8/7/16

Ais krim sedap | KRIM Kuantan

Assalamualaikum. Hai doonia!


Bahagia sungguh sekiranya blog ini dipenuhi gambar makanan, maka terciptalah entri ini. Ada satu kedai aiskrim yang tengah trending kat Kuantan sekarang ni, iaitu KRIM. KRIM ni anak-beranak Kula Cakes actually. Walaupun perit namun kurela melepasmu pergi meninggalkanku wahai duit *lap air mata*

Masa pergi hari tu penuhlah jugak kedai ni. Sambil beratur mataku sempat membuat staring contest dengan aiskrim yang tersusun.

Kyaaaaaaaa. Rasa nak ngap je semua. Cantik sangat sampai aku mintak phone kawan aku sebab aku nak ambil gambar ngehngeh.

Bagi mengelakkan kekecewaan, pelanggan dibenarkan untuk merasa dahulu sedikit mana-mana perisa; kalau berkenan belilah. Tapi janganlah ambil kesempatan nak rasa semua perisa secara free, kesian orang beratur belakang tunggu lama uhukz. Aku konfiden, so tak minta nak rasa pun. Terus pilih perisa. 

Ooolalalala

Satu scoop dalam mangkuk kecik tu RM6.90. Ada jugak waffles, brownies, cookies, smoothie, dan macam-macam lagi. Tapi lain kalilah kot aku try huhuh.

Cr; :-)

Aku dah rasa lima perisa ais krim kat sini. Semua sedap!!!!! Yang bestnya topping atas ais krim boleh letak sendiri so ambillah kesempatan untuk campak sebanyak mana yang anda suka. Ada chocolate rice, kacang (almond hancur kot?), corn flakes, dan banyak lagi. Tapi favourite aku ofkoslah kacang-kacang hancur tu. Menaikkan rasa gittew.

Aku pilih perisa Mango Cheesecake sebab aku suka mango cheesecake dekat Kula Cakes tu. Aiskrim dia sama je rasa cuma mild sikit daripada versi kek. Sedap!!! Tak puas makan.

 
Cookies and cream, Bandung raspberry.

 
Gula nipah, Red velvet.

Krim By Kula Cakes 
B-272, Jln Beserah, Kuantan.
Hours: Tues-Sun: 12.30-10pm, Fri: 3.30-11pm, close Mondays.
WhatsApp: 0193186817.

29 comments:

  1. apasal kat kuantan banyak sangat makanan sedap?! T__T
    ramai org kata kula cakes tu sedap, teringin nk rasa tapi jauh betull

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... mereka patut bukak cawangan di seluruh malaysia (especially selangor/kl luls). mungkin tak lama lagi?

      Delete
  2. Nampak sedap! but why dekat kuantan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-( boleh cuba kalau kebetulan datang kuantan

      Delete
  3. Pergh.. Klu org yang suka ais krim ni mmg best ni

    ReplyDelete
  4. cactus tu nampak macam aiskrim pulak haha alamak kena tambah power spek ke apeni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ayookkkk tambah power spekkkk.

      lol ada jugak haritu terbaca komen kat insta krim ada jugak yang ingat cactus tu aiskrim XD

      Delete
  5. wow.. dapnyaa.. terliur tengok! =D

    ReplyDelete
  6. Sebelum ni Ayah dan Ibu Khayla suka mango cheesecake kat Kuantan tu. Ni kalau Ibu Khayla tahu, mesti Ayah kena paksa bawak... Ooops, lupa... Ibu masih berpantang. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas habis pantang boleh pergi sama-sama nanti hahaa

      Delete
  7. sedapppp gila. tengok post ni pulak pukul 2 pagi. mmg laparrrrr plus mengidam la gamaknyaaa. haa sedapnyaaa. dah la gambar cantik buat lagi terliur.haihh.h heee.:) will try oneday:)

    ReplyDelete
  8. omg!!! so sedappppp...terliur tgok semua pic..
    dah la lawa2 nmpk sedap2 plak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk luar kedai lighting on point utk gambar :D

      Delete
  9. Huwaaaa~ sedapnyaaaa... Membuatkan nadia nak g beli ice cream jugak sekarang. Selalu baca reviee orang pasal kula cake nie . Sedap ... Tapi tak kesampaian lagi nak gie . =(

    ReplyDelete
  10. Fuyoh....nampak sedap! Love the fact blh add toppings as you please. Hrp ada yg akan buka cwgn di KK.

    ReplyDelete
  11. alahai jauhnya aisya.. lebih kurang mcm magnum cafe la letak sndiri topping. nmpk sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe belum try lagi magnum. tunggu masyukkk

      Delete