1/22/16

Nobita-ed

Assalamualaikum.
Sejak duamenjak ni banyak peristiwa malang menimpa diriku.

Kalau setakat kaki tertendang kerusi, phone terjunam atas muka, phone terjatuh atas kaki, cream puff yang baru dimakan separuh terjatuh atas lantai kotor, air pepsi baru beli tak minum lagi jatuh menjunam atas rumput sehingga tumpah, ataupun air milo tertumpah atas newly washed and ironed tudung sambil diketawakan oleh mamat sekeliling,.. aku tak kisah. I've always been clumsy.

Cuma, kadang-kadang kita lupa yang Allah Maha Berkuasa untuk gantikan setiap kepahitan tu dengan kemanisan.

"So verily, along with every hardship is relief.
Verily, along with every hardship is relief."
(Ash-Sharh: 5-6)

Peristiwa 1:
Pada hari tu aku sangat pemurah (kepada diri aku sendiri fufufu). Selalunya aku lunch nasi dengan ayam je, total: RM3. Cuma hari tu aku siap beli nasi dengan lauk ikan keli goreng lada besar gedabak + sayur. Total: RM4.80. I WAS SO EXCITED BEB IT'S MY FAV LAUK YUHUUUU. Sementara akak cafe bungkuskan makanan aku, mata aku terlalu fokus mengeluarkan wallet daripada beg. Sedang aku gaul-gaul duit dalam wallet ala-ala gaul dodol gittew, tanpa aku sedari ada sorang sisturrr yang letak bungkusan makanan dia sebelah bungkusan makanan aku. Lepas dah bayar, aku macam, "erkkk? mana satu makanan aku ni?". Sebab nak cepat, aku terus grab salah satu bungkusan kat situ dan bawa ke bilik hostel. Bila bukak bungkusan makanan tu, rupa-rupanya cuma ada NASI KOSONG je. KOSONG... KOSONG... KOSONG... LEBIH KOSONG DARIPADA LAGU KOSONG NYANYIAN NAJWA LATIF. I mean, where's my ikan keli mannn?! *tunjuk penumbuk gaya gangster* Aku gagahkan diri juga untuk turun ke cafe balik, dari tingkat 4 pulak tu. Rupanya bungkusan makanan aku masih terletak elok atas kaunter. Akak cafe tu cakap, "orang tu tercari-cari nasi kosong dia tadi". Aku terus pulangkan balik nasi kosong tadi tapi akak cafe suruh aku ambil je. Bertambah rezeki dapat nasi free (but i ended up not eating it)

Peristiwa 2:
This happened recently. Aku masa tu nak balik ke KL dari Kuantan guna bas ekspres. Aku perlu naik bas rapid untuk ke tempat naik bas ekspres tu. tbh aku tak suka naik bas sorang-sorang. First, aku penakut. Second, aku perempuan. Third, aku dah biasa ke mana-mana dengan kawan-kawan yang dah pakar dengan jalan sekitar dan public transport. So bila kena sorang-sorang aku nervous TT___TT Sementara bas rapid belum sampai destinasi yang ingin dituju, aku pun berlalala lululu dalam bas sambil menikmati pemandangan gittew. Bila bas dah nak dekat sampai destinasi, aku dah standby nak turun bas since driver bas dah slowkan bas so aku fikir dia memang nak berhenti so aku tak tekan loceng but then tetiba dia lajukan balik. TERKEZUT CHIMPANZEE IOLLS! There was a moment of hesitation nak tekan loceng ke tak nak tapi dah terlambat sebab bas meluncur laju dan dah jauh daripada destinasi sepatutnya. Aku bagitau driver bas bahawa aku sudahpun terlajak laris (baca: terlajak hingga nak nangis). Rupanya driver tu ingat aku nak turun kat destinasi lain dan aku sepatutnya tekan loceng. Aku terus turun dari situ dan pasrah. Apa lagi aku nak buat kan? Terpaksa la aku jalan kaki patah balik WALAUPUN DESTINASI SEPATUTNYA DAH JAUHHHH. Dan ya, aku seorang diri. Masa tu aku ada masa lagi 20 minit untuk board bas ekspres. Aku malas nak nangis atau takut sebab ingatkan kalau jalan tu sampai lah kan. Jalan punya jalan, dah nak 20 minit aku jalan aku nampak destinasi aku tu nun jaaauhhhh di sana. Aku sangat penat dan haus. Jantung aku berdegup kencang umpama bertemu crush; menandakan aku tak cukup stamina. Kereta-kereta yang lalu lalang banyak yang hon kat aku. Mungkin mereka berasa aneh melihat seorang gadis berjubah hitam bertudung labuh persis ustazah pilihan (obvious sangat ke aku menipu?) dengan menyandang beg berat sedang berjalan kaki seorang diri di bawah mentari? 

Tiba-tiba, ada satu kereta berhenti sebelah aku. Kenapa ya?

Ya, tekaan anda tepat. Dia ajak aku tumpang. Ada sorang laki dan seorang perempuan dalam kereta tu. Suami isteri barangkali? Dua-dua muka baik dan ada gaya student. Aku bagitau yang aku nak ke bus stop depan tu je (padahal jauh sobs). Mereka kata takpe~ Tanpa segan silu atau syak wasangka, aku menyombatkan diriku yang agak kurus ni ke dalam kereta kocik tersebut; terus tumpang. Masa ni takde moment of hesitation.

My jubah was full of kemuncups because I walked on grass.

And yeah, aku selamat sampai ke destinasi dan selamat naik bas ke KL. I thanked them two times and terus rasa sebak sebab bersyukur sangat nothing bad happened. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. Masa tu hati aku berdoa semoga Allah tolong mereka pulak waktu mereka susah nanti.

"Fate doesn't come around at any time. To use the word fate, it has to be a dramatic moment brought by coincidence - that what makes it fate. That's why another word for fate is timing."
"In the end, fate and timing do not just happen out of coincidence. They are products of ardent desire and earnest, simple choices that make up miraculous moments. Being resolute, making decisions without hesitation - that is what makes timing."
-- Kim Junghwan | Reply 1988
Quoted from my fav drama.

Bila difikirkan balik, aku selalu sangat hesitate. So... I can't blame fate for that.


1/19/16

MYNY Cafe

Assalamualaikum.

Disebabkan takde idea tak hapdet pasal apa, nak cerita pasal makanan. So semalam pertama kali singgah kat MYNY Cafe ni. MYNY tu singkatan untuk Malaysia New York. Setahu aku MYNY Cafe ni ada tiga cawangan dekat area Kuantan, Pahang. Air Putih, Indera Mahkota, dan jugak Taman Tas. Iolls pergi Taman Tas punya cawangan so yang lain tak tahu sangat hewhew. Dekat negeri lain belum ada. Kalau singgah ke Kuantan bolehlah cuba :-)

ABOUT MYNY
MYNY's one-of-a-kind New York-inspired cafe lets most of the best New York food take center stage. From buns and bread, cheesecakes, cakes, pizza, burger, spaghetti, milkshakes and not to mention, our signature MYNY Cookies which is already whole over Big City in Malaysia. All of our product here is carefully made with the original recipe that being brought - nearly 15,000 km - from New York.

All ingredients are strictly inspected by MYNY team to ensure that all products and ingredients meet Halal requirements as well as all food related safety protocols.

Dasar pemalas sampai ayat pun cilok kat website.

Sebenarnya disebabkan aku dah lunch dah masa tu, aku cuma order blueberry cheesecake dengan air je. Ada lah jugak rompak kawan punya macaroon. Jakun sebentar iolls dibuatnya sebab first time nampak macaroon in real life.

Sweetness overload.

Malu-malu meow nak pergi dekat sampai sanggup zoom. Berangan jadi penyiasat upahan kejap.

Banyak sangat dalam menu sampai nak pilih makanan pun berjam-jam. Biasalah perempuan...

Kawan-kawan aku mostly order makanan Malaysia instead of "New York". Menu #ThisIsMalaysia dia bagi dalam kertas laminate punya. Ada ayam berempah, ayam masak merah, ayam butter (rupa dia macam masak lomak), kueteow, and apa tah lagi. Tak ingat nama betulnya apa. Portion, boleh tahan banyak (sorry takde gambar). Tapi kawan aku cakap datang situ better pilih makanan "New York".


Perasaan kasih sayangku kepada cheesecake takkan pudar T_T
Cheesecake ni tak muak hokay. Kriuk kriuk blueberry dia jelas terasa sedapnya!

Password wifi pun nak ambil gambar

Deco deco bersama Eric
(walaupun Eric Leong tidak terlibat)

??????????????

Spaghetti pun banyak je nampak tapi kawan aku berjaya habiskan wuuu rasa nak ucap tahniah. Kawan aku ada bagi rasa pizza and yessss I LOVE PIZZA. Cuma masa tu pizza dah sejuk sobs sobs. Kalau masih panas mesti lagi sedap.

Iced Americano. Kawan aku kata, "pahitnya!"
Dah nama pun kopi, mestilah pahit. Tapi bagi aku tak cukup pahit sebab banyak lagi kopi pahit yang pernah aku rasa. Aku suka kopi pahit!

Dapat free dua paket tapi kawan ambik huuu tak dapat rasa.


Pie pun boleh ada atas langit.

Gambar dirompak daripada Encik Google.

Antara yang fofular di sini.

MYNY Cafe ~ Air Putih, Kuantan
No. 68, Jalan Air Putih 25300, Kuantan, Pahang
TEL: 09 - 560 0863

MYNY Cafe ~ Indera Mahkota, Kuantan
A55 & 57, Jalan IM 7/1, Jalan Kompleks KDN, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan, Pahang
Tel:  09 - 573 0870

MYNY Cafe ~ Taman Tas, Kuantan
No.B-38, Lorong Pandan Damai 3, Perumahan Pandan Damai, 26070 Kuantan, Pahang
Tel:  09 - 538 1185

1/7/16

Book review: Momen2 Matluthfi

Author : Matluthfi
Price: RM 25.00 SM/RM 28.00 SS

Hari tu sempat beli buku ni dekat MPH NU Sentral. Terus melangkah ke bahagian Weekly Best Seller menurut gerak hati hahaha rupanya dekat pintu gerbang utama MPH tu melambak buku ni tersusun rapi. Wow impressive.

Belakang buku pun dah panjang macam karangan.

Ya, memang tulisan Matluthfi kali ni lebih panjang dan kena banyak ilmu untuk faham. Sebab tu lah membaca jambatan ilmu ye kawan-kawan. Footnotes yang disediakan untuk perkataan yang jarang didengar kadang-kadang ada unsur komedi (?)

Tajuk Drink and Order tu favourite.


Kalau setakat tengok bahagian kandungan buku ni mesti tak boleh nak imagine cerita tu pasal apa. Tapi banyak kisah-kisah menarik yang ada dalam ni yang boleh membuka minda kita. Bagi aku cara penyampaian dia unik sebab ada style sendiri; bahasa Kedah apa semua.

Lagipun aku suka baca pengalaman orang and pendapat orang, so bolehlah mengaktifkan sel-sel otak untuk berhubung.

Ada satu part pasal menyamar jadi hantu tu berguling-guling (baca: berdekah-dekah) aku ketawa. Hohoho.


Dan... oh, tulisan-tulisan kali ni juga lebih sentap tapi takdelah sentap sangat. Kalau yang jenis suka baca pengalaman orang dan tengok cara orang view sesuatu perkara, buku ni tak rugi untuk dibeli :-) 

Muka surat terakhir. Wuuu best.

1/2/16

Baru tengok Dilwale

Assalamualaikum dan selamat sejahtera hohoho.

Aku bukanlah peminat Hindi movie. Tapi ramai orang sibuk cakap pasal movie ni sampai curious; best sangat ke? Aku pun temanlah BFF aku tengok. Thanks to her, Dilwale ni lah Hindi movie yang pertama yang pernah aku tengok full seumur hidup hua hua hua. Selama ni kawan recommend cerita Hindustan dan aku tengok kat TV takde feel pun.


Bagi aku Dilwale ni tak cukup lah 2 jam lebih tu. Rasa macam plot dia rushing lol ke aku sorang je rasa camtu? Lagu dia yang Janam janam tu saaaaaaaangaaaaaaaaaaaat best hokay! Ada certain part tu rasa macam nasyid pun ada hahaha. Kajol pun sangat lawa T__T


Bagi aku movie ni lagi feel kalau tengok kat panggung wayang. Disebabkan aku tengok dekat cinema, aku rasa movie ni best :-)