4/17/17

Regarding portrait painting

Assalamualaikum. Hai.

It's already 2AM (Monday) and yeah I'm still awake and my life has been going on like this for the past few weeks. I'm busy T_T Weekdays: Classes (packed as always), meetings... Weekends: Programs around campus/outside campus... So Ahad malam kena stay up nak settle-kan apa yang boleh settle. My definition of busy is when I don't have enough time to study anymore ugh it hurts every time the lecturer asks something and I can't think of any answer. I get demotivated easily and I often think I failed as a student. /sighs/

OK enough with that. Just nak thank mereka yang pernah tempah lukisan dekat iolls masa PROMO hari tu. Tak promote sangat dekat kawan-kawan sebab malu punya pasal (at least promote dekat blog orang tak kenal aku) HAHAHA. I'm not a professional so I'm sorry kalau ada yang rasa hasil lukisan tu tak menjadi ke apa T^T I'm not talented macam Teme Abdullah si Pelukis Jalanan tu (tetiba) T^T Kalau tak puas hati tu jujur jelah, aku boleh lukis balik (pernah terjadi lol).

FEBRUARY - MARCH 2017 COMMISSIONED PORTRAIT
MEDIUM - GOUACHE

Sebelum ni iolls tulis potret tu pakai water colour tapi medium sebenar yang digunakan ialah gouache. Ramai yang bertanya jadi kena clarify sikit pasal ni hoho. Gouache ni pun macam water colour jugak cuma lagi pekat, tu pasal nampak lain.

PROMO telah lama tamat so ini merupakan harga kini:

POTRET (COLOUR)
Medium: Gouache

Size A5 (separuh A4): RM20 (ini yang iolls buat promo haritu)

Size A4: RM40


*Kalau ada lebih daripada satu kepala dalam satu gambar, harga jadi lain tau. Contohnya saiz A5 tu kalau lukis dua orang, harga jadi RM25. Maximum dua orang je dalam satu A5. Kalau A4, maximum empat orang dalam satu lukisan. Dua orang - RM45, Tiga orang - RM47, Empat orang - RM50. Haa gitu.

POTRET (BLACK&WHITE)

Medium: Pencils

Size A5 (separuh A4): RM10

Size A4: RM20


*Untuk black&white, sama jugak, maximum dua orang dalam satu A5, maximum empat orang dalam satu A4. Kalau A5, nak dua kepala, RM15. Kalau A4, dua kepala - RM25, tiga kepala - RM27, empat kepala - RM30. Tak faham boleh tanya.

Harga di atas termasuk postage sekali, don't worry. Tempahan dibuka selama-lamanya selagi iolls tak declare tempahan ditutup kahkah.

 
Ini contoh kalau BLACK&WHITE punya.

BERMINAT? Boleh hantar gambar yang hendak dipotretkan kepada saya aisyasakura@gmail.com sekarang juga! Kalau boleh gambar orang tu HD lah sikit, kalau gambar selfie lagi bagus sebab takyah iolls nak zoom banyak-banyak sampai kabur huhu T^T

Sekian, terima kasih.

4/2/17

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Klik banner untuk join

Bersempena dengan LAZADA'S BIG BABY FAIR yang bertarikh 27 Mac hingga 2 April 2017, Lazada ada menawarkan diskaun sehingga 85% uollssss! Barang baby memang sangatlah mahal, itu kita semua sedia maklum so bila ada sale ni wajib pergi tengok! Hari ni 2 April hari last sale kaw kaw ini! Cepat pergi serbu! http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/

Walaupun iolls belum mempunyai anak selain anak tekak, nak jugalah berangan shopping barang baby dengan menjawab soalan ini. Baby, baby, baby oh~~~~ (nyanyi lagu Justin Bieber).

a. What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 
Huggies. Ini adalah akibat daripada pengaruh iklan di televisyen di mana lagu "Huggies~ Pull up pants~" didendangkan dengan suara bayi yang kiut miut. Nampak mudah untuk sarung lampin tersebut ngehngeh.

b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 
Enfagrow A+. Juga akibat pengaruh TV ngehngeh.

c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 
Disebabkan dulu masa kecik-kecik suka sangat mainan masak-masak dan zaman sekarang mainan masak-masak sangat advance uolls, saiz lagi besor daripada budak, saya sungguh cemburu melihat kanak-kanak zaman kini. Teringin nak main jugak (LOL) so iolls pun beranganlah nak belikan future daughter mainan ini (motip: supaya boleh join main sekali mwahahaha).

It's ridiculously cheap after discount. I WANTTT.

4/1/17

The Big Five Personality Test

Assalamualaikum dan hai.

Sambil menunggu watercolour atas kertas di sisiku ini kering dengan penuh kebosanan, sambil mendengar lagu sedih tangkap leleh, aku merasa terpanggil untuk menaip entri ini.

Salah satu subjek yang aku telah ambil ialah Psychology. Tak belajar banyak pun Psychology, cukuplah sekadar ilmu Psychology yang basic dan yang boleh relate dengan kehidupan dan akan membantu untuk hadap patient bila dah bergelar doktor nanti.

Sejujurnya aku sangat enjoy belajar Psychology tapi ada lah jugak teori Barat yang aku tak boleh nak terima sebab bertentangan dengan Islam *lipat lengan* Eh, tapi hari ni sesaje nak share satu personality test yang aku belajar masa Psychology dan nak paksa korang buat test ni sebab rasa macam... ini antara personality test yang paling bagus yang pernah aku buat *kening kening* Bolehlah klik link di bawah yer.

THE BIG FIVE PERSONALITY TEST

Explore your personality with the highly respected Five Factor model (AKA the Big Five). You'll see how you stack up on 5 major dimensions of personality: Openness, Conscientiousness, Agreeableness, Extraversion, and Neuroticism.
The Big Five model of personality is widely considered to be the most robust way to describe personality differences. It is the basis of most modern personality research. This 50-question inventory is based on questionnaires used in professional research settings and will evaluate your personality on each of the Five Factors.

Lepas buat test ni, result aku mengatakan bahawa dalam lima dimensi personaliti tersebut, aku paling dominant dalam Conscientiousness iaitu sebanyak 75%. Kalau tinggi dalam aspek ni kiranya korang berdisiplin, rajin, organized, dan determined nak achieve sesuatu goal. *kembangkan hidung* *lalat masuk lobang hidung*



Di tangga kedua ialah Agreeableness iaitu sebanyak 57.5%. Kiranya kalau aspek ni tinggi dalam personality korang, maknanya korang jenis yang mampu meletakkan keperluan orang lain dahulu sebelum keperluan diri sendiri. Kiranya tak pentingkan diri lah. Orang yang tinggi dalam aspek ni mudah berkerjasama dan tak suka compete, dan jugak mudah memaafkan. (Sebenarnya aku agak mementingkan diri kahkah tapi tak suka compete dan pemaaf tu bolehlah.)



Di tangga ketiga dalam personality trait aku ialah Openness iaitu sebanyak 52.5%. Kalau korang paling dominant dalam aspek ni, kiranya korang mampu berfikiran abstrak dan kompleks. Kreatif mungkin? Tapi aku jenis yang fikir konkrit so memang patutlah dapat low dalam Openness.


Trait Extraversion dan Neuroticism aku berada pada peratus yang sama iaitu sebanyak 37.5%. Dia tulis aku low dalam extraversion dan moderate dalam neuroticism. 

Low dalam Extraversion simply means that korang seorang yang lebih kepada introvert. Tapi yang bagusnya kalau low dalam extraversion ni, "they tend not to be interested in money or status, and would rather lead a life that is personally pleasing than the one that gains them attention of others."




Pastu dia kata aku punya Neuroticism adalah moderate. Kalau korang tinggi dalam trait ni, bila ada something negative yang terjadi, korang lebih cenderung untuk takut, gelisah, marah, atau sedih. Tapi disebabkan aku punya trait Neuroticism adalah moderate, aku punya reaction bila terjadi sesuatu yang negatif tak adalah over sangat, dan tak adalah tak bagi reaction langsung (eh benda ni yang kata gitu hokay.)



Bila belajar pasal benda ni aku rasa macam, SubhanAllah... Allah jadikan manusia ni macam-macam personaliti. Lain orang lain cara fikir. Sebab tu kita manusia ni saling memerlukan dan saling melengkapi. Even para Sahabat Rasulullah pun semua ada personaliti yang berbeza-beza. Saidina Umar dengan ketegasannya, Saidina Uthman dengan kelembutannya, dan sahabat-sahabat lain yang masing-masing bawak peranan yang berbeza untuk tegakkan Islam.

So... personaliti korang dominant yang mana? Bolehlah cuba personality test ni.

3/31/17

[PROMO] Lukisan watercolour portrait RM10!

*sticky post*
Sila scroll ke bawah untuk entri terkini.

Assalamualaikum. Hai uolls.

Ini merupakan quick update.
Iolls sangat busy ekceli /sighs/

I really (more like... desperately) need money right now. So iolls nak offer something ni. Watercolour portrait bersaiz A5 RM10 SAHAJA! Promo sehingga 31 MAC sahaja! Ni dah murah sangat dah ni since modal kertas + alat melukis + watercolor + harga kepakaran (LOL) sangat mahal ekceli TT^TT

Berikut adalah contoh lukisan.




 

Watercolour portrait
Size: A5
Harga: RM20 RM10 including postage.
Nota kaki: Kalau nak saiz besar A4/A3 atau more than 1 orang dalam satu gambar harga lain tau.
Berminat? Boleh contact me dekat aisyasakura@gmail.com dengan menghantar sample gambar yang mahu di-potret-kan.

-----------------------------------------------------

Fyi, iolls ada jual stuff macam pouch bag/tote bag/etc. 

Contoh pouch bag :D
CLICK HERE FOR MORE INFO

You guys can help me dengan menyebarkan berita ini kepada rakan-rakan juga. Kita bantu orang, Allah akan bantu kita kelak.

Thanks for reading!

3/24/17

Bila member rapat hang dapat pergi Korea...

Assalamualaikum dan annyeong haseyo yoreobun *flips hanbok*

Even iolls pernah merasa pakai hanbok lelawa gegirls warna pink gittew, tak naklah haplod gambar tu (tetiba).

Aku begitu sangsi umpama sarsi tatkala melihat kawan-kawan yang takdelah kipas-susah-mati Korea sangat pergi melancong ke negara tersebut. Sedangkan aku yang sudah menjadi Professor Korea Selatan selama lapan tahun ini belum berpeluang untuk ke sana? Mungkin sebab Dia lebih tahu aku akan menjadi tidak berapa betul jika ke sana makanya Dia tidak mengizinkannya. #Aisyaslogic

Sekarang ni currency memang jatuh menjunam ala-ala bungee jumping gituh, so agak sedih bila aku convert MYR50 cuma tinggal 12,000 won je sekarang. Banana uyu dah jadi RM4 sen sen sebotol. Apakah ini semua? T^T

Walaupun begitu, aku tetap semangat memesan souvenir kepada member rapat aku. Tetiba rasa macam pandai Maths. Nah...

Ekceli dah macam-macam benda iolls berangan-angan di kayangan untuk kirim. Daripada stokin, brooch, beg, sehinggalah ke barang-barang makeup dan skincare tapi last-last bila dapat tahu 12,000 won je bajet yang ada, aku cuma kirim:

BANANA UYU 6 BOTOL (1,300 won sebotol)
FACE MASK SHEETS 10 KEPING (500 won sekeping)

(Last-last menyesal because I could've spent more gahhh)

Hamekaw sebalon banana uyu dibaginya. Eh nampak tak ada oren kecik dari Jeju di situ? Oren tu comel dan sedap walaupun tak semanis seperti di Jeju setelah mendarat ke Malaysia.

Comel gilos kan? Dah lama rasa packaging dia comel jadinya atas faktor kegedikkan yang tiada tandingan, iolls tidak mau banana uyu dalam packaging kotak yang ada jual dekat Malaysia tu. Nak botol camni gak (ngada-ngada padahal rasa sama je puiii). Kalau nak yang dalam kotak punya boleh beli dekat 11street ya kawan-kawan. Nah link: http://www.11street.my/productdetail/korea-binggrae-banana-milk-drink-halal-200ml-6pack-31728959

Ohmyyyy apakah ini? Kenapa oppa saya berada di situ? Baik sangat member iolls dia dapat free sample mask sheet gambar Bogummy pastu kasi iolls T^T muah cikit.

Nampak tak solehahnya member iolls ni? Booklet dari masjid Itaewon pun dia kasi. Sobs. Tengok tajuk booklet pun dah deep. "Is life just a game?" Teringat pula kepada Quranic verse Surah Al-Hadid verse 20.

"Know that the life of this world is only play and amusement, pomp and mutual boasting among you, and rivalry in respect of wealth and children, as the likeness of vegetation after rain, thereof the growth is pleasing to the tiller; afterwards it dries up and you see it turning yellow; then it becomes straw. But in the Hereafter (there is) a severe torment (for the disbelievers, evil-doers), and (there is) Forgiveness from Allah and (His) Good Pleasure (for the believers, good-doers), whereas the life of this world is only a deceiving enjoyment."
-Quran 57:20 (Mohsin Khan Translation)

Isi dalam booklet tu pun banyak deep dan turut diselitkan petikan Quranic verse terjemahan Bahasa Inggeris. Aku teringin nak tengok terjemahan dalam Bahasa Korea so that lebih ramai Koreans boleh baca :'-)

:'-)

Lastly... postcards! Sangat lawa sobs sobs.

Pergilah melancong melihat dunia ciptaan Allah... Dari dalam kapal terbang lagi dah sebut SubhanAllah banyak-banyak kali sebab kagum dengan ciptaan-Nya kan? Atas dunia pun dah nampak keindahan, tak terbayang syurga bagaimana kan?

Sekian, wassalam :D

3/21/17

Agenda cuti yang lalu | Painting + Baking!

Assalamualaikum dan hai semua.

*a gift to my friend.jpg*

Sekarang ni rakan-rakan course lain semua tengah cuti midsem uhukz tapi iolls di sini baru memulakan sesi pembelajaran yang baru. Naik cuti ni kena hadap Microbiology (psssttt I'll try to love you bebeh). Come on Aisya, cuti seminggu dah habis dah, move on please!

By the way haritu naik bas dari Putrajaya ke Kuantan (balik kampus walaoweh) berbahagia seketika sebab dapat diskaun 10% lepas guna promo code. Siapa yang selalu naik bas tu boleh try guna CatchThatBus okay? Iolls memang selalu beli online kat situ je.


Biasa kalau cuti selalu buat to-do-list kengkonon nak achieve semua goals sepanjang cuti. Pastu nanti dah naik cuti takdelah menyesal sangat. Even cuti kali ni kira dapatlah jugak achieve semua (kecuali habiskan Diagnosis Apokalips masih belum ugh), aku masih... rasa... sendu... Like seriously so many things happened for the past "semester" so I need a longer break T^T

Berikut adalah to-do-list cuti "semester" yang lalu.

  • Update blog
  • Habiskan novel Tunas by Hlovate dan Diagnosis Apokalips
  • Mohon Kad Debit Bank Rakyat
  • Buat kek
  • Siapkan tempahan lukisan potret
  • Siapkan potret hadiah untuk kawan
  • .... selebihnya ada rahsia. Wuwuwu mana boleh bagitau uolls.

Kek tanpa telur mahupun butter sebagai kudap-kudapan di asrama. Freshly baked by Aisya. Yang penting kurang gula lol.

End product yang quite satisfying walaupun penat. Spent almost 15 hours... or more?

I was too lazy to add more shading(s) so I stopped here. I put more effort only if they pay me ahaks.

Actually I learnt something masa siapkan tempahan kali ni. First, it's really difficult to draw kalau gambar reference yang diberi tu tak HD ataupun muka tu kecik sampai kena zoom. Easier kalau gambar reference tu gambar selfie. Second, it's difficult kalau muka orang yang nak dilukis tu iolls tak pernah jumpa. Third, it's difficult untuk gabung dua gambar reference yang berasingan ke dalam satu kertas lukisan. I messed up!!!

Gambar orang belah kiri tu nampak pelik gilos. So kena lukis balik wuwuwuwu cedih iolls.

Pastu bila lukis balik takut nak tambah shading lagi; yelah takut messed up lagi. Orang yang tempah tu kata okay so okaylah I stopped there.

PROMO potret RM10 masih berjalan uolls! Sampai 31 Mac sahaja... Lepas 31 Mac akan kembali kepada harga asal. Boleh contact kalau berminat okay?

Tataaaa~

3/18/17

Photoshop Tutorial: Blur-kan latar belakang | Cara edit gambar kahwin?

Assalamualaikum dan hai.

Dari tahun-tahun lepas kot berazam nak banyakkan kongsi tutorial dalam blog ni tapi sampai sekarang azam hanya tinggal zam zam ala kazam! Poof! Lenyap begitu sahaja. 

Aku mendapati banyak referrals kepada blog aku dengan keyword "cara edit gambar kahwin" pastu aku macam... apakah? Hang nak edit gambar kahwin pi bayaq photographer sana (ayat bikin panas cari kontroversi dan caci maki). Jadinya meh sini aku nak bagi idea edit gambar kahwin tu. Tapi motip tutorial ni ekceli nak ajar cara blur-kan latar belakang gambar. Anda boleh bermain dengan focus and blur untuk menaikkan seri pengantin gambar anda *kening kening*. Yang takda kena mengena dengan pengantin pun dipersilakan membaca tutorial ini. Yang dah tahu pulak sila buat-buat tak tahu dan merendah diri. Bak kata pepatah, padi makin berisi makin tunduk kan?

Panjangnya mukadimah =,= OK jomlah start.


Oleh sebab takut kena saman, aku mengambil tindakan bijak untuk mencuri gambar pasangan romantis dari Korea ini. Pasangan selebriti punya gambar kalau aku curi tak kena saman kan? Tapi kalau kena saman pun okay jugak, boleh jadi bini nombor 2 Jisung ahaksss (sila lempang penulis ini).

Mula-mula, Open gambar yang hendak di-edit.

Then, tekan huruf "Q" pada keyboard anda.
Then, tekan pada simbol Brush atau nak mudah, tekan huruf "B" pada keyboard anda.
Brush tu adjust jangan besor sangat jangan kocik sangat. Ikut keselesaan nak shading latar belakang nanti.


Pastu shade jelah latar belakang yang berkenan untuk di-blur-kan. Dia akan jadi warna merah bila shade dengan brush tu.


Next, tekan huruf "Q" dekat keyboard lagi sekali. Then, tekan huruf "W" dan right-click pada gambar tu, dan tekan "Select Inverse".


Pastu dia akan bertukar jadi macam gambar bawah ni. Nampak tak perbezaan dia? Hah nampak ke idok? Kalau tak nampak maknanya mak ko ijo.


Then, tekan tab dekat atas yang bertulis "Filter". Then, ambil "Blur">"Gaussian Blur". Then, adjust strength blur tu nak banyak mana.



Then, tekan "Quick Selection Tool" atau boleh je shortcut dengan huruf "W" dekat keyboard. Then, right-click dekat gambar and pilih "Deselect".


SIAP!


--------------------------------------------

BONUS: Untuk menampakkan gambar lebih dreamy ala-ala dalam taman khayalan gittew, campaklah filter. Habih cito.

Dalam hal ini, anda boleh bermain-main dengan Vibrance dan Saturation.


 
Hasilnya~~~

Ada lagi sebenarnya teknik nak bagi gambar nampak lagi dreamy tapi pepandai la cari sendiri yew MWAHAHAHA (gelak syaitonnn).

Semoga kita berjumpa lagi. Tataaaa.

3/15/17

Lazada Birthday Blogger Contest

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apo kabo saudari (dan mungkin juga saudara) di sana? Diriku di sini baik-baik belako.


Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Lazada yang kelima, Lazada bakal mengadakan Birthday Sale pada 22 hingga 24 Mac ini! Sila tanda pada kalendar masing-masing ya kalian semua. Banyak diskaun kaw kaw menanti sehingga 90% tau! (acah-acah excited)

a. What do you love about Lazada Malaysia?
Pertama, Lazada banyak pilihan barang. Dari perkakas rumah, produk kecantikan, beg, kasut, sehinggalah barang dapur... Cakap je nak apa, semua ada! Banyak barang yang sama dijual dari supplier yang berbeza so boleh bandingkan harga.

Kedua, Lazada banyak bagi diskaun. Iolls siap pernah beli phone melalui Lazada. Harga lebih murah daripada pasaran (di kedai). Mula-mula takut jugak barang tak selamat sampai tapi alhamdulillah sampai dalam masa 2 hari je.

Ketiga, waktu penghantaran sangat cepat. Kalau barang dalam negara, pernah sekali tu order hari Rabu, hari Jumaat dah sampai. Pernah beli barang yang dari luar negara jugak, lambat sedikit waktu penghantarannya tapi tolerable.

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)


Laptop yang iolls tengah guna ni dah nyawa-nyawa ikan T_T sobs. Umur dah tak panjang sebab guna dari Form 3 so tengah ushar-ushar laptop ini. Menarik kan?

Dah lama teringin electronic keyboard since I love piano sound... This one bagus untuk beginner. Should I buy one?

*kening kening*

c. How do you think Lazada Malaysia can improve?
Luaskan kawasan/barangan yang boleh guna khidmat Cash On Delivery.

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia?
Happy birthday Lazada! I can see that Lazada is slowly improving. Lazada improved a lot actually. Semoga Lazada terus berikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan yang gemar online shopping macam saya ni.

Ayuh para blogger kita memeriahkan lagi contest ini! Boleh klik pada banner atas tu untuk maklumat lanjut hokay~

3/11/17

Ezbuy or TheOneMall?

Assalamualaikum.

Rasa sedih pulak dah anak tirikan blog ni. Tapi hidup yang tak menarik langsung dan busy ini membuatkan aku rasa dah tak nak blogging. Mood hilang entah ke mana. Aku merasakan kawanku demanding kerana dia mahu aku update blog selalu padahal tiap-tiap hari dia nampak mukaku ini so tak mungkin dia rindu aku puiiiii. Jadinya meh cini cik aisya ingin menghapdet blognya yang kiut miut ini.

Aku memang kaki shopping sebenarnya. Even pergi kedai runcit Uncle Muthu pun kemahen nafsu shopping tu menjadi-jadi. Berus jamban pun aku pergi beli (ini menipu). Disebabkan aku jarang keluar shopping sebab terperap di kampus, online shopping sudah menjadi separuh nyawaku (ini juga menipu).

Antara online mall feveret aku ialah TheOneMall. Barang-barang dia dari China and murah gila seriously! Dah banyak kali aku shopping dekat situ. Kasut... Bag... Barang-barang merepek semua pernah kubeli. Postage pun takdelah mahal mana.

Baru-baru ni aku berniat nak beli beg baru sebab beg yang aku pakai sejak Form 5 dah koyak. Dah jahit tapi dia koyak balik T_T So aku pun ushar TheOneMall tapi tak jumpa beg jenis yang aku nak. Lepas tu aku ushar Ezbuy (ada free RM15 voucher bila sign up!) pulak. Yes! Jumpa beg idamanku!

Harga: RM51.75
Sila jangan ketawa. Taste aku terhadap beg memang macam kanak-kanak sikit. Nak colourful gittew.

Beg tersebut didatangkan sekali bersama pouch ini.

Bak kata peribahasa Melayu, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Walaupun aku musykil apa tak ada kerja lain ke nak seluk pekasam sampai ke lengan(?!), aku tetap menyahut seruan peribahasa tersebut. Makanya, aku godek-godek lagi website Ezbuy sampai jumpa barang menarik pastu serabut fikir nak beli ke tak.

RM6.85
Baju iPad aku dah lusuh jadi kena belikan baju raya untuk dieww. Cian diewww. Aku suka bebenor cover iPad ini sebab warna feveret HOHOHOHOHOHO

Selain itu, atas faktor kegedikkan yang melampau, aku telah terbeli stationery set yang amat unik. Ini gara-gara terpengaruh dengan Studyblr; ramai bebenor recommend highlighter pen bagai, jadinya aku pun beli. Anak-anak muda patut mengikuti jejak langkah iolls. Ini merupakan pelaburan yang bijak!

Set black ink gel pen: RM3.85
Set Propus Window Highlighter: RM19.58

Aku beli set yang bawah tu sebab lebih pastel kalernya.

Semua barang tak ada domestic shipping kecuali set highlighter Propus tu ada domestik shipping RM3.50. So harga set highlighter jadi RM23.08. Manakala shipping fee untuk kesemua barang ni ialah RM9. Tolak coupon RM1.35, total kesemuanya ialah RM105.03. Domestic shipping tu adalah harga shipping dari China ye kawan-kawan. Manakala shipping fee tu harga postage ke rumah anda.

Ezbuy dan TheOneMall ada persamaan iaitu kedua-duanya menjual barang dengan harga yang murah dan kedua-duanya barang China. Dua-dua ada ciri yang aku suka dan tak suka so susah nak pilih online shopping mall mana satu yang aku prefer.

Ezbuy
Kebaikan:
  • Barang banyak variasi. So lagi syok nak shopping sebab hampir semua benda ada jual.
  • Selalu ada promosi.
  • Selalu update barang apa yang murah dan tengah hot.

Keburukan:
  • Barang sampai lambat. Mengambil masa sebulan. Berjanggut bermisai kucing nak tunggu.

TheOneMall
Kebaikan:
  • Walaupun dari China jugak, cepat sikit barang nak sampai berbanding Ezbuy. Dalam seminggu lebih hingga 2 minggu. Waktu penantian yang tolerable.
Keburukan:
  • Tak banyak variety. 
  • Tak selalu update barang baru. 
  •  Banyak barang best yang selalu out of stock.

Pilihan di tangan dan kaki anda! Jadilah pengguna yang bijak! (tetiba)