Assalamualaikum. Apa khabar?
Rasa macam busy tapi gagahkan diri juga untuk menaip. Hmm. Sekarang kalau bab nak pergi kelas mesti iolls menjadi begitu risau. Sebabnya... asyik mengantuk je setiap kali lecturer start bukak mulut. Bukannya tak usaha langsung tak nak bagi terlelap, tapi memang every time end up terlelap jugak. Orang kata, tak berkat tau kalau tidur masa kelas ni. I know but... /sigh/ benci diri sendiri.
I think cara paling berkesan nak elak tertidur masa kelas ialah... drink coffee. Tapi takkan nak minum kopi tiap hari kot? (Memang diri ni jenis yang mudah sakit kepala kalau minum banyak sangat). And kalau tengah puasa tu takkan nak rely on coffee kot?
Sebab tu lah iolls suka buat nota (konon nak elak ngantuk) tapi kalau ngantuk sangat tu memang tak jalan lah cara ni.
Half asleep. I don't even know what I wrote.
Rasa jealous tengok orang lain punya lecture notes punyalah kemas, siap berwarna-warni lagi. Kalau nak catat sambil mendengar kena tulis laju-laju, so normallah kot tulisan hodoh? But maybe some people ada talent untuk tulis lawa-lawa walau di mana jua mereka berada.
Ok tukar topic. Ada orang cakap, even kita ni busy belajar or kerja ke apa, kita kena usaha jugak untuk tambah ilmu agama. Pergi dengar ceramah/talk, join usrah, join kelas agama, paling kurang pun tengok ceramah dekat Youtube. (Dr. Zakir Naik dengan Ustaz Nouman Ali Khan punya: my fav). Tapi iolls lagi prefer dengar talk/forum/etc yang society dekat kampus anjurkan. Barulah rasa terisi masa lapang :)
Belek-belek buku nota jumpa pasal ni. Khawlah Al-Azwar VS Cinderella. Gegirls macam kita ni kena ada mentaliti macam Khawlah. Jangan jadi macam Cinderella, asyik fikir dan tunggu Prince Charming je. Jangan terpengaruh dengan novel/movie/drama yang sweet-sweet sampai fokus kita ni asyik terarah ke jejaka idaman/jodoh je, ok? Tbh bila baca balik pasal Khawlah Al-Azwar ni aku rasa bersemangat. Girl powerrrrr!! gittew.
Ni nota masa forum bila tah.
Ni masa dengar ceramah pasal pertunangan hoho.
Lecture notes.
Antara perkara yang dianggap biasa dalam society kita yang kita kena ubah: tabarruj + couple.
I'm not against makeup tapi janganlah makeup sampai menarik perhatian. Cukuplah sekadar nak tutup jerawat atau cover imperfections; naikkan seri muka. Lagi satu, boyfriend-girlfriend relationship tak wujud pun dalam Islam. Dulu Khadijah RA terpikat dengan Nabi Muhammad SAW, beliau guna cara yang baik untuk approach. Seriously, definition "jaga batas" zaman dulu dengan zaman sekarang macam dah berbeza sangat. Kenapa ya?
More lecture notes. Sila klik untuk tumbesaran.
My kind of notes:
- Tulisan buruk
sebab menulis dengan kelajuan 1000000km/sejam
- Pakai satu je pen. Malas nak tukar pen berlainan warna.
- Terabur; tak ikut susunan. Pakai guna je ruang memana pun.
- Doodle di sana sini bagi mengelakkan rasa mengantuk (konon) dan kebosanan.
- Salin sebanyak mana quotes menarik.