6/26/16

Hermo.my free gift ♥

Assalamualaikum and hai.


Dialog rekaan berdasarkan doodle di atas:
Si isteri: NGEHHE ADA JUALAN MURAHHHHHH *mata bersinar*
Si suami: Tak habis-habis............
Hari tu Hermo.my ada buat jualan besar-besaran sempena anniversary mereka. Makanya banyaklah beauty products yang dapat harga murah. As low as RM1 you know! But everything was sold out as quick as a wink so I only managed to grab a mask sheet for RM2 and Yadah Starter Kit for RM7.00++. Unfortunately, this time, no free shipping....... HAHA.

I didn't plan to buy anything in the first place, but free gifts were provided for the first 8000 customers so I couldn't help spending money on unnecessary things ㅠㅠ If I'm not mistaken, during the first two hours of the sale, only 5000 free gifts were left - that's insanely daebak so YEAH GOODBYE MY BABY DUIT$$$$. 

Purchased this. RM2 onlehhh. 
Initially, I wanted to grab any RM1 item but meh, too lazy to wait for the next wave.

RM7.00++ onlehhhhhh. It's a lot cheaper than the actual price. YEAYY.
(Motif sebenar: Nak mini pouch dengan mini notebook tu sebab kiut miut sangat!)

I was actually surprised sebab barang sampai rumah agak awal berbanding customer lain. Up till now, ramai lagi yang komplen tak dapat barang sebab ramai sangat yang order, so staffs semuanya busy. I think I'm quite lucky in this case(?) 

And yeah I was excited for the free gift. VERY. 

This is how it looks. Ala ala doorgift kahwin gittew.

Weeeeeeeeeee!

Free samples! 

Already tried the Danahan BB Cream. I think it has good coverage but may not suit anyone with dark complexion. (Rasa flawless macam orang Korea fuh the power of make up walaupun ni bukan foundation/concealer pun). Kalau nak solat tu sebelum wuduk memang kena guna make up remover huhu. White me up sleeping pack tu belum lagi try.

More free samples! + cute hand mirror. Sayang nak guna.

Actually ada lagi gifts dalam tu yang tak ada dalam gambar. Ada vouchers, free mask sheet and Kotex punya sample jugak. Btw this is my third purchase from Hermo. Memang setiap kali purchase akan dapat free sample so puas hatilah. Cuma kali ni lagi banyak benda free. Hohoho I'm so happy memang tak ada motif lain lah kot buat entry ni mihmih.

6/11/16

Macam mana nak hilangkan sunburn?


Assalamualaikum.

Perasan tak Malaysia makin panas? Sedih tak? Jawapannya, ya, sedeyy! Sunburn ni nak dapat senang je (walaupun ada sesetengah orang yang kulit dia takkan sunburn). Kalau orang yang kulit macam aku, terdedah tak sampai 15 minit bawah cahaya matahari pun dah sunburn. Tapi nak hilangkan sunburn punyalah ambil masa berbulan-bulan. Sobs sobs.

Sunburn ni kalau kita nak cepat hilang kena usaha sikit. Berikut adalah cara-caranya:

1. Cuci bahagian sunburn dengan air sejuk.
Bila sunburn tu masih baru, balik je rumah, terus basuh dengan air sejuk. Biasanya mula-mula tu dia nampak macam merah sikit, tapi makin lama nampak makin gelap. Boleh jugak ambil tuala yang direndam dengan air sejuk dan letak kat sunburn. Suhu yang sejuk tu boleh membantu redakan merah dan bagi kulit tu absorb air untuk hydrate-kan balik kulit. Make sure air tu jangan terlampau sejuk takut kulit terkejut pulak nanti.

2. Sapu aloe vera
Yang ni kedengaran sangat common tapi bagus. Sunburn yang masih baru, bila disapu aloe vera gel beberapa kali dalam sehari, kesan dia sangat berbeza dengan sunburn yang tak dirawat langsung. Aloe vera membantu redakan radang sunburn tu. Yang ni cara paling aku suka hehe. Siap minta kawan petikkan aloe vera kat rumah dia lagi, sebab rumahku tiada aloe vera. Better guna aloe vera dari pokok terus, supaya asli. Tapi boleh jugak guna aloe vera gel yang 92%, 98% dan sebagainya tu. Jenama yang popular macam Nature Republic dan The Face Shop.

Aku guna ni je. Pilih yang ni sebab murah sikit. Bought it for RM15 at Hermo.my

3. Guna oat
Oat boleh berfungsi dengan cepat untuk mengurangkan keradangan dan gatal-gatal. Menurut kajian, oat mempunyai ciri-ciri anti-inflammatory, yang berguna untuk melegakan kulit sunburn. Caranya, kita bancuh oatmeal dengan air sikit, then sejukkan selama satu atau dua jam dalam peti sejuk. Lepastu sapu dan tunggu sampai kering, then basuh perlahan-lahan. Jangan basuh ganas sangat, takut jadi iritasi yang lebih teruk sebab oat ni sebenarnya mild exfoliator.

4. Sapu pelembap/moisturizer
Kulit sunburn ni dia kurang lembap berbanding bahagian yang tak kena sunburn. So, nak bagi cepat pulih, pastikan bahagian sunburn tu sentiasa moisturized. Dalam sehari tu rajin-rajinlah sapu moisturizer. Better guna natural moisturizer yang ada Vitamin C, Vitamin E. Aloe vera atau ekstrak timun pun boleh. Elakkan sapu petroleum jelly (vaseline) atau oil-based products.

5. Guna teh
Rendam 3 atau 4 uncang teh dalam air panas. Tunggu sampai teh jadi pekat/hitam, then tunggu dia sejuk. Rendam kain dalam teh tadi, dan sapukan perlahan-lahan dekat kulit sunburn. Sapu lagi banyak, lagi bagus. Jangan bilas. Biarkan dia kering semalaman. Dah bangun tidur baru bilas dengan air.

6. Guna krim pencerah
Ok yang ni aku guna bila sunburn tu dah berusia sikit. Masa ni kulit nampak macam tanned kan... So bila muka/tangan berbelang cara ni dapat sekatakan balik tona kulit tu. I use Garnier Light Complete Whitening Cream. Sekarang mukaku sudah tidak lagi berbelang yeayyy cuma tinggal tangan jelah berbelang sebab handsocks kan.

Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Kalau dah tahu nak berjemur tu pakailah krim pelindung cahaya matahari yang ada SPF tu. Pakailah sunscreen ke apa ke. Jangan jadi macam aku; boleh pulak bareface dah tahu nak pergi latihan kawad (masa zaman sekolah dulu). Baiklah, sekian, terima kasih.