3/5/16

Jajan Jepun

Assalamualaikum.

Hampir nak tertaip "Jajangmyeon Jepun" tadi =.= Rasa macam "euw Aisya guna perkataan jajan?" (bisik kepada diri sendiri). Disebabkan aku berasa sangsi umpama sarsi dengan perkataan "jajan" ni, aku pun merujuk Kamus Dewan dengan penuh kerajinan *flip tudung*


So..................???

Ok straight to the point. Kawan iolls punya kakak baru balik dari Jepun hari tu. Kawan iolls ni memang baik budaknya, tapi tak sangka pulak baik sangat sampai kudapan dari Jepun pun dia bagi kitorang rasa. Kalau aku jadi dia aku ngap je semua kudapan tu sorang-sorang, tak share pun dengan roommates mihmih.


Perasaan sedih dan hiba mula menyelubungi hati ini kerana diriku tidak mengerti bahasa Jepun. Entah apa yang dia tulis pun tak tahu. Siap tanya kawan yang pandai baca tulisan Jepun, tapi dia cuma faham perkataan "KiteKato"je; yang bermaksud Kitkat lol.


1. Gula-gula perisa green tea & seaweed.
Jika tastebud-ku tidak mendustaiku, gula-gula warna hijau pekat tu rasa seaweed, dan yang warna hijau cair tu rasa green tea. Tapi aku rasa yang seaweed tu je. Tak berani rasa yang green tea. Tak berapa gemar sangat rasa seaweed tu; mungkin sebab aku tak berapa makan gula-gula.

2. Coklat meiji perisa strawberry.
Coklat Meiji opkoslah sodap kan! Femes beb!

3. Kitkat green tea.
Sedap ke Kitkat perisa green tea? Soalan yang bertalu-talu diajukan kepada diriku. Dapat jugak merasa akhirnya. Tbh rasa dia boleh tahan lah. Tak rasa green tea pun sebab manis. Entah celah mana rasa green tea pun iolls tak tahu. Ramai kata boleh tahan sedap tapi Kitkat yang ori jugak menawan hatiku.

4.Biskut perisa rempah hoho memandai je aku. (euuuww what a name!!!)
Aku rasa sikit je biskut ni. Dia macam rangup-rangup gittew, and tak berapa manis. Aku pun susah nak detect biskut tu rasa apa. Macam rasa rempah kot? Ada orang kata ni perisa cinnamon. Hmm... Ontahlah.

5. Biskut perisa coklat sodap!
Bila iolls kata sodap memang sodap hokay I'm not even lying. Rasa coklat dia sangat rich omg bahagia hatiku.

6. Daun green tea.
Rasanya tak perlulah kot aku bagitahu daun green tea rasa apa. Semua tahu pahit. Tak ada kot manusia makan daun ni, sebab tulah dibuatnya jadi teh. Eh tapi roommate aku pergi makan daun green tea ni sebab dia ingatkan tu seaweed. Hampir bengkak small intestine aku kerana menahan tawa. Aku ingatkan aku takkan suka rasa green tea Jepun, rupanya aku suka yeyeyeyey.

Disebabkan aku suka green tea, she deserves a solo picture (walaupun biskut menyemak nak posing maut jugak)~

3/1/16

5 things I hate the most


RULES:
Buat satu entry bertajuk 5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.

Thanks ALYA CHAN sebab tag kiteee. Penat jugak nak fikir apa benda yang dibenci. Mungkin aku menjalani hari-hariku dengan fikiran yang penuh positif sehingga tiada masa untuk membenci ahaks.

1. Tempat yang bersepah atau kotor
Insan-insan yang mengenali diri ini mesti macam, "euwwww sejak bila budak ni pembersih?". I'm not a clean freak. Cuma tak tahan bila tempat tu penuh dengan habuk, banyak bendasing atas lantai, etc. Aku sangat sensitif dengan habuk. Ini masalah kesihatan okay. And bila banyak bendasing atas lantai tak ke terpijak and benda-benda tu melekat kat kaki? Rasa macam ughhh. Kalau tak tahan sangat biasanya aku akan terus capai penyapu. Bukan sebab rajin, tapi sebab terpaksa hohoho.

2. Markah test rendah
I really work hard for good grades, but not for anything else. It has become a habit and I really think I should fix it :-(

3. Jerawat
Ngeeeeeeheeeeeeeeee everyone hates pimples. YOU FEEL MEHHHH.

4. Sunburn
That's why aku selalu pastikan aku pakai cream yang ada SPF kalau cuaca panas mihmih.

5. Bila tengah lapar
Boleh dikatakan aku selalu sangat lapar. Satu benda pun tak boleh buat bila lapar kan kan? Dah lah bila lapar mengidam nasi atau mi sobs manja betul perut ni.

Eh tetiba rasa nak tepek gambar makanan sebagai hiasan.




Sila ambil bau yeww kbai uolls.