12/12/16

Gunung Brinchang | Air Terjun Sungai Pandan | Gambang Waterpark

Assalamualaikum. Hai semua.

Sempena musim cuti sekolah ni eloklah kiranya iolls mempromosikan kempen cuti-cuti Malaysia. Nak release stress tak semestinya kena pergi Paris beb, Malaysia pun boleh kerana Malaysia boleh! (aku pun ragu-ragu dengan statement ni ekceli tapi muka kena konfiden *muka serius*).

Disebabkan aku sedang menyambung pelajaran di Kuantan makanya aku hanya mampu mempromosikan tempat dekat Pahang je. Tak mampu iolls nak gi jauh-jauh.

1. Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.

Seumur hidup aku tak pernah sedar pun kewujudan Gunung Brinchang ni, sehinggalah pada waktu itu umur aku mencecah 18 tahun, aku dibawa ke lokasi ini. Dia kira macam throwback dua tahun lepas la ni.

Gunung Brinchang ni dekat area Cameron Highlands je. Cuma Cameron Highlands fofular yang ladang teh semua tu la. Tak perlulah kot nak promote sebab semua orang tahu. Aku hanya mahu mempromosikan Abang Brinchang kita yang agak underrated ini (euww aku panggil gunung abang?).

Aku personally suka Mossy Forest yang ada dekat area situ. Bila masuk fefeeling dia macam sesat dalam hutan Harry Potter (menipu). Aku cuba mencari kelibat Ron Weasley tetapi hampa.

 
Lumut, atau nama saintifiknya mosscrepe banyak melekat di pokok-pokok di sini :P

Tanpa papan tanda ini aku barangkali akan menamakanmu Hutan Voldemort. Terima kasih papan tanda *bagi flying kiss*

Papan tanda ini pula amat berguna buat guru-guru Geografi se-Malaysia (acah).

 
Tudiaaa tinggi baqhang!

Dah sampai puncak kena naik tangga menara besi ni. Siapa gayat sila menangis. Nasib baik aku superwoman relax je tak gayat pung ahaks.

 
Dari atas menara. Nampak pokok je tapi kalau anda pencinta alam (seperti saya) anda akan menyukainya.

Eh akak-akak kat bawah tu takmo ber-fotosintesis bersama iolls ke.

2. Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan, Pahang.

Dinamakan Air Terjun Sungai Pandan kerana airnya mengeluarkan aroma daun pandan, air terjun ini terletak di Kuantan menurut Google Maps (tak tau la kot-kot Encik Google tipu iolls yang pasti iolls yang tipu uolls berkenan bau air sungai ini). Apa yang pasti kawan aku cakap air dia bersih sebab ada water strider.

Kalau nak berkelah boleh pergi sini. Takdelah gah mana air terjun dia tapi okaylah kalau nak berkelah. Bawak sandwich dan tembikai dan air teh (eh ini cadangan je. Nak bawak chicken chop/pizza pergi berkelah pun terpulanglah).



Motip aku ingin ke sini sebab ada jambatan gantung. Malangnya jambatan gantung ni pendek je. Tak mencabar kewibawaan aku sebagai seorang superwoman la pulak. hashtag jambatan ke hati awak ciaciacia

 

Tembikai ni kitorang bawak sebijik gedabak camni pastu letak kat celah batu air mengalir konon nak bagi sejuk. Sejuk la jugak, SIKIT. Aku lupa ni sungai Malaysia, bukan Korea lol. Pastu potong dua camni, makan korek guna sudu (eh tapi kami korek guna pisau, jangan tiru aksi kami). Then boleh letak air teh o dalam mangkuk tembikai ni, sedap beb! Rasa teh o + tembikai!

3. Gambang Waterpark, Gambang, Pahang.

Aku pernah pergi dua kali. Kali pertama tu untuk main dekat waterpark. Kali kedua sebab ada graduation asasi buat kat sini (pastu siap sewa bilik, apakah?!). Percutian aku paling ekstrem dekat Gambang Waterpark ni sebab kitorang pergi sewa bilik hotel pastu duduk ramai-ramai satu malam dekat sini (last-last main swimming pool je pastu balik). Kenangan sobs sobs. 

 

Haruslah menge-show-off-kan pass masuk anda.

Masa main air tu takde gambarlah pulak. Phone masuk loker TT^TT Tapi aku paling suka gelongsor yang naik ramai-ramai tu. Satu pelampung naik 5 orang pastu sepanjang gelongsor yang berdurasi hampir seminit itu, jeritlah kau! Ada lagi satu yang macam terusan yang akan pusing balik tempat sama, naik pelampung ramai-ramai jugak, siap boleh borak-borak. Then ombak datang kelam-kabutlah kau! (Rugi anda baca perenggan ni, tak faham apa iolls merepek)

View from atas hotel room. Arabian Bay Resort. See the swimming pool?

Room kitorang pick ada dua bilik dalam tu and satu ruang tamu and satu pantri siap ada dining table. Kalau tak silap level second paling atas. Tu pasal boleh ushar orang bawah.

Swimming pool dia paras leher aku. Aku tak pandai berenang sobssss jadinya aku berjengket je sepanjang dalam pool. Sadis. Nak buat kuak lentang kuak kupu-kupu kuak chimpanzee semua boleh beb!! Aku dengan geng siap buat renang berirama lol.

Sekian sahaja entri kali ini. Banyak lagi tempat menarik di Pahang yang boleh anda lawati. Sesungguhnya entri kali ini membuatkan aku rasa lagi Pahang daripada orang Pahang sendiri kahkah. Akhir kata, cuti-cuti Malaysiaaaaaa.

16 comments:

  1. wahhhhh banyaknya kehijauannnnnn. teringin nak pergi tempat macam nie. menarik betul mossy forest tu. air terjun pun best, makin pulak bila makan tembikai. bestnyaaaa :D

    sama la kita, takpandai berenang jugak. wahhahaha :D
    kalau BV memang takberani la masuk pool yg dalam2 macam tu. mampu main air kat pool kanak2 je. hahahhaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak masuk pool kanak-kanak takut kena pandang serong dengan bebudak kat situ. jadinya terjun je la dalam pool tu sambil menjongketkan kening.

      Delete
  2. hahahahaha abang brinchang! geli usus saya membacanya
    haritu pun senior sekolah saya pegi hiking kat sini, nampak mencabar sangat
    banyaknya kabusss mesti fresh gila udara kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencabar bagi orang yang tak cukup stamina je kot T^T best kat sana. udara fresh je..

      Delete
  3. hahahaha... lawaklah aisya ni. nanti kalau berkesempatan insya Allah pasir pegi jumpa abang brinchang yg underrated tu.

    ReplyDelete
  4. Naik jambatan tamparuli baru mencabar huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh jambatan yang ada lagu tu eh. teringin nak ke sana.

      Delete
  5. aaaagghhhh semuanya menarik! nampak sangat adventure and syiookkk hehehe.. teringin lama dah nak pergi mossy forest tu sebab cantik macam ala ala lord of the ring, twilight movies gitu kannn... hihik :)

    ReplyDelete
  6. Mossy tu best! Sejuk. Rasa nak naik baliklah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! time saya pergi ni kebetulan cameron asyik hujan so memang sejuk!

      Delete
  7. First time here and loving all your pictures. Great style of editing.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya, Azwar tak pernah sampai lagi ke sini.

    ReplyDelete