3/24/17

Bila member rapat hang dapat pergi Korea...

Assalamualaikum dan annyeong haseyo yoreobun *flips hanbok*

Even iolls pernah merasa pakai hanbok lelawa gegirls warna pink gittew, tak naklah haplod gambar tu (tetiba).

Aku begitu sangsi umpama sarsi tatkala melihat kawan-kawan yang takdelah kipas-susah-mati Korea sangat pergi melancong ke negara tersebut. Sedangkan aku yang sudah menjadi Professor Korea Selatan selama lapan tahun ini belum berpeluang untuk ke sana? Mungkin sebab Dia lebih tahu aku akan menjadi tidak berapa betul jika ke sana makanya Dia tidak mengizinkannya. #Aisyaslogic

Sekarang ni currency memang jatuh menjunam ala-ala bungee jumping gituh, so agak sedih bila aku convert MYR50 cuma tinggal 12,000 won je sekarang. Banana uyu dah jadi RM4 sen sen sebotol. Apakah ini semua? T^T

Walaupun begitu, aku tetap semangat memesan souvenir kepada member rapat aku. Tetiba rasa macam pandai Maths. Nah...

Ekceli dah macam-macam benda iolls berangan-angan di kayangan untuk kirim. Daripada stokin, brooch, beg, sehinggalah ke barang-barang makeup dan skincare tapi last-last bila dapat tahu 12,000 won je bajet yang ada, aku cuma kirim:

BANANA UYU 6 BOTOL (1,300 won sebotol)
FACE MASK SHEETS 10 KEPING (500 won sekeping)

(Last-last menyesal because I could've spent more gahhh)

Hamekaw sebalon banana uyu dibaginya. Eh nampak tak ada oren kecik dari Jeju di situ? Oren tu comel dan sedap walaupun tak semanis seperti di Jeju setelah mendarat ke Malaysia.

Comel gilos kan? Dah lama rasa packaging dia comel jadinya atas faktor kegedikkan yang tiada tandingan, iolls tidak mau banana uyu dalam packaging kotak yang ada jual dekat Malaysia tu. Nak botol camni gak (ngada-ngada padahal rasa sama je puiii). Kalau nak yang dalam kotak punya boleh beli dekat 11street ya kawan-kawan. Nah link: http://www.11street.my/productdetail/korea-binggrae-banana-milk-drink-halal-200ml-6pack-31728959

Ohmyyyy apakah ini? Kenapa oppa saya berada di situ? Baik sangat member iolls dia dapat free sample mask sheet gambar Bogummy pastu kasi iolls T^T muah cikit.

Nampak tak solehahnya member iolls ni? Booklet dari masjid Itaewon pun dia kasi. Sobs. Tengok tajuk booklet pun dah deep. "Is life just a game?" Teringat pula kepada Quranic verse Surah Al-Hadid verse 20.

"Know that the life of this world is only play and amusement, pomp and mutual boasting among you, and rivalry in respect of wealth and children, as the likeness of vegetation after rain, thereof the growth is pleasing to the tiller; afterwards it dries up and you see it turning yellow; then it becomes straw. But in the Hereafter (there is) a severe torment (for the disbelievers, evil-doers), and (there is) Forgiveness from Allah and (His) Good Pleasure (for the believers, good-doers), whereas the life of this world is only a deceiving enjoyment."
-Quran 57:20 (Mohsin Khan Translation)

Isi dalam booklet tu pun banyak deep dan turut diselitkan petikan Quranic verse terjemahan Bahasa Inggeris. Aku teringin nak tengok terjemahan dalam Bahasa Korea so that lebih ramai Koreans boleh baca :'-)

:'-)

Lastly... postcards! Sangat lawa sobs sobs.

Pergilah melancong melihat dunia ciptaan Allah... Dari dalam kapal terbang lagi dah sebut SubhanAllah banyak-banyak kali sebab kagum dengan ciptaan-Nya kan? Atas dunia pun dah nampak keindahan, tak terbayang syurga bagaimana kan?

Sekian, wassalam :D

10 comments:

  1. Best jugak booklet tu kan. Hihi. Pernah rasa banana milk ni tp yg dlm kotak punya. Kat tempat saya jual rm5 sekotak. Gila mahal. Nak rasa kononnya. Cari yg dlm botol tp tak jumpa. Huhuhu. Nak pegi korea jugakkkkk!

    ReplyDelete
  2. nampak sedap je air tu....macam yougurt drink erk....hehehe...xpndai bab kpop ni....

    ReplyDelete
  3. syoknyaaa. member gi korea best la boleh pesan macam2. hahahahha
    teringin nak merasa banana uyu tu T^T

    ReplyDelete
  4. kalau kat sini banana unyu cuma dalam bentuk kotak je kan? dahlah kecik, mahal pulak tu.. tak puas minum

    ReplyDelete
  5. the banana milk is really famous

    ReplyDelete
  6. Menarik booklet tu 😍 ayat dalam tu pun deep thought. Best kan bila tengok kawan travel melihat keindahan alam. Insyallah one day masa kita pula :)

    ReplyDelete
  7. Lagi sadis bila kita duk merancang dgn kawan nakpi sama2. Last2 dia dapat pergi dan kita hanya mampu scroll insta nya. Allah, dugaan~ Hihi

    ReplyDelete
  8. e'in pun teringin gile nak pegi korea.. tapi tu laa belum ade rezeki nak sampai sane.. jeleskan tengok orang yang dah pegi sane! huhu

    ReplyDelete