan semua ni XD

      Delete
  12. dapnya semua makanan =D terliur tgk

    ReplyDelete
  13. Lamanya tak makan makanan Korea. Dekat kampung lagi susah nak cari. Huhu

    ReplyDelete
  14. hai Aisya,
    geram la tengok, sedapnya lahai
    btw selamat hari raya

    ReplyDelete
  15. Ohmaiii... terliur okay tgk bingsu tu! Boleh la lps ni sis cuba. =) thanks review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bingsu tu mmg super duper very highly recommended XD

      Delete
  16. Bulgogi and Bibimbap are the only food I can eat whenever berada di restoran Korea. Tak berani nak try menu yang lain, sebab takut kecewa dengan rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. same here. balik2 pilih makanan sama kerana takut berdepan risiko huuuhu XD

      Delete
  17. dapnye dapnyee kak ecah belanje kite.wkwwk joke je :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh awak la belanja. duit raya kan ada :P

      Delete
  18. hmm semua makanan nampak scary tapi sedap ... orang daratan memang macam ni kut.. jarang timbul perasaan nak try makanan jepun or korea. sushi king pon x pernah makan. hahaahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. camne makanan boleh scary?! lols. saya ni pelik sikit. makanan cina india melayu jawa indonesia arab korea jepun itali perancis semua saya belasah. sedapla sushi~~ tapi selalu dpt makan melayu je la xD

      Delete
  19. makanan nampak rare tp kt penang takda branch.. sedih :(
    hahaha.. kemain kwn minta bt watermark. mna tahu dia teringin nk bt blog juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kawan saya tu pernah ada blog tapi dah delete :P

      Delete
  20. Dal.komm nampak menarik. Ade rezeki nnt boleh lah try :D

    ReplyDelete
  21. dah pernah pergi dua dua. sopoong memang best , love their kimchi. even the owner is nice.
    dal.komm kinda expensive lately. their bingsoo used to be like 18 ringgit now its about 30 if im not mistake. the coffee pun expensive, better go to starbucks. tapi decoration and everything is nice. kalau datang lepak dal.kom malam lagi best sebab nanti air panjut dekat luar tu akan ada lampu nice view.
    ni pendapat je laa.

    ReplyDelete