10/29/16

Trying out disposable aluminium foil pan from Daiso!

Assalamualaikum. Hai.

Serious takde idea nak update apa. Hidup aku tak berapa nak menarik kot. Kalau menarik pun tak menarik bagi korang (Contohnya belek belek mayat, belek belek tulang belulang/tengkorak, belajar anatomy, physiology, biochemistry, study, discussion... and yang sewaktu dengannya). kuikuikui.

I'm still struggling untuk membahagikan masa secara efisien so that I'd have time for myself. (Rindu nak melukis sobsss)

Hobi kedua aku selain melukis ialah baking! Tapi biasanya aku baking pastu makan terus; tak hias pun kek tu sebab aku je pun yang nak makannya. Kalau bagi kat bakal mak mentua baru aku hias kot.

Lagi satu, aku selalu tak sempat shopping bahan so guna bahan cikai je. Mix pun pakai sudu je. Tak guna butter, guna minyak masak je. lol ni kes sebab kempunan nak kek so main campak campak je.

Gambar gambar di bawah ni diambil masa raya 2016. Ekceli kali terakhir baking, aku buat cupcake masa raya haji tapi takde gambor pulak T^T Tak dapat nak show off bekas cupcake mr. diy tu polka dot warna pink gitteww (ya saya begitu obses terhadap warna pink sila jangan kecam).

RM5.30 pastu ada 6 pan kesemuanyaaa.

Disaster pertama: Aku terlupa bahawa aku beli esen vanilla tetapi tertinggal di Kuantan. So tak letak esen vanilla. Disaster kedua: Aku terlupa nak letak chocolate powder kerana otak sedikit lembab mengapa membaking kek pada pukul 2 pagi pada malam raya. Pastu tambah je la kranberi dan dried berries yang tersadai tepi meja untuk menyelamatkan rasa.

Disaster ketiga: Oven kat rumah rosak! (mengambil masa berjam jam untuk membakar) so aku tuang batter nipis je supaya tak lambat sangat masak (itu pun 2 jam sobs nak oven baru pls). Banyak kali aku keluarkan kek dari oven nak check dah masak ke belum tu pasal banyak kesan cucuk cucuk lol.

 
Walaupun membazir sampai dua bekas dan kek yang begitu nipis, bolehlah isi perut sambil menonton drama ni petang raya.

Resipi? Yang ni lebih kurang je macam resipi mug kek aku pernah share sebelum ni. Cuma terlupa letak chocolate powder and esen vanilla takde huhuhu. Sila google resipi kek coklat mug aisyasakura (dasar pemalas nak bagi link).

Konklusinya, Daiso pun banyak barang baking yang comel comel! Rasa macam nak beli semua sebab comel sangat tapi takpe la.

10 comments:

  1. walaupun kurang bahan tapi nampak sedap dan menjadi jugak. hebat tau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sobs nasib baik menjadi kalau tak membazir je lol

      Delete
  2. Replies
    1. aminnnn semoga hakak menjadi benar benar rajin seperti yang diperkatakan >.<

      Delete
  3. Eh... nampak sedap! :D Lama dh x baking, lepas ni boleh lah beli foil kat Daiso je, kt kedai bakery pun boleh tahan mahal sekarang.

    ieyra h. | latest blog post: Mamonde Rose Water Toner Review + Ingredient Analysis

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde kedai bakery kat tmpat sy so takleh compare mana lagi mahal. daiso punya best sebab comel je kot XD

      Delete