3/11/17

Ezbuy or TheOneMall?

Assalamualaikum.

Rasa sedih pulak dah anak tirikan blog ni. Tapi hidup yang tak menarik langsung dan busy ini membuatkan aku rasa dah tak nak blogging. Mood hilang entah ke mana. Aku merasakan kawanku demanding kerana dia mahu aku update blog selalu padahal tiap-tiap hari dia nampak mukaku ini so tak mungkin dia rindu aku puiiiii. Jadinya meh cini cik aisya ingin menghapdet blognya yang kiut miut ini.

Aku memang kaki shopping sebenarnya. Even pergi kedai runcit Uncle Muthu pun kemahen nafsu shopping tu menjadi-jadi. Berus jamban pun aku pergi beli (ini menipu). Disebabkan aku jarang keluar shopping sebab terperap di kampus, online shopping sudah menjadi separuh nyawaku (ini juga menipu).

Antara online mall feveret aku ialah TheOneMall. Barang-barang dia dari China and murah gila seriously! Dah banyak kali aku shopping dekat situ. Kasut... Bag... Barang-barang merepek semua pernah kubeli. Postage pun takdelah mahal mana.

Baru-baru ni aku berniat nak beli beg baru sebab beg yang aku pakai sejak Form 5 dah koyak. Dah jahit tapi dia koyak balik T_T So aku pun ushar TheOneMall tapi tak jumpa beg jenis yang aku nak. Lepas tu aku ushar Ezbuy (ada free RM15 voucher bila sign up!) pulak. Yes! Jumpa beg idamanku!

Harga: RM51.75
Sila jangan ketawa. Taste aku terhadap beg memang macam kanak-kanak sikit. Nak colourful gittew.

Beg tersebut didatangkan sekali bersama pouch ini.

Bak kata peribahasa Melayu, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Walaupun aku musykil apa tak ada kerja lain ke nak seluk pekasam sampai ke lengan(?!), aku tetap menyahut seruan peribahasa tersebut. Makanya, aku godek-godek lagi website Ezbuy sampai jumpa barang menarik pastu serabut fikir nak beli ke tak.

RM6.85
Baju iPad aku dah lusuh jadi kena belikan baju raya untuk dieww. Cian diewww. Aku suka bebenor cover iPad ini sebab warna feveret HOHOHOHOHOHO

Selain itu, atas faktor kegedikkan yang melampau, aku telah terbeli stationery set yang amat unik. Ini gara-gara terpengaruh dengan Studyblr; ramai bebenor recommend highlighter pen bagai, jadinya aku pun beli. Anak-anak muda patut mengikuti jejak langkah iolls. Ini merupakan pelaburan yang bijak!

Set black ink gel pen: RM3.85
Set Propus Window Highlighter: RM19.58

Aku beli set yang bawah tu sebab lebih pastel kalernya.

Semua barang tak ada domestic shipping kecuali set highlighter Propus tu ada domestik shipping RM3.50. So harga set highlighter jadi RM23.08. Manakala shipping fee untuk kesemua barang ni ialah RM9. Tolak coupon RM1.35, total kesemuanya ialah RM105.03. Domestic shipping tu adalah harga shipping dari China ye kawan-kawan. Manakala shipping fee tu harga postage ke rumah anda.

Ezbuy dan TheOneMall ada persamaan iaitu kedua-duanya menjual barang dengan harga yang murah dan kedua-duanya barang China. Dua-dua ada ciri yang aku suka dan tak suka so susah nak pilih online shopping mall mana satu yang aku prefer.

Ezbuy
Kebaikan:
  • Barang banyak variasi. So lagi syok nak shopping sebab hampir semua benda ada jual.
  • Selalu ada promosi.
  • Selalu update barang apa yang murah dan tengah hot.

Keburukan:
  • Barang sampai lambat. Mengambil masa sebulan. Berjanggut bermisai kucing nak tunggu.

TheOneMall
Kebaikan:
  • Walaupun dari China jugak, cepat sikit barang nak sampai berbanding Ezbuy. Dalam seminggu lebih hingga 2 minggu. Waktu penantian yang tolerable.
Keburukan:
  • Tak banyak variety. 
  • Tak selalu update barang baru. 
  •  Banyak barang best yang selalu out of stock.

Pilihan di tangan dan kaki anda! Jadilah pengguna yang bijak! (tetiba)

6 comments:

  1. pernah beli kat ezbuy. memang banyak pilihan barang2 dia. tapi memang berjanggut jugak tunggu barang sampai rumah XD

    belum pernah shopping kat theonemall lagi, boleh jenguk2 lepas nie :)
    comel2 la semua barang yg dibeli tu :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes u should cekidaut2 theonemall :D byk jugak brg mcm kat ezbuy tp tgk gak la ada yg sold out.

      Delete
  2. bestnye shopping....jap nk terjah sana...kowt ada yang berkenan di hati...

    ReplyDelete
  3. pernah shopping kt ezbuy, tak sanggup nak tunggu lama sangat plus takde update, tiba-tiba je sampai rumah. hahaha. boleh try kat theonemall pulak lepas ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kalau saya dia ada bagitau barang dah pos dan ada bagi tarikh barang dijangka sampai.

      Delete