3/18/17

Photoshop Tutorial: Blur-kan latar belakang | Cara edit gambar kahwin?

Assalamualaikum dan hai.

Dari tahun-tahun lepas kot berazam nak banyakkan kongsi tutorial dalam blog ni tapi sampai sekarang azam hanya tinggal zam zam ala kazam! Poof! Lenyap begitu sahaja. 

Aku mendapati banyak referrals kepada blog aku dengan keyword "cara edit gambar kahwin" pastu aku macam... apakah? Hang nak edit gambar kahwin pi bayaq photographer sana (ayat bikin panas cari kontroversi dan caci maki). Jadinya meh sini aku nak bagi idea edit gambar kahwin tu. Tapi motip tutorial ni ekceli nak ajar cara blur-kan latar belakang gambar. Anda boleh bermain dengan focus and blur untuk menaikkan seri pengantin gambar anda *kening kening*. Yang takda kena mengena dengan pengantin pun dipersilakan membaca tutorial ini. Yang dah tahu pulak sila buat-buat tak tahu dan merendah diri. Bak kata pepatah, padi makin berisi makin tunduk kan?

Panjangnya mukadimah =,= OK jomlah start.


Oleh sebab takut kena saman, aku mengambil tindakan bijak untuk mencuri gambar pasangan romantis dari Korea ini. Pasangan selebriti punya gambar kalau aku curi tak kena saman kan? Tapi kalau kena saman pun okay jugak, boleh jadi bini nombor 2 Jisung ahaksss (sila lempang penulis ini).

Mula-mula, Open gambar yang hendak di-edit.

Then, tekan huruf "Q" pada keyboard anda.
Then, tekan pada simbol Brush atau nak mudah, tekan huruf "B" pada keyboard anda.
Brush tu adjust jangan besor sangat jangan kocik sangat. Ikut keselesaan nak shading latar belakang nanti.


Pastu shade jelah latar belakang yang berkenan untuk di-blur-kan. Dia akan jadi warna merah bila shade dengan brush tu.


Next, tekan huruf "Q" dekat keyboard lagi sekali. Then, tekan huruf "W" dan right-click pada gambar tu, dan tekan "Select Inverse".


Pastu dia akan bertukar jadi macam gambar bawah ni. Nampak tak perbezaan dia? Hah nampak ke idok? Kalau tak nampak maknanya mak ko ijo.


Then, tekan tab dekat atas yang bertulis "Filter". Then, ambil "Blur">"Gaussian Blur". Then, adjust strength blur tu nak banyak mana.



Then, tekan "Quick Selection Tool" atau boleh je shortcut dengan huruf "W" dekat keyboard. Then, right-click dekat gambar and pilih "Deselect".


SIAP!


--------------------------------------------

BONUS: Untuk menampakkan gambar lebih dreamy ala-ala dalam taman khayalan gittew, campaklah filter. Habih cito.

Dalam hal ini, anda boleh bermain-main dengan Vibrance dan Saturation.


 
Hasilnya~~~

Ada lagi sebenarnya teknik nak bagi gambar nampak lagi dreamy tapi pepandai la cari sendiri yew MWAHAHAHA (gelak syaitonnn).

Semoga kita berjumpa lagi. Tataaaa.

4 comments:

  1. ah they are my favorite couple!! btw you did a great job editing the photo :)

    ReplyDelete
  2. series la...dah la cantik...murah lak tu :D

    http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/2017/03/pengalaman-di-kolej-islam-sultan-abdul.html

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sudi berkongsi tips yg menarik ini

    ReplyDelete